Tanggal 25 Ogos 2006, amat bermakna kepada semua kaum wanita seantero dunia. Betapa besarnya pengorbanan dan tanggungjawab seorang wanita kepada keluarga, bangsa dan agama. Mengapa dikatakan sedemikian, kerana seorang wanita mampu menjadi seorang isteri, seorang ayah dan juga seorang anak. Bak kata pepatah, "tangan yang membuai buaian, bisa menggoncang dunia". Selemah-lemah wanita, bisa mencipta kejayaan. Lihat sahaja novelis-novelis wanita yang telah berkeluarga dan bekerjaya, berjaya menghasilkan kejayaan satu demi satu hingga membanggakan keluarga mereka masing-masing.

Wanita, tonggak kepada kejayaan seseorang lelaki. Wanita, inspirasi bagi seorang lelaki. Wanita, ibu tempat anak-anak mencurahkan kasih sayang dan bergantung harapan.

WANITA HARI INI - Syabas! Kerana telah berjaya mengharumkan nama mereka di persada dunia.
-rosha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati