IRIS IXORA

Sungguh santai pertemuan yang diadakan di Teratak Ixora,  kediaman milik novelis IRIS IXORA.  Hampir dua tahun tidak bertemu,  apatah lagi jarak geografi yang memisahkan kami.  IRIS IXORA masih lagi menikmati keindahan dan menjadi sebahagian warga Istanbul,  Turki.



Aku tiba hampir jam 6 petang.  Bila ku dapati pentadbir blog kelab,  Pokcik Mersik,  telahpun tiba lebih awal dari aku.  Aku ditemani oleh isteri dan anak - anakku yang begitu riang bila berada di kediaman IRIS IXORA.



Sambil menjamu selera dengan masakan kampong,  kami berbual tentang pelbagai perkara.  Khususnya aktiviti penghasilan novel seterusnya.  Dan kami juga mendapat lebih banyak gambaran tentang negara Turki. Sungguh,  kami terasa begitu kagum dengan apa yang dikisahkan oleh IRIS IXORA.  Apatah lagi dengan suara IRIS IXORA yang begitu lembut dan bersopan.



Kediaman IRIS IXORA yang berkonsepkan Inggeris dan sedikit campuran nusantara,  benar - benar mendamaikan pertemuan yang berlangsung.  Tidak sedar waktu begitu pantas berlalu.



InsyaAllah,  novel beliau seterusnya akan berada dipasaran.  Sungguhpun beliau terpaksa bertungkus lumus mengejar waktu.  Namun,  komitmen kearah itu harus dipuji.



Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang bergambar kenang - kenangan sewaktu pertemuan itu berlangsung.  Apatah lagi mendapat keizinan dari tuan punya kediaman yang begitu ayu dan sopan santun.


Dengan suasana yang begitu mendamaikan,  tidak mustahil,  IRIS IXORA akan mampu melakukan yang terbaik untuk novel beliau yang akan datang.  Dan InsyaAllah,  IRIS IXORA akan menetap kembali ditanah air tercinta,  tidak lama lagi.




Apapun,  kami dari pihak  Kelab Peminat Novel ALAF 21.  Dengan ini merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga atas kesudian IRIS IXORA menjamput kami untuk petemuan yang sungguh bermakna itu.




Sinopsis : CAMAR YANG PERGI DILARA seorang gadis miskin yang tidak habis sekolah, sering berkhayal untuk berdampingan dengan pemuda yang kaya-raya. Namun, bila difi kirkan, mana mungkin dia dapat duduk setaraf dengan golongan elit? Apatah lagi berkahwin dengan jejaka idaman kalbu yang digilai oleh ramai gadis.
 


Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah orang kaya bagi menggantikan ibunya yang sakit. Dalam diam, dia dapat mendampingi Orhan, anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama. Bila tidak memandang wajah lelaki itu, dia diamuk resah dan rindu yang membara.



Namun, apakan daya, Orhan sah menjadi milik Nesye. Akhirnya, Dilara membuang khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorang diri. Bagi Orhan pula, perkahwinannya dengan Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar-benar belum bersedia. Dalam diam, dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mata mereka bertemu, dia sebenarnya sudah jatuh hati.



Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama. Akhirnya, perceraian pun berlaku. Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara. Namun, bersediakah Dilara menghidupkan kembali khayalan yang telah dibuangnya itu?




Sinopsis : DAMAI KASIHKU SOFIA percaya bahawa cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Cinta tidak mengajarnya menjadi lemah, tapi membangkitkan kekuatan.Cinta tidak mengajarnya menghina diri, tapi menghembuskan kegagahan dan semangat.

 
Perlukah Sofia mendambakan cintanya kepada Robert? Dia tidak mahu perkahwinan yang bakal dibina semata-mata kerana cinta, sebaliknya lelaki itu perlu mendalami Islam yang sebenar. Namun, dia tidak menolak bahawa dia amat menyayangi dan mengasihi lelaki itu. Dia buntu...


Idham tidak pandai bermadah seloka. Namun, dia yakin dapat menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada Sofia. Namun, mengapa hati gadis itu masih ragu-ragu? Aduhai, jiwanya bergetar tatkala mereka bertentang mata.


Kehadiran Haikal bagaikan suatu rahmat dalam hidup Sofia. Haruskah dia terus berjuang untuk dinobatkan sebagai juara dalam pertempuran cinta ini? Ini akan terbukti bila dia melafazkan akad nikah dengan gadis pujaannya itu.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Bengkel Penulisan Thriller - Di tunda

Notis:


PIHAK Alaf 21 memohon berbanyak maaf kepada semua yang terlibat.
Oleh kerana masalah teknikal, bengkel Penulisan Thriller ini terpaksa ditunda ke tarikh
seperti berikut: Sabtu 14 November


Tarikh, masa dan tempat adalah sama.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Bengkel Penulisan Thriller

ALAF 21 akan mengadakan bengkel penulisan yang akan dipimpin oleh dua orang novelis terkenal iaitu Ramlee Awang Murshid dan Eyman Hykal.

Tujuan bengkel ini untuk memberi panduan bagaimana menulis novel berbentuk thriller dan aksi.

Mereka yang berminat jangan lepaskan peluang mengikuti bengkel ini yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Sabtu 10 Oktober 2009

Tempat: Akademi Karangkraf

Alamat: Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15
Shah Alam, Selangor.

Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

Peserta: 27 orang

Yuran: RM35

Sarapan, makan tengah hari dan cenderahati disediakan.
Bayaran hendaklah dibuat kepada Alaf 21 menerusi akaun Maybank 014271416077.


Fakskan slip bayaran, butir-butir diri anda serta nama kursus ke 03-55113817 atau e-mel ke alaf@alaf21.com.my
Sebarang pertanyaan sila hubungi Sa’adiah/Roziana di talian 03-55118820/21

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Peluang kerjaya bersama Alaf21



1. EDITOR BUKU (AGAMA)

Tanggungjawab dan kelayakan
● Membaca, menilai, menyunting dan menterjemah manuskrip untuk diterbitkan sebagai
buku.
● Memastikan segala proses penerbitan dari konsep rekabentuk, foto/grafik, pra-cetak,
percetakan, penjilidan hingga pemasaran berjalan lancar.
● Meningkatkan mutu manuskrip bagi memastikan buku yang berkualiti dan laris dijual.
● Berhubung dan bekerjasama dengan penulis dan penyumbang luar bagi memastikan
jumlah manuskrip mencapai sasaran.
~ Minima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin, Syariah, Feqah,
Tafsir, Sains Hadis, Dakwah dan setaraf dengannya.
~ Sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman dalam penerbitan buku atau penulisan
kewartawanan.
~ Kemahiran komunikasi yang baik, bertanggungjawab dan mampu bekerja tanpa seliaan
yang rapi.
~ Mempunyai pengetahuan di dalam agama islam yang luas.
~ Boleh membaca dan menulis dalam bahasa Arab dan menterjemahkannya kepada
Bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris.


2. EDITOR BUKU (NOVEL DAN UMUM)

Tanggungjawab dan Kelayakan
● Membaca, memilih menyunting dan menterjemah manuskrip untuk diterbitkan sebagai
buku.
● Memastikan segala proses penerbitan dari konsep rekaletak, foto/grafik, pra-cetak,
percetakan, penjilidan hingga pemasaran berjalan lancar.
● Meningkatkan mutu rencana dan manuskrip bagi memastikan buku yang berkualiti dan
laris dijual.
● Berhubung dan bekerjasama dengan penulis dan penyumbang luar bagi memastikan
jumlah manuskrip mencapai sasaran.
~ Minima Diploma Komunikasi Massa terutama dalam Penerbitan, Kewartawanan dalam
dan setaraf dengannya. Kepujian dalam Bahasa Malaysia (SPM).
~ Boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami bahasa
Inggeris dan menterjemahkannya ke Bahasa Melaysia.
~ Sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman dalam penulisan / Kewartawanan atau media
dalam Bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris.
~ Kemahiran komunikasi yang baik, bertanggungjawab dan mampu bekerja tanpa seliaan
yang rapi.
~ Minat yang mendalam dengan dunia buku.


3. PEREKA GRAFIK (BUKU)

Tanggungjawab dan Kelayakan
● Mengimplementasi idea & konsep buku menerusi rekaletak dan penghasilan /
Penggunaan gambar dan grafik yang bersesuaian.
● Merancang aliran kerja agar dapat menepati tarikh sasaran kerja atau deadline.
● Berusaha untuk mengekal dan mempertingkatkan mutu dalam rekabentuk untuk setiap
tugas yang diberikan.
~ Minima Diploma dalam bidang Rekabentuk Grafik atau yang berkaitan. Mempunyai
Kreativiti yang tinggi dan latar belakang rekaletak majalah / buku/ iklan.
~ Berpengalaman dalam perisian Photoshop, Illustrator dan QuarkXpress. Kemahiran
menggunakan perisian In Design akan diberikan keutamaan. Mampu mengurus diri dan
tugasan bagi mencapai deadline. Berpengetahuan dalam proses repro dan proses
percetakan.


4. PEREKA LAMAN WEB

Tanggungjawab dan Kelayakan
● Bertanggungjawab untuk menghasilkan rekaletak web dan grafik / multimedia yang
bersesuaian
● Membangun dan mengemaskini laman-laman web syarikat dengan menggunakan
HTML dan lain-lain teknologi yang bersesuaian.
~ Minima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang multimedia, Web / Rekabentuk Grafik atau
berkaitan
~ Sekurang-kurangnya setahun pengalaman dalam bidang berkaitan
~ Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam HTML, Macromedia Dreamwaver,
Adobe Photoshop, Macromedia Flash, Flash Firework dan Action Script, Kemahiran
di dalam rekabentuk grafik, multimedia dan Javasript akan diberikan keutamaan.
~ Mampu menghasilkan rekabentuk laman web yang menarik dan kreatif.
~ Boleh bekerja tanpa seliaan yang rapi, cepat belajar dan cenderung mempelajari
sesuatu yang baru.


5. PENGATURCARA / PEMBINA LAMAN WEB

Tanggungjawab dan Kelayakan
● Membangun, menguji dan melaksana aplikasi & sistem yang berteknologi terkini bagi
laman-laman web syarikat.
● Mengikuti perkembangan terkini teknologi perisian pembangunan aplikasi dan web.
● Menyokong dan meningkat upaya aplikasi Web yang sedia ada bagi memenuhi
keperluan perniagaan dan pengguna.
~ Minima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer / Teknologi Maklumat atau
Berkaitan.
~ Mahir dengan persekitaran PC, JAVA Scripts, CGI, Perl, HTML, Adobe Photoshop
(atau mana-mana perisian grafik) dan mana-mana pengatucara seperti Visual Basic,
C++, Pascal, Shell script, VB script atau Assembly.
~ Pengetahuan dan berpengalaman dalam ASP, DHTML & Macromedia Dreamweaver,
Director, Illustrator, Frontpage, Networking dan aplikasi e-dagang adalah satu
kelebihan.
~ Mempunyai pengangkutan sendiri serta kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris dan boleh bekerja tanpa sekian yang rapi.


EKSEKUTIF PEMASARAN / PENGEDARAN

Tanggungjawab dan Kelayakan
● Memantau dan mengurus segala aktiviti pemasaran untuk buku
● Membuat laporan pemasaran berdasarkan penerimaan.
● Membangunkan / mencari pasaran baru untuk syarikat.
● Memantau dan memastikan segala urusan syarikat berjalan dengan lancar.
~ Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Pemasaran, Perniagaan, Kewangan /
Perakaunan, IT atau yang berkenaan.
~ Agresif, Proaktif, berpesonaliti menarik. Dapat berkomunikasi dengan baik.
~ Mempunyai lessen kereta / motosikal.
~ Mempunyai pengalaman adalah satu kelebihan. Pelajar lepasan universiti digalakkan
memohon.
_____________________________________________________________________
*Bagi yang berminat sila e-melkan resume anda kepada roziyana.omar@alaf21.com.my
* Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Oktober 2009.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ucapan Hari Raya dari team Alaf21 FC (2)

Assalamualaikum...w.b.t

Salam sejahtera buat semua.

Kini Syawal sudah mulai menjenguk kembali meninggalkan Ramadan yang bakal dirindui. Alangkah cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar, sudah nak beraya rupanya kita ya? Alahaii..

Namun seperti itulah juga, tanpa sedar, Syawal tetap di nanti. Selain meraikan kemenangan melawan nafsu, lapar dan dahaga, kita memang berhak meraikannya, sebagai ganjaran dari kejayaan menempuh dugaan berpuasa. Tak kiralah walau dengan cara apa sekalipun sambutannya, seelok-eloknya biarlah serba sederhana. Yang penting hubungan sesama manusia selain menziarahi yang tua serta teman sekalian.

InsyaAllah, kita semua akan berhari raya. Pulang ke kampung halaman bertemu ayah bonda, adik beradik dan sanak saudara. Berkumpul menjalin ukhwah yang rapuh dan usang usianya selain bergumbira bersama. Bermakan-makan dengan penuh berselera dan kenyang sepanjang masa.

Di kesempatan ini juga, saya ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf pada sekelian pengunjung jika terdapat salah dan silap selama anda mengunjungi blog Alaf21 FC ini. Hakikatnya anda dan saya adalah manusia biasa.

Semoga anda gumbira selalu menyambut lebaran ini dan ceria-ceria sentiasa. Kalau memandu, jangan laju-laju, ikut had yang ditetapkan. Dan... jangan lupa sampaikan salam kami kepada kedua oang tua kamu semua.

Hingga ketemu lagi. Selamat Hari Raya, Aifil Fitri.

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ucapan Hari Raya dari Presiden Alaf21 FC

Assalamu'alaikum dan Salam 1 Syawal.


Bersempena dengan kedatangan 1 Syawal ini. Saya selaku pentadbir Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC, dengan ini ingin merakamkan ucapan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada seluruh umat Islam seluruh dunia.


Umat Islam di Malaysia menyambut hari lebaran dengan penuh kemeriahan dan keseronokan dan sepenuh kesyukuran yang tidak terhitung dengan rahmat, ganjaran dan limpah kurnia dari Allah. Bagaimana pula dengan saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan dan merata lagi umat Islam yang telah dan sedang ditimpa dengan pelbagai musibah dan dizalimi ?


Di saat umat Islam di Malaysia menyambut kedatangan para tetamu dengan senyuman dan gelak ketawa, dan riang gembira menjamu selera. Umat Islam di Palestin pula menyambut kehadiran peluru dan bom yang bakal meragut nyawa mereka.


Suatu yang wajar direnung dan diingat bersama ialah. Soalan yang akan ditanya di Padang Mahsyar kelak. "Apakah yang kamu telah lakukan untuk membela saudaramu di Palestin, di Afghanistan, di Iraq dan di merata dunia?"


Sewajarnya kita yang berpegang kepada 1 Aqidah. 1 Umat. 1 Tuhan. 1 Kaabah. 1 Kepercayaan. Menghulurkan bantuan buat saudara kita di sana yang sedang menderita.


Biarlah kita menangis didunia daripada kita menangis di akhirat.


Hayatilah TAKBIR raya ... disaat kita bergembira dengan kemenangan ... Allah memberikan peringatan dengan mengingatkan kita dengan peristiwa PERANG AHZAB.


Semoga kita tidak pula memanjatkan syukur dengan bertakbir dan bertahmid.


Mudah-mudahan anda semua diberkati di Aidil fitri yang mula ini.


Abang long.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ucapan Hari Raya dari Team Alaf21 FC

Assalamualaikum pada semua pengunjung blog 21FC


Terimakasih kerana setia mengunjungi blog ini. Tanpa anda siapalah kami. Jika ada idea untuk dikongsi, silalah hantar kepada kami. Ia akan memeriahkan lagi blog kesukaan ramai ini. Tidaklah kami berceloteh seorang-seorang hehehe...bak kata pepatah inggeris, "the more the merrier". Dan jika ada novel yang ingin diulas, kami amat mengalu-alukannya.


Kesempatan ini saya ucapkan selamat menyambut IdulFitri. Moga iman kita setiasa teguh dan kukuh.Jumpa lagi lepas raya!


Ina



Assalamualaikum...w.b.t
Semoga anda sekelian berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria dalam pada hendak menyambut raya ini.


Tanam pinang rapat - rapat,
Biar senang puyuh berlari;
Kalau ada mengata mengumpat,
Kuhulur kemaafan pensuci diri .


Saudagar belayar ke tanah Arab,
Kapal belayar di pagi hari;
Menghulur salam sebahagian adab,
Tanda muafakat di Aidilfitri .


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sesungguhnya kepulanganmu amat dinanti. Jangankan biarkan kepulanganmu menjadi ratapan pilu. Jadi berhati - hatilah semasa memandu pulang ke kampung halaman masing - masing .


- Ila -

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati