Archives
Oh, sesaknya!
Semalam adalah hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa 2009. Meriah dan menyeronokkan! Dan hari terakhir selalunya ada berbagai-bagai jualan runtuh, pengunjung mengambil peluang tersebut. Tidak ketinggalan kanak-kanak sekolah rendah, menengah dan pelajar-pelajar IPTA/IPTS. Berderet-deret bas yang menanti di luar bangunan PWTC. Pelajar-pelajar dari sekolah menengah dari berbagai sekolah lain turut memeriahkan dan memenuhi ruang. Ha’..baby-baby pun ada tau. Ye la..mungkin mak bapak tak ada tempat nak tumpangkan sebab tu di bawa sekali Cuma kesian melihat mereka yang tidak selesa dengan keadaan yang sesak, bingit dan panas. Aku memang cepat terusik dengan keadaan baby yang menangis maupun merengek. Rasa nak jadi babysitter sekejap!
Pertemuan yang tidak dirancang dengan ahli kelab ALAF21 agak menyeronokkan. Dah lama rasanya tak jumpa Li Hoon. Kemesraan kami yang sudah lama terjalin, sudah pasti mencetuskan usik mengusik dan gurau senda. Abang Long memang suka mengusik, anak aku, Ain, tersipu-sipu la pulak.. Seperti biasa bila jumpa Mersik kami akan buka cerita novel dan blog sedikit sebanyak. Fazila datang dengan anak dia yang comel beserta sahabatnya. Kami berbual seketika sebelum berpisah untuk menunaikan solat.
Aku sempat berbual dengan Anis Ayuni yang anggun sekali. Novel terbaru beliau berjudul SUNGGUH AKU CINTA mendapat sambutan menggalakkan. Aku pasti peminat-peminat Anis gembira dengan bonus yang tidak disangka-sangka ini.
Ramlee Awang Mursyid, seperti biasa, sentiasa di kerumuni peminatnya apatah lagi RAMFC mengapit beliau kiri kanan. Novel terbarunya, MIKHAIL, mendapat liputan meluas dari blogger2 lain dan ia memudahkan peminat Ramlee mendapat berita terkini mengenai beliau. Ada beberapa novelis lain seperti Aleeya Aneesa, Lynn Dayana, Fatin Nabila, Leeya Myra dan ramai lagi namun kesemuanya tidak sempat saya temui. Berpeluh diapit oleh pengunjung lain, membuatkan saya rasa nak pitam.
Antara geng Alaf21 FC yang turut memeriahkan pesta buku , dari kanan, Li Hoon , Ina, Ain , Fadzilla (berbaju hijau bersama anak dan rakannya ), mersik dan paling kanan , penulis buku brima , Indah Hairani.
Walau apapun cabarannya, kunjungan kali ini memang bermakna sekali apabila melihat ramai remaja minat membaca apatah lagi kaum bapa turut serta membantu anak2 memilih buku dan turut serta dalam aktiviti yang ada di sana.
Hingga berjumpa lagi tahun depan!!
Ina.
Sinopsis :
DI bumi Aden, Ghulam dilahirkan sebagai anak yatim. Dialah yang menyara si ibu yang sudah tua dengan bekerja di kedai membuat kaca dan mengembala kambing. Hatinya sering dihiburkan dengan cerita si Ma’di al-Najjar yang buta itu tentang sejarah bumi Yaman, Saba, kerajaan Rom dan Empayar Parsi.
Suatu hari, tersebar perkhabaran tentang pencarian seorang budak keturunan Bani Israel yang pintar untuk menggantikan Shaylam, ahli sihir istana yang semakin gering. Dia teruja hendak menjadi ahli sihir dan orang kepercayaan Shah, raja kerajaan Himyar yang dianggap sebagai jelmaan tuhan. Hidup ahli sihir istana dilimpahi dengan kesenangan, kekayaan dan kehormatan. Apatah lagi dapat berdampingan dengan Shah yang disembah oleh semua rakyat jelata!
Namun, hadir seseorang yang tidak dikenali. Apakah kehadiran insan itu akan merenggut impian indah Ghulam? Dia tidak mahu terus diulit kemiskinan dan melarat mencari rezeki. Pilihannya cuma ada dua; sama ada lari daripada orang itu ataupun berdepan!
Novel ini masih hangat di genggaman. Walau ada beberapa novel baru disamping,entah mengapa hati saya lebih tertarik untuk menggapai novel nipis ini. Adakah kerana ia tipis maka mudah untuk saya habiskan? Erm..mungkin juga.
Ulasan saya :
MasyaAllah...hati saya dipagut sayu dan excited yang melambung. Hasil tulisan Maszlee Malik ini amat mengujakan! Ia bukan novel cinta malah bukan juga novel seram, ia hanya novel nipis yang penuh dengan keinsafan.
Mungkin kita semua sudah biasa mendengar cerita mengenai seorang budak bersama raja yang zalim. Budak ini hanya mati selepas dipanah oleh sang raja dengan menyebut kalimah suci. Pernah dengar kan ? Inilah novelnya.
Walau ia hanya cerita biasa yang pernah didengar, namun bila membacanya, hati saya jadi terusik bertambah hiba bila pengikut kanak-kanak tersebut sanggup mati walau iman baru saja dipupuk.
Persoalannya, adakah kita sanggup menanggung diseksa dengan pedih dan menakutkan. Sanggupkah kita melihat insan yang paling kita sayangi juga diseksa hingga membawa maut di hadapan mata. Tegakah kita melihat bayi kecil juga diseksa.
Tiada alasan semua itu jika hati dipenuhi iman. Keteguhan iman takkan goyah jika hati sudah mengenggam janji-janji Allah, iaitu syurga. Itulah jihad namanya.
Saya suka bait-bait katanya pada mukasurat 76:
'Tanpa mengembalikan diri kita pada asalnya,iaitu kepada Yang Maha Pencipta, kita hanyalah sebujur jasad yang dikagumi kerana sifat-sifatnya, tetapi tidak mempunyai erti lebih dari itu. Jika kita dapat menghubungkan diri kita kepada asal kita, maka kita akan mengenali bahawa hakikat diri kita tidaklah sehina dan sejijik kehidupan dunia.'
Saya harap ALAF21 akan melahirkan lebih banyak novel berciri ilmu dan kesedaran sebegini bagi menjana minda terutama remaja kita.
Inilah jihad!
Ina

Bagaimanapun sekeping gambar telah merungkai sejarah hitam yang merantai hidupnya selama ini. Dia dikejutkan hubungan Amin dengan ‘seseorang’ yang menyebabkan kematian ibu bapanya 13 tahun dahulu.
Harga: RM19.90
Penulis: Fatin Nabila
Ia hanyalah berdasarkan imaginasi dan juga realiti secara umumnya, tapi imaginasi yang telah direalitikan untuk memenuhi tuntutan logika dan realiti yang telah dimanipulasikan untuk memenuhi tuntutan kebenaran hakiki.Kami di Alaf21 FC ingin mengucapkan Selamat hari lahir buat beliau. Semoga penambahan usia setahun ini, beliau akan lebih sihat sejahtera, tabah mengharungi dugaan hidup dan terus berjaya dengan kerjaya yang ada.
Tak lupa juga supaya beliau menjadi penulis yang tersohor dan hebat.
Apa-apa pun, all the best untuk Anis Ayuni. Ceria-ceria selalu.
Mersik
Terkini, novel terbarunya sudah selesai pembikinannya dan hanya menanti saat untuk dilancarkan. Bukan itu saja. Beliau dalam pembikinan untuk buku masak terbarunya. Bukan satu bukan dua malah 4 buah (dalam perancangan sepanjang tahun 2009)!!. Memang kagum sungguh dengan wanita berhati waja ini. Tidak mengenal penat dah lelah. Kerja sentiasa dilakukan dengan penuh kesungguhan dan disiplin yang tinggi.
Tentu anda nak tahu siapa dia atau mungkin ada yang sudah boleh meneka siapa novelis yang saya maksudkan. Dia tidak lain adalah NORZAILINA NORDIN. Beliau pernah menulis novelis futuristic yang mengagumkan bertajuk, IMPIAN TERINDAH yang berkisar tentang masa hadapan dan angkasa lepas. Sudah pasti ia juga ada kena mengena dengan angkasawan negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.
Untuk pengetahuan anda semua, beliau sudah menghasilkan 17 buah buku termasuk buku masakan dengan ALAF21. Namanya sudah sinonim dengan dunia masakan. Siapa yang tidak kenal dengan Norzailina Nordin. Jika anda masih ingat, bulan Ramadhan lepas beliau telah menjadi jurucakap bagi produk MMvitaoils yang bermula seawal 5 pagi tiap-tiap hari. Walau sedang memasak, dia kelihatan anggun dan tenang sekali. Kerap juga saya ralit melihat beliau memasak hingga tidak sempat menyalin resepi.
Beliau sering di temuramah oleh media cetak dan elektronik umpama akhbar Stars, TV1 dan menjadi jurucakap produk masakan lainnya seperti pasta San Remo. Pernah juga mempunyai kolum sendiri di akhbar tempatan. Norzailina Nordin, dikenali sebagai wanita yang tidak lokek ilmu. Ada saja petua dan masakan yang di curahkan pada peminatnya sama ada melalui demo masakan ataupun rakaman TV. Anda boleh melayari blog beliau untuk mengetahui berbagai resepi enak yang boleh anda cuba. Jika ada sebarang masalah, boleh tinggalkan mesej di blog tersebut.
Norzailina sentiasa melibatkan diri dengan memenuhi undangan masakan malah dia bersengkang mata bagi menyemarakkan dunia terbitan dengan hasil tangan beliau yang bermutu.
Selain daripada itu, beliau juga sedang membuat suntingan terakhir untuk novel ‘Raja Menangis’ (judul sementara) yang dikarya bersama Mantan CEO Institut Terjemahan Negara iaitu Encik Shaharudin Ali. Sila lawati http://rajamenangis.blogspot.com untuk membaca pelbagai posting menarik yang ada kaitan dengan sejarah. Mereka juga sedang membangunkan laman web http://rajamenangis.com untuk dijadikan hub bagi tujuan e-bisnes pelbagai produk berkaitan dunia Melayu khasnya.
Peminat beliau bukan sekadar dalam Malaysia, malah juga di luar negara. Malah ruangan Soaljawab Masakan di laman web Alaf 21 mendapat respons pertanyaan dari seluruh dunia. Beliau telah mengelolakannya selama hampir 4 tahun. Apa yang saya kagum, sikap ramahnya tidak pernah kurang. Murah dengan senyuman manisnya malah dia antara novelis yang tidak lokek menghulur bantuan.
Bagaimana ye dia membahagikan masa? Novel, buku masakan, undangan masakan persendirian, firma-firma kerajaan dan swasta, media cetak dan elektronik…banyak tu. Namun sedaya mungkin dia memenuhi tiap undangan dan sebaik mungkin juga dia menulis untuk kepuasan pembaca. Tanpa bantuan sesiapa dia mampu melakukannya. Tanpa mengharapkan sesiapa, Norzailina melangkah terus ke hadapan dengan semangat dan dedikasi.
Wanita yang mempunyai 4 orang anak remaja ini rajin bertemu dengan rakan-rakan tidak kira novelis atau peminat. Saya kagum apabila mengetahui beliau dan beberapa novelis lain, mengadakan pertemuan demi pertemuan bagi mencari ilmu untuk meningkatkan lagi mutu novel-novel mereka yang akan datang. Jika ada antara mereka yang melahirkan novel baru, dia akan diraikan dengan jamuan sesama mereka dan mereka tidak lupa menjemput kami berserta beberapa tetamu undangan khas lainnya seperti Carrie Kirana dan Gengkicap.
Ok, kita cerita pasal novel barunya. Nak tahu ke? Yang saya pasti novel ini menarik kerana ia bukan sekadar cerita cinta biasa. Ia berkisar tentang sepasang kekasih yang di dalam dilema kerana ibu dan bapa pasangan tersebut pernah menjalin cinta semasa muda dulu. Ada unsur suspens kerana heronya adalah seorang informer untuk badan perisikan. Untuk mengetahui selanjutnya, tunggulah saja kelahirannya.
Apapun, harapan saya semoga Norzailina Nordin meraih kecemerlangan yang tiada batasannya dan meningkatkan martabat novel melayu. Kita harap novelis kini mampu mengubah tanggapan orang ramai tentang novel melayu yang dianggap sebagai novel picisan.
Ina.
Arkib Alaf21fc
-
▼
2009
(81)
-
►
September
(10)
- Bengkel Penulisan Thriller
- Peluang kerjaya bersama Alaf21
- Ucapan Hari Raya dari team Alaf21 FC (2)
- Ucapan Hari Raya dari Presiden Alaf21 FC
- Ucapan Hari Raya dari Team Alaf21 FC
- Komen novel "Ilham Hati - Damya Hanna"
- Tahniah buat Laila Kamilia.
- Komen tentang novel "Cuma Dia - Norzailina Nordin
- Laman web BUKU PRIMA
- Trionovel Ogos
-
►
August
(9)
- MERDEKA !
- Tuan Norden Mohamed - Jasamu Tetap Dikenang.
- Sekitar Majlis Pelancaran Novel Aleya Aneesa ( Bhg...
- Sekitar Majlis Pelancaran Novel Aleya Aneesa.
- Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak
- Memori atau Nostalgia ?
- Selamat Hari Jadi buat Rania Firdaus
- Selamat Hari Jadi - Hezzy Azra
- Diskaun oh diskaun ...
-
▼
April
(10)
- Corat-coret Pesta Buku 2009 (Bhgn 3)
- Corat-coret Pesta Buku 2009 (Bhgn 2)
- Corat-coret Pesta Buku 2009
- Ulasan Novel : Hikmah Hati - Maszlee Malik
- Senarai penulis-penulis Alaf21 di Pesta Buku PWTC ...
- Semakin hampir...
- TrioNovel April
- Karya terbaru Shahnon Ahmad
- Selamat Hari Jadi , Anis Ayuni
- Norzailina Nordin yang ku kenal...
-
►
September
(10)
Novelis
-
HARI YG KELABU... - Hatiku sdg rawan. Ya Tuhan, berilah aku ketenangan hati & fikiran.. Moga mega mendung itu berarak pergi. Huhu... sedeynya...8 hours ago
-
Loli ... - *Alhamdulillah kerana dah beres menyemak kertas jawapan exam akhir tahun dan beri markah. Tumpuan sekarang untuk borang prestasi, kemudian jadual waktu, ta...1 day ago
-
USED vs LOVED - While a man was polishing his new car, his 4 yr old son picked up a stone and scratched lines on the side of the car. In anger, the man took the child's ha...1 day ago
-
Of Worms n Trojans - Salam semua, Hari ni Kak Durrah agak free, so I've decided to update this blog. Ingat tak dalam last entry Kak Durrah ada catat pasal *behold... things coul...1 day ago
-
.: terima kasih, iris ixora :. - Pagi Ahad tu, bagai dirancang kami selamat tiba ke rumahnya. Walaupun lambat setengah jam sebab pusing sana, pusing sini cari rumahnya. Akhirnya bertemu ma...1 day ago
-
Being A CBNer - Convent Bukit Nanas (CBN)… is celebrating it's 110th Anniversary (1899-2009) Sekolah yang telah banyak berjasa kepada saya, kini sudah berusia 110 tahun!...1 day ago
-
Bebunga Kasih - Bab 36 - KETIKA membuka mata pagi esoknya, aku seakan-akan hilang ingatan seketika. Lupa di mana aku berada. Sekilas menoleh ke kiri, aku terperanjat melihat ...3 days ago
-
Sempena 20 Tahun runtuhnya Tembok Berlin - Ini gambar yang saya rakam tahun lepas semasa melawat ke saki-baki peninggalan Tembok Berlin (lihat entri saya terdahulu tentang Tembok Berlin). Tahun ini...3 days ago
-
Untuk Ahli Persatuan Scorpio - Salam November.. wah ramainya warga Scorpio dalam famili saya... Anis Arisa 14 November.. Rania princess Rosie 12 November, Hanif adik saya 18 November,...4 days ago
-
Warisan Melayu - Gendang Silat - Upacara Penganugerahan Sandang Silat Gayong yang disempurnakan oleh Y.A.M Tengku Datuk Seri Tengku Ahmad Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin A...4 days ago
-
Cameron lagi - Sabtu dan Ahad lepas, sekali lagi aku ke Cameron Highland. Masa pertama kali aku pergi masa cuti tahun baru cina awal tahun aritu aku dah tekad, aku t...4 days ago
-
-
Dilema kereta lama... - VI. Pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan Pada masa ini, terdapat 2.7 juta kenderaan penumpang berusia 10 tahun atau lebih berada di jalan raya. B...1 week ago
-
Raya makan durian... - Seminggu selepas raya, kita pun pergilah ke rumah kak Zara... Dia hidangkan durian... Kita tak makan durian, adik kita yang makannya... Di bawah ni, cara2 k...1 week ago
-
Cuci Mata di Cambridge - Time nak mintak sambung master, aku penah mintak pendapat bekas pensyarah di UTM. Ada yang begitu konfiden mencadangkan Cambridge atau pun Oxford. Aku hany...1 week ago
-
Dan rasa TAKUT itupun hilang... - "Astaghfirullahalazim..." Saya gerun! Dada saya berombak kencang membaca catatan akhbar. Sebak dada. Saya yakin, ketakutan ibu yang melahirkan mereka membua...3 weeks ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 2008 - SALAM BUAT SEMUA, SELAMAT TAHUN BARU 2008, SEMOGA AZAM DAN CITA-CITA TERCAPAI PADA TAHUN INI. SETAHUN SUDAH BERLALU...MASA BEGITU CEPAT BERLALU. PEJAM CELIK...1 year ago
-
Korea Oh Winter Sonata..... - Salam untuk semua. Annyonghaseyo, gamsahamnida, olmaeyo, gakkajuseyo.... Begitulah antara kata-kata ataupun perkataan yang sempat saya pelajari ketika ber...2 years ago
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (3)
- Projek Kelab (1)
- thriller (1)
























