Archives

Selamat Melangkah ke Tahun Baru 2008

Assalamu'alaikum dan salam hormat buat semua.

Hanya beberapa jam sahaja lagi, kita akan melangkah ke tahun baharu 2008.

Dan tahun 2007, akan ditinggalkan dengan segala macam peristiwa, samada manis ataupun pahit. 2007 hanya akan dapat dilihat sebagai bahan sejarah dan hanya dapat dikenang. Dan mungkin akan dijadikan sebagai pemangkin untuk sesiapa sahaja untuk mengorak langkah kepada satu tujuan atau matlamat yang lebih baik.

2007 tidak akan dapat dikembalikan, tetapi 2007 akan menjadi pencetus kepada langkah yang
lebih baik bagi ramai orang. Yang mana berkemungkinan pencapaian atau matlamat yang disasarkan belum berjaya, dan akan berusaha lebih gigih untuk mencapai keputusan yang lebih baik.

Bagi Kelab Peminat Novel ALAF 21 atau ALAF 21 FC. Kami sentiasa mencari ruang dan kawasan yang baik untuk menjalankan aktiviti yang boleh memberikan manfaat kepada semua. Tanpa berselindung, ingin kami nyatakakan bahawa terlalu banyak ruang yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya, samada oleh pembaca, peminat malahan oleh para novelis sendiri.

Masih terlalu ramai yang hanya menjadi pemerhati kepada aktiviti Kelab. Masih ramai yang tidak
menyedari kewujudan Kelab ini, yang pada tahun ini telahpun mencecah usia 2 tahun. Dan, masih ramai yang tidak menggunakan sepenuhnya Kelab ini untuk kebaikan dan kepentingan
semua.

Dengan terbitnya SINAR 2008 ini, besarlah harapan kami, supaya setiap INSAN yang mencintai
Kelab ini supaya dapat bersama - sama 'TURUN PADANG'. Tidak kira samada - anda adalah
PEMBACA, PEMINAT NOVEL mahupun NOVELIS sendiri.

Sekian, TERIMA KASIH.
Mohamad Feroz

Presiden ALAF 21 FC.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Raya, Aidil Adha

Kami di Alaf21 FC ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ,

Selamat Hari Raya, Aidil Adha.

Semoga di hari raya ini , sedikit sebanyak kita akan dapat mengambil iktibar dari makna korban itu sendiri. Diharap anda semua sentiasa ceria dalam masa berehat-rehat bersama keluarga. Juga tak lupa, berhati-hati di jalan raya jika pulang ke kampung atau berjalan makan angin.

Lagi pun, sekarang sedang dalam musim hujan. Jaga diri baik-baik.

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pertemuan pada Dec 16, DIBATALKAN.

Saya, bagi pihak KELAB PEMIINAT NOVEL ALAF 21 - ALAF21 FC.

Dukacita ingin memaklumkan bahawa pertemuan yang telah dirancangkan akan berlangsung pada - 16hb Disember 2007, adalah DIBATALKAN.

Pembatalan program ini adalah berdasarkan kepada keadaan semasa yang kurang sesuai. Ia akan ditunda ke suatu masa yang akan di umumkan kelak.

Pihak Kelab juga memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh peminat sekalian.

Sekian, Wassalam.

Presiden
ALAF 21 FC.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Perjumpaan Kelab... (3)

Kepada semua yang dihormati. Gambar disebelah adalah contoh tempat pertemuan kita. Maaf dipohon, kami bukanlah sebuah kelab yang berkemampuan dari segi kewangan.Yang boleh bertemu dan bermesyuarat ditempat yang cantik, selesa dan nyaman.



Tetapi, demi persahabatan dan untuk berkenalan antara sesama peminat dan novelis,maka, kita lakukan dengan ikhlas dan seadanya sahaja. Yang penting adalah KITA bertemu, berkenalan dan beramah mersra sesama kita yang mempunyai hobi dan minat yang sama.



Buat pengetahuan anda semua. Tempat kita akan berehat santai adalah disebuah kawasan teduh atau gazebo. Berhampiran sebuah restoran yang bernama - RESTORAN NELAYAN.



Disebabkan tempat pertemuan kita adalah terlalu comel. Maka suka kami mengingatkan anda supaya membawa akhbar lama. Tetapi kalau rajin, bawalah tikar. Bukan apa, kami bimbang ada yang terpaksa duduk diatas padang.



Sekian untuk makluman pada kali ini. Berita pertemuan akan disiarkan dari semasa ke semasa secara berperingkat.



Terima kasih.
Pentadbir.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Perjumpaan Kelab... (2)

Maaf, bukan terlepas pandang atau sengaja tidak dimaklumkan. Yang sebenarnya, kami memang mengharapkan supaya ada yang bertanya "Pertemuan bermula pukul berapa?"


Buat pengetahuan anda. Pertemuan ini akan dimulakan pada - jam 9 pagi- GMT, waktu ANTARABANGSA MALAYSIA.



Alangkah cantiknya, Program Kelab yang ke 9, bermula pada jam - 9pagi - GMT, waktu ANTARABANGSA MALAYSIA.



Bagi pengunjung blog ini. Untuk makluman anda. Berita tentang pertemuan ini akan diwar - warkan atau disiarkan secara berperingkat. Maka harap bersabar.



Setiap entri akan terdapat maklumat didalamnya.



Terima Kasih
Pentadbir.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Perjumpaan kelab.

Ada apa di Taman Tasek Tititwangsa ?


Sudah pasti ramai yang berkata," Eye on Malaysia."

Tetapi, pada 16hb Disember 2007. Ada lebih dari itu. Kelab Peminat Novel ALAF 21 atau ALAF 21 FC, akan mengadakan pertemuan sekali lagi.

Tetapi kali ini, pertemuan akan menjadi lebih bermakna. Kerana bukan sahaja pembaca, peminat dan AHLI Kelab, akan bertemu dan berkenalan antara satu sama lain, malahan, Novelis juga telah dijemput untuk turut serta.

Dan lebih dari itu, pada kali ini juga. Kelab akan mengadakan mesyuarat untuk pemilihan seluruh jawatankuasa yang baru.

Buat pengetahuan anda semua. Program ini adalah yang ke 9, yang dianjurkan oleh Kelab Peminat Novel ALAF 21.

JUMPA ANDA DISANA.

SOKONGAN DAN KEHADIRAN ANDA AMAT DIHARAPKAN.

Terima Kasih
Pentadbir.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Jadi untuk Lynn Dayana


Semalam, 21 Nov merupkan hari yang istimewa buat salah seorang penulis Alaf21. Dimana, hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran beliau.

Kami di Alaf21 FC mengucapkan Selamat Hari Jadi, buat Lynn Dayana

Semoga beliau akan terus dimurahkan rezeki yang melimpah-limpah, kesihatan yang baik serta kelancaran untuk menulis karya-karya yang seterusnya.

Novel pertamanya yang berjudul " Jika Benar Cinta " pun khabar-khabarnya, sudah masuk ke cetakan yang ketiga. Wah , ini sudah bagus.

Lepas ini bolehlah menulis dengan lebih prolifik sekali.
Dan jangan lupa ajak kami ngeteh2 ya... hahahah
mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Watak Ardini dalam " Atas Nama Cinta " yang mencuit hati.

Salam untuk semua. Sebelum saya meneruskan dengan komen saya untuk buku ‘Atas Nama Cinta’ tulisan novelis Alaf21, Lily Suriani, ingin sekali saya bercerita sedikit.

Pada mulanya, saya tidak gemar membaca novel Melayu. Kerana pada pendapat saya, novel Melayu ini kebanyakannya skema. Terlalu banyak kisah cinta. Bukan itu saja, tapi selalu juga penulis Melayu, memang bukan semua, suka melakar karakter yang datangnya daripada golongan berada. Saya tahu perkara ni pun sebab selalu dengar cerita kawan-kawan yang suka baca novel Melayu. Sampaikan ada yang berangan-angan nak cari pasangan seperti yang dipotretkan dalam novel! Kadangkala kita juga harus berpijak pada realiti, dunia ni ada bermacam2 golongan manusia. Yang miskin, mahupun yang kaya. Kenapa harus ditumpukan pada orang berada saja?

Baru-baru ini, teman kepada mama saya iaitu Ibu Sal, telah mencabar saya dengan novel2 Melayu sewaktu berkunjung ke rumahnya. Dilonggokkan hampir dua dozen novel-novel miliknya yang banyak sangat dalam almari bukunya tu, di depan saya. Nak terpengsan rasanya. Tak tertelan air liur saya! Mata pun dah tak boleh nak kelip lagi tengok muka Ibu Sal yang tersenyum sehabis manis macam kek aiskrim coklat yang mama buat.

Saya memang meminati cerita thriller, tapi saya langsung tak kenal siapa itu Ramlee Awang Murshid!, sebelum mendapat 6 buah hasil karyanya dari Ibu Sal. Saya tak pernah baca karya-karya dari Sri Diah, Sharifah Abu Salem, Norzailina Nordin, Lily Haslina, dan banyak lagi. Pendek kata, saya tak pernah kenal nama novelis Melayu! Kalau adapun, Puan Khadijah Hashim! Itupun sebab mama ada banyak koleksi novel beliau.

Yang saya kenal hanyalah nama-nama seperti Danielle Steel, Tom Clancy, David Baldacci, Heather Graham, dan banyak lagi penulis dari Barat.

Terimakasih kepada Ibu Sal! Cabarannya mula menyuntik minat saya untuk membaca novel-novel Melayu. Satu perkara yang membuatkan mama tersenyum senang dan papa menaikkan kening dengan soalan tanpa bersuara, “Apa dah jadi?” hehehe….

Pertama kali saya membaca karya Ramlee Awang Murshid yang bertajuk ‘Bagaikan Puteri’, saya jatuh cinta! Bahasa yang indah sesuai dengan keadaan masa dahulu kala. Keromantikan pasangan juga sangat halus penyampaiannya, sesuai dengan tata-susila orang Timur. Tak sangka ada penulis Melayu yang begitu kreatif hingga mampu membawa kita ke dua alam tanpa sebarang ‘kekecohan’. Saya kagum!

Sampai hari ni, masih ada lagi novel yang belum saya sentuh. Tapi dah cakap pada Ibu Sal, nak pinjam semua yang dia ada. Ibu Sal senyum saja. Saya pulak tersengih-sengih. Ibu Sal kata macam kerang busuk. Tergaru-garu jugalah kepala. Ada pula samakan saya dengan kerang yang dah busuk!

Sebab sudah habis membaca beberapa novel2 yang dipinjamkan Ibu Sal, dia cabar pulak saya komen salah satu novel yang sudah saya baca. Teragak-agak juga nak buat. Mana saya pernah buat kerja macam ni. Kalau setakat bercerita dengan kawan-kawan pasal cerita yang dibaca atau yang ditonton tu, perkara biasa la.

Tapi sebab Ibu Sal kata dia akan bantu, saya setuju saja la. Kesian Ibu Sal, dalam sibuk, terpaksa juga bantu saya. Jangan tak tahu, kalau ikut dari tulisan original saya, tunggang langgang, bercampur aduk bahasa Inggeris dan Melayu. Macam ABC yang saya suka makan di Johor Bahru tu. Tapi Ibu Sal banyak bantu saya mencantikkan bahasa. Dari ABC, jadi macam Kek Lapis Serawak yang mama buat masa raya lepas. Cantik!


Saya pilih novel Atas Nama Cinta ni sebab saya baru habiskan bacaan. Kata orang tu, lagi garing ingatan saya pada cerita ni. Saya nak ucapkan tahniah pada Novelis Lily Suriani kerana mengolah cerita dengan baik.

Saya suka watak Ardini yang menggambarkan kekuatan wanita dalam kelembutannya. Sebagai seorang gadis dia tegas dengan pendiriannya. Tidak berdolak-dalik. Bila dah jadi isteri pula, sayangnya tiada benteng yang menghalang dia dari terus untuk bersama suaminya. Wataknya yang dijadikan sebagai wanita kental jiwa dan semangat buat saya menyedari bahawa kita berhak menentukan masa depan kita sendiri, tanpa perlu membelakangkan orang tua.

Merelakan diri untuk disakiti oleh suami sendiri, memang akan dikatakan mereng oleh kebanyakan orang. Namun, untuk berdiri di belakang orang yang kita sayang dan memberi sokongan padu seratus peratus, sesuatu yang patut dihargai dan dicontohi. Ardini juga beruntung kerana keluarganya sentiasa ‘menjaga’ kebajikan dirinya. Kadangkala saya terfikir, apa akan jadi kiranya saya tidak mempunyai abang untuk temankan saya menonton wayang midnite setiap Sabtu? Mesti mama dan papa tak izinkan saya keluar dengan kawan-kawan dalam waktu begitu.

Walaupun saya tidak banyak memberi pendapat tentang cerita Atas Nama Cinta ini, tapi, sekiranya ada sesiapa yang nak baca novel yang baik, ini salah satunya. Memang tak rugi langsung! Banyak moral yang boleh didapati (pinjam kata-kata Ibu Sal ni) hehehe....

Saya harap, anda sekelian akan sentiasa minat membaca. Tidak kiralah novel Melayu atau Inggeris, atau lain-lain bahasa sekalipun. Ini kerana membaca mampu membawa kita menjelajah ke seluruh dunia!

Salam ceria dan selamat membaca,


Ann

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Arca Kasih - Norzailina Nordin

Preview Novel
Oleh: ARLEN ARA GUCI

Judul Novel : ARCA KASIH
Penulis : Norzailina Nordin
Penerbit : Alaf 21 Sendirian Berhad
Cetakan : Pertama, 2003
Tebal : 499 Halaman

Kalau saya ‘kepincut’ dengan karya-karya novelis Thriller Nomor 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid karena syarat konflik dan intrik itu, maka kali ini saya dibawa melankolis dalam sebuah novel percintaan dengan setting tiga negara; KL, Amerika dan UK.

Seperti umumnya karya para novelis Malaysia yang seakan tak mau lepas dari tema besar percintaan, maka di novel ke-tiga novelis kelahiran Ketari, Bentong, Pahang yang diterbitkan Alaf 21 ini, pembaca nampaknya diajak untuk merenung sejenak, apa gerangan arti cinta sebenar bagi perempuan.

Sesungguhnya tak banyak hal istimewa di novel ini. Berkisar seputar cinta yang klise. Konflik Norasikhin (tokoh sentral) dan Asmawi, Omar dan Zek serta Zuraidah seakan mewakili potret hidup wanita dan laki-laki modern masa kini. Mereka hadir dalam kemewahan hidup serta kebebasan. Dibalut intrik pengurusan bisnis perusahaan besar.

Adalah ulah sebuah meeting perusahaan yang mengetuk cinta antara Norasikhin dan Asmawi. Virus merah jambu itu terus menggerogoti sejalan waktu. Walau mula-mula Norasikhin sok jual mahal, toh lama-lama luluh juga. Sayangnya, disaat kuncup itu mekar, kehadiran Sandra—teman lamannya—seakan mencipta layu sebelum berkembang pada Norasikhin. Si penggoda, Sandra memalingkan Asmawi darinya.

Di saat hati itu beku—entah kenapa di bagian ini kok sinetron banget ya, serba ‘tiba-tiba’—Norasikhin baru nyadar kalau Asmawi mengidap penyakit Retinal Detachment, yang memungkinkan lelaki itu kehilangan penglihatan buat selamanya.

Sang penulis rupanya tak ingin peminatnya akan bersimbah air mata menamatkan novel ini. Dan, akhir cerita (ending) yang happy ending begini, memang lebih disuka sebagian pembaca daripada sad ending. Walau bagaimana, Norasikhin menerima Asmawi yang nyata-nyata pernah menorehkan luka di dalam hidupnya.

”Zek dah pergi, As! Aku tidak abang lagi...As, aku sebatang kara di dunia ini!” ratapan Norasikhin sungguh menyayat hati.

“Syy! Nora....syy! Nora?” Asmawi cuba menyedarkan gadis yang masih menyembamkan muka ke dadanya.

“Sabar, sabar...aku ada! Nora, sayangku, aku takkan biarkan kau sendiri lagi!” (hal 499, paragraf 6-8).

Apa kehadiran Asmawi sekedar mengisi ke-sebatangkara-annya, ataukah sebenarnya cinta. Sebaliknya bagi Asmawi, apa ‘mumpung’ Norasikhin sedang lara hati, ia coba memerangkap hati gadis itu (lagi).

Laki-laki memang banyak menang dalam menawan perempuan. Si perempuan, gampang banget ‘nyerah’. Mungkin sudah kodrat perempuan, yang suka bermain dan berbicara dengan bahasa hati?
Bagi yang ingin menyelami sejauh mana arti keteguhan pribadi orang yang disuka, tak salah kiranya Arca Kasih adalah salah satu jawabannya.

Menyoal pilihan diksi, penulis yang juga jago memasak ini, rasanya tak perlu disangsikan. Tangkas dan lincah. Apakah hal itu kian dikuatkan dengan kerapnya ibu berputera 4 ini tampil di berbagai media. Ya, mungkin saja. Penulis yang mengaku gemar akan film romantis ini nyaris laris manis di berbagai media cetak dan electronik. Kalau tak berbual soal karya-karyanya, tentu saja ia membocorkan rahasia resep jitu masakannya. Tentunya amatlah jarang penulis dapat melompat sebegitu hebat seperti dirinya.

Penokohan yang begitu kuat, membawa kita kepada seakan-akan para tokoh yang berkelindan di dalam novel ini ada di keseharian kita. Jelas meramu tokoh-tokoh fiksi untuk ‘hidup’ dan ada di dunia nyata, bukan perkara mudah. Tapi di tangan penulis yang telah menelorkan 22 novel ini, tokoh-tokoh itu begitu segar.

Bila saja anda membaca novel ini sembari makan boleh saja ‘sililit’ akan terjadi. Saat sang penulis ‘membawa’ pembacanya ke Amerika dan UK. Kok rasanya begitu garing ya? Sungguh saya tak merasa benar-benar ‘dibawa’ di kedua negara itu. Padahal khusus untuk UK, sang penulis bertahun bermukim di sana.

Atau, masihkah pembaca memang harus menunggu ambisi sang penulis, “menerbitkan novel best seller dan resep masakan yang nggak bakal dilupakan.” Kita tunggu!
Aha…rupanya meramu kata-kata dan meramu bumbu-bumbu tak lah semudah mengoyangkan lidah. Lalu, kepala menggangguk, ya enak!

Kalau saya pribadi, lebih terkesan pada kepiawaian penulis memulai setiap episode dengan pepatah dan peribahasa nan menawan. Di episode 1, Ia mulai dengan; Perahu bertambatan, dagang bertepatan. Selanjutnya, Jadilah teluk olakan air, Bagai uras katang-katang. Episode penutup (semua 91 episode), ia menuliskan; Genting putus, biang tembuk.

Di jaman laptop dan handphone genggam seperti sekarang, petatah petitih itu hampir-hampir pudar. Langka menemukan karya yang kaya akan peribahasa di dalamnya. Kalau pun ada, di jaman Siti Nurbaya dahulu. Padahal, peribahasa itu mencerminkan bijak bestari setiap insan. Bak kata orang melayu, Budi Bahasa Budaya kita.

Arca Kasih memang disodorkan buat pembaca dewasa, hanya saja, peribahasanya itu, membuat novel ini boleh diintip oleh pra dewasa. Hingga budi akan terasah lagi. Adakah yang lebih mahal dari pada budi?

(AaG)


Arlan Ara Guci (tengah) diapit oleh En Norden dan Ramlee Awang Murshid sewaktu majlis PAsiNo di rumah Pena akhir Julai lalu. Beliau adalah seorang penulis dari Indonesia.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Terima Kasih.

Assalamu'alaikum dan salam hormat buat semua.

Dikesempatan ini, saya memwakili Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC. Dengan ini merakamkan ucapan TERIMA KASIH kepada pihak ALAF 21 Sendirian Berhad, atas jemputan untuk menghadiri program rumah terbuka yang baru lalu.

Sesungguhnya, program ini telah mempertemukan novelis yang bernaung dibawah bumbung ALAF 21. Selain dari itu ianya juga dihadiri oleh ahli, peminat novel, dan turut disertai oleh wartawan dan pengamal media.

Kelihatan wajah ceria pada setiap tetamu yang hadir, apatah lagi mereka yang pertama kali menghadiriprogram seumpama ini anjuran ALAF 21.

Kehadiran ALAF 21 FC telah disambut mesra oleh staff ALAF 21 Sendirian Berhad. Apatah lagi, kedua - dua belah pihak sering berkerjasama diantara satu sama lain dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Akhirkata, saya mewakili Kelab Peminat Novel ALAF 21, dengan ini sekali lagi mengucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga, khususnya kepada Encik Norden, selaku Pengurus Besar ALAF 21. Juga tidak dilupakan kepada Kak Wan, Puan Ruby, Cik Molee, Faizal, Roslan Sajat dan seluruh staff ALAF 21.

InsyaAllah, semoga perhubungan yang sedia terjalin akan dapat dieratkan lagi.

TERIMA KASIH
Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini.
Presiden ALAF 21 FC.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Rumah Terbuka di Alaf21

Pada hari Selasa, 6 hb Nov 2007, badan saya masih lagi tak berapa sihat. Demam baru nak kebah kata orang . Tapi , hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu untuk saya mengambil peluang berjumpa dengan semua kakitangan Alaf21, Karangkraf dan juga novelis-novelis. Keranamu Novelis yang di kasihi ,maka badan yang tak larat ni…di larat-laratkan jugak la .

Sesampai sahaja di Premis Alaf21, kelihatan dari jauh abg long dengan baju melayunya dan rambut ala-ala Mawi gitu .Kontrol hensemlah pulak . Kelihatan juga sebelah abg long novelis yang diminati ramai iaitu saudara Ramlee Awang Murshid dan juga rakan beliau iaitu saudara Brownie yang berasal dari Kuching , Sarawak .



(Antara novelis yang hadir , Lily Haslina Nasir, Aleya Aneesa, Aida Adriani, Lily Suriani, Shanika Latisha serta (yang duduk ) Laila Kamilia dan Norzailina Nordin )

Kedatangan kami di sambut mesra oleh staff Alaf21 bersama senyum simpul, nampak molek sesangat berbaju kurung. Terserlah kemeriahan hari raya gitu. Turut menyambut kedatangan kami tak lain tak bukan siapa lagi kalau bukan En. Norden selaku Pengurus Besar Alaf21.

Kami bersalam-salaman dan terus saja di jemput untuk mengambil segala juadah yang telah terhidang . Menjeling seketika kearah abg long dan Mersik , pinggan abg long boleh tahan penuhnya . Mersik lak ambil nasi sikit, konon nak diet la tu. Juadah sedap2 belaka , bermacam2 lak masakan .Tapi itulah , tekak nie tak berapa sihat lagi tak berani nak makan yang berminyak-minyak .

( Novelis lain seperti Anis Ayuni, Meen Zulaikha, Sharifah Abu Salem, Aisya Sofea serta Durra Fatiha juga turut hadir memeriahkan suasana )

Bila juadah dah ada di tangan ,kami semua berjalan menuju ke meja hujung sekali .Tak sangka pulak rupanya saudara Ramlee kita join jugak semeja, ini yang rancak bersembang tu. Dalam pada sambil makan tu sempat jugak saya bertanya-tanya pada saudara Ramlee kita kiranya sudi meluangkan waktu yang ada pada kelab kiranya kelab ada menganjurkan Bengkel Penulisan.Insyaallah program yang di rancang untuk tahun depan. Nampaknya beliau cukup berminat dan sedia memberi sokongan padu kepada kelab kiranya kelab mengadakan sebarang apa jua program .

Beliau nampak nya tiada masalah namun terpaksa diberitahu lebih awal kerana kesibukan kerja yang ada.Saya juga tak melepaskan peluang juga untuk bertanya macam-macam soalan, terutamanya mengenai novel terbaru beliau . Menurut saudara Ramlee selewat2nya bulan Dec nanti. Lagipun hari tu ada sedikit pembetulan dari segi plotnya yang terpaksa di rombak semula oleh beliau . Tak sabar nak beli ni…pasti meletup lagi novel ni.

( Turut hadir, Rose Harissa, Samsiah Noor, Bonda Ilyani Mysara, Ramlee Awang Murshid dan (gambar bawah) Liza Zahira )

Perbualan terhenti bila saudara Ramlee meminta izin untuk menunaikan solat,sementara itu saya mengambil lagi kesempatan yang ada untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan sahabat En.Ramlee kita iaitu saudara Brownie.Beliau bekerja di RTM gitu. Sembang punya sembang rupanya beliaulah yang menerbitkan rancangan Fitrah Kasih yang di kelolakan oleh saudari Ogy Ahmad Daud dan Dato’ Fadhilah Kamsan .

Sesekali ada juga saya mengikuti rancangan tersebut dan ada ketikanya tersentuh juga hati kita yang melihatnya . Beliau juga ada bertanyakan pendapat saya tentang rancangan tersebut ,Bagi saya itulah satu-satunya rancangan yang telah berjaya menemukan dan menyatukan setiap ikatan yang telah terpisah dan terlerai di antara anak dan ayah , ibu dan anak serta menyatukan kembali setiapa keluarga yang terpisah dan memberi kesempatan kepada yang masih ada untuk menatap wajah-wajah yang telah lama hilang dari pandangan .Namun begitu ada juga dugaan yang terpaksa beliau tempuhi kata beliau,contohnya baru2 ini, beliau cuba menemukan semula seorang anak yang berada di perak dan seorang ayah yang telah di temui berada di sabah .Namun bila pihak RTM telah bersusah payah pergi kesana untuk menjemput bapa budak itu ternyata begini jawabnya dari seorang bapa, “Tak payahlah pihak RTM nak susah-susahkan diri,nanti bila umur pak cik dah 55 tahun nanti,pakcik rasa nak jumpa dia pak cik carilah” begitu mudah kata-kata yang terkeluar dari mulut seorang bapa.

Tidak ada perasaan kasih dan rindukah seorang bapa itu pada seorang anak yang telah di tinggal berbelas-belas tahun.Dan bagaimana pengharapan untuk seorang anak yang bertahun mencari bapa kandungnya selama ini . “Inikah erti kehidupan manusia sekarang dan inikah lumrah kehidupan yang harus setiap insan itu terima?” Hatiku berbisik sendiri.

(Gambar kanan : Abang Long dan Sri Diah )

Dalam pada bersembang-sembang tu , mata saya liar mencari-cari di mana kelibat Bonda , dari tadi tak juga kelihatan .Hari dah semakin petang .Dari jauh kelihatan Kak Pah (Sharifah Abu Salem) sedang berbual mesra dengan saudara Mersik .Saya bangun berlalu tatkala itu saya tinggal sendirian, saya menghampiri kak Pah.Setelah mengucapkan salam dan bersalam bersama suami dan anak-anaknya, saya bertanya sedikit perihal kesihatan dan musim buah2an di tempat kak Pah, kak Pah mempelawa kami semua datang bertandang kerumahnya, tak kiralah musim buah ke tidak .

Saya sempat juga bertanya lagi pada kak Pah, “ Apakah novel seterusnya selepas Biar Rindu Berlalu.” Bagi saya Kak Pah mempunyai sentuhan tersendiri dalam menghasilkan setiap karya beliau ,setiap jalan cerita dan setiap watak yang terlahir mempunyai kehalusan yang terlindung dari keperibadian dalam diri kak Pah sendiri .

Kerna itu, bagi diri saya sendiri ,saya tidak pernah jemu-jemu berulang-ulang kali membaca setiap novel beliau .Saya sentiasa berdoa dan berharap agar beliau di kurniakan dengan ilham-ilham untuk terus berkarya hingga ke akhirnya.


( Gambar kanan : Zaifulnizam , wakil dari Geng Jurnal )
Waktu begitu sering mencumbui waktu-waktu begini , kak Pah pun mula nak mengorak langkah untuk pulang . Kebetulan pula Bonda pun tiba .Sabar menunggu hingga Bonda habis makan dan saya mengambil sedikit ruang untuk berbicara dengan Bonda .

Terlebih dahulu yang pastinya dapatkan tandatangannya dulu, barulah saya bertanyakan tentang novel terbaru beliau iaitu “ Ku Seru Namamu” Beliau berharap agar setiap pembaca dan penggemar novel-novel beliau kali ini benar-benar dapat menghayati setiap nama dan watak serta jalan cerita yang ingin di sampaikan dengan lebih mendalam. Ada maksud yang tersirat katanya .

Di kesempatan itu juga saya cuba memberi pandangan pada Bonda agar dia dapat menghasilkan sebuah novel yang mengisarkan tentang kehidupan seorang anak luar nikah iaitu anak yang terhasil dari perlakuan sumbang mahram. Lebih-lebih lagi dalam pergolakan kehidupan anak-anak remaja masa kini .

Bila saya ceritakan jalan ceritanya sedikit sebanyak .rupanya apa yang terlafaz itu ada terkandung dalam manuskrip yang baru saja Bonda serahkan kepada saudari Awien iaitu editor Alaf21. Masa terus mencumbui dan memaksa aku tidak boleh lagi berlama-lama di situ, memandangkan abg long pun ingin berangkat pulang .

Dalam pada tak sihat hari tu , saya berasa sedikit puas kerana dapat bertemu dan beramah mesra dengan novelis-novelis Alaf21.

Namun terselit juga kecewa di hati bila seorang lagi penulis kesukaan saya iaitu saudari Bikash Nur Idris tidak kelihatan . Ah! mungkin akan ketemu di lain masa agaknya.














Budi

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Berhari raya ke rumah PERNIM.

Dalam pada sekelian orang ramai berjalan ke sana kemari menyambut Syawal yang sudah ke penghujung ini, salah seorang dari wakil kelab Alaf21 FC telah berkesempatan untuk ke rumah yang paling istimewa iaitu rumah Perlindungan PERNIM. Kita ikuti coretan beliau.

Petang Sabtu lalu saya telah dijemput oleh Puan Norlina untuk majlis menyambut hari raya di rumah beliau bersama warga PERNIM. Saya tiba lewat petang kerana ada hal menyongsong. Kelip cahaya kamera memenuhi ruang senja yang mula kelam. Begitu ramai sekali yang mengunjungi beliau. Terasa teruja bila beliau melambai saya dari jauh.

Sesuatu yang menyeronokkan melihat anak2 PERNIM ceria dan riang. Sesekali saya mengusik anak-anak comel tersebut.

Sempat berbual mesra dengan Tuan Haji Hussein Kamal Omar iaitu pengasas Kamal & Kamal Pest Control Sdn Bhd. Beliau antara penyumbang untuk majlis tersebut hadir bersama isteri. Tapi sayang saya tidak sempat mengambil gambar beliau.

Namun saya lebih teruja melihat kanak-kanak riang warga PERNIM. Wajah bersih mereka bagai ingin menyampaikan maksud “ mereka adalah manusia biasa yang ingin dikasihi dan disayangi.”



Andai anda adalah di antara insan yang bersimpati, hulurkanlah kasih sayang anda kepada mereka dengan mengunjungi mereka di:

PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM
Lot 46 Jalan 47,Bukit C, Kampung Cheras Baru,56100 Kuala Lumpur .

atau boleh layari:

www.pernim.com

Ina

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat hari jadi

Kalau anda semua nak tahu, semalam iaitu 4hb November 2007 adalah hari ulang tahun kelahiran salah seorang dari penulis Alaf21.

Dan penulis ini bukan calang-calang orangnya. Siapa yang tidak kenal Ramlee Awang Murshid yang terkenal dengan novel-novel thriller dan misterinya. Khabarnya sekarang beliau sudah habis menyiapkan terbaru novel Ungu Karmila dan akan berada dipasaran tidak lama lagi.

Walau bagai mana pun, kami di Alaf21 FC serta sekelian peminatnya mengucapkan selamat Hari jadi, semoga beliau panjang umur, dikurniakan kesihatan yang sejahtera serta dapat terus menghasilkan karya-karya yang terbaik.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pesta Buku Alaf21... Meriah!

Hari ini merupakan hari kedua pesta buku Alaf21 diadakan , dan hari semalam sambutannya sangat meriah, sila lawati

http://alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/jualan%20gudang/default10.htm

Marilah beramai-ramai ke sana untuk sama-sama mencari buku-buku kesukaan anda yang mungkin boleh dijadikan koleksi.

Esok, Sabtu adalah hari terakhir pesta buku. InsyaAllah , saya , Abg Long serta beberapa AJK yang lain akan turut berada disana.

Kalau ada yang rasa kenal tu janganlah malu-malu. Sapa-sapalah kami ya..

Okey, jumpa di sana...


mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

BERMULA HARI INI...

Hari ini bermula Pesta Buku di Alaf21.

Jangan lupa datang ke Premis Alaf21 pada HARI INI , ESOK dan LUSA ( 1, 2 dan 3 November 2007. ) Tentu banyak novel-novel baru yang anda hendak miliki.

Jomlah ke sana. Jangan lupa ajak kawan-kawan dan sesiapa saja.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pesta Buku Alaf21 kembali lagi...

Bagi anda semua yang menanti-nantikan novel-novel terbaru atau bahan bacaan yang lain dari Penerbitan Alaf21, dengan harga yang sungguh menarik, jangan lupa datang ke Premis Alaf21 pada 1, 2 dan 3 November 2007.

Untuk pengetahuan anda 3hb Nov adalah hari satu. Jadi, kalau ada sesiap yang tidak bekerja bolehlah mengajak ahli keluarga dan kawan-kawan semua untuk memborong buku di sana. Dan, kalau kebetulan anda berada disekitar situ menghadiri jamuan-jamuan rumah terbuka ke, silalah menyinggah ke sana juga.

Diskaun 30% diberikan untuk semua buku.

Jangan lepaskan peluang anda.



These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Tentang Bulan...

Penulis Norzailina Nordin, apabila ditanyakan komen mengenai Angkawasawan Negara, Dr Sheikh Muzaphar yang berjaya ke angkasa turut merasa teruja dan bangga. Ini kerana beliau pernah bersua dengan angkasaawan tersebut selain telah mengabdikan namanya dalam novel terbarunya yang berbentuk futuristik iaitu " Impian Terindah ". Antara lain Norzailina Nordin berkata ,


"You have a great imagination there. It's an honor to be stated in your novel.Thanks again."

~ Inilah kata-kata balasan emel Dr. Sheikh Muszaphar yang bertarikh 24 Januari 2007 setelah saya meminta keizinan beliau untuk memasukkan namanya di dalam novel Impian Terindah. Sebelum itu, saya emelkan sinopsis tentang novel tersebut dan memberitahunya perihal Kapten Sheikh Qirdan (jurutera aeronautikal). Pada tahun 2124 beliau menjejakkan kaki ke bulan untuk membina pelantar kapal angkasa yang bakal berlepas ke planet Marikh.

~ Setelah menyerahkan novel tersebut kepada Dr. Sheikh Muszaphar pada 7 Julai 2007, beliau berkata akan membacanya di dalam kapalterbang semasa dalam perjalanan pulang ke Moscow. Antara kata-kata beliau semasa membelek buku itu, "Mana nama saya?". Bila saya tunjukkan ayat pertama di dalam novel tersebut (sudah tercatat namanya), dia tersenyum lebar.

~ Dia sentiasa memberikan perangsang untuk berjaya tidak mengira kepada siapa, termasuk saya, yg antara lain katanya, "Having written 23 novels is a great achievement...may you continue to write more wonderful books in future." Dia selalu menasihati pelajar yg ditemuinya supaya belajar bersungguh-sungguh, yg bekerja agar berdedikasi serta memikul tanggungjawab dengan penuh tekun dan amanah.

Norzailina Nordin.

Umum sudah sedia maklum berkenaan peristiwa bersejarah ini. Dr Sheikh Muszaphar, 35 telah pun bertolak ke ISS sejauh 350 km seterusnye mengelilingi orbit bumi sebelum menjalankan kajian dan penyelidikan sains di angkasa lepas. Ini merupakan satu kebanggan bagi seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita doakan supaya Angkawasan Malaysia ini akan dapat menjalankan misinya dengan lancar serta mengharumkan nama negara di persada dunia khususnya dalam bidang aeroangkasa.

Kita juga menantikan kepulangannya ke bumi.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Dari pentadbir blog

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat semua.

Salam sejehtera dan penuh keceriaan buat semua pengunjung blog, pembaca, peminat novel, novelis atau sesiapa sahaja yang sudi menziarahi blog ini.

Ampun dan maaf jika sekiranya terdapat salah dan silap yang tak di sengajakan disepanjang anda semua berkunjung kemari.

Kepada yang mengirimkan kad ucapan hari raya kepada kami, terima kasih banyak-banyak kami ucapkan.

Semoga raya tahun ni akan lebih meriah dan gembira bersama keluarga tersayang , ayah bonda serta sanak saudara di kampung.


Terima kasih kerana menyokong kami ,

Selamat Hari Raya , Aidil Fitri.


Pentadbir blog
mersik


Nota : Untuk makluman, blog akan bercuti raya, selama seminggu pada bermula hari ini.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ucapan Aidil Fitri dari Presiden Kelab Alaf21 FC

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat semua.

Saya dan keluarga, mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN, SELAMAT HARI RAYA dan SELAMAT BERHARIRAYA bersama keluarga tersayang.

Sewaktu kita merayakan hari kemenangan itu, janganlah kita melanggar batas - batas sempadan yang telah ditetapkan olehNya.

BERSEDERHANALAH dalam kita merayakan hari yang mulia itu.

Kepada mereka yang memandu, tidak kira samada yang memandu itu suami, isteri, anak, abang, adik atau kakak. BERHATI - HATI dijalanraya. Tolong jangan tambahkan lagi MANGSA dijalanraya.

CUKUPLAH sewaktu bulan RAMADHAN. Si kecil menjadi mangsa MERCUN. Dan dibulan SYAWAL yang besar pula menjadi mangsa KECELAKAAN dijalanraya.


Satu yang boleh diamalkan, bagi penumpang disebelah pemandu, BERCERITALAH tentang novel yang dibaca. Si isteri berkata "Abang, nampaknya novel - IMPIAN TERINDAH tu seperti 'mendahului' angkasawan negara ya ? dan teruskan perbualan, hingga tiba ke destinasi
yang ditujui.

Jangan lupa untuk mengunjungi rumah anak yatim, hulurkan sedikit sumbangan, semoga hari raya ini lebih bermakna. Ataupun jejakkan kaki kerumah orang tua. Mereka pasti menghargai anda.

Bagi mereka yang masih mempunyai IBU BAPA. Inilah waktu dan saat TERBAIK untuk memohon ampun dan maaf, serta mengharapkan keampunan dan halal makan minum yang diberikan secara ikhlas oleh mereka.

SENTUHLAH, GENGGAMLAH dengan erat, kedua belah tangan kedua ibu bapa kita dengan penuh perasaan KASIH SAYANG, renunglah mata mereka, sebagai tanda MEMOHON KEMAAFAN yang bersungguh - sungguh.

PELUKLAH, DAKAPLAH tubuh kedua ayah bonda kita, dengan penuh perasaan KASIH SAYANG, lakukan sebagaimana mereka melakukannya sewaktu kita masih kecil.

Akhir kata, saya secara peribadi memohon AMPUN DAN MAAF atas segala kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan, sepanjang saya mentadbir KELAB PEMINAT NOVEL ALAF 21 atau ALAF 21 FC ini.

Abang Long dan Keluarga

Mohamad Feroz
Zurah Omar.
Muhammad Fakhrurrazi
Muhammad Amir Uzair
Muhammad Habibullah.
Haura Fawatim.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ucapan Aidil Fitri dari novelis... (2)

Laila Kamilia

Kesempatan ini saya dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf andai ada terguris kata, meluka perasaan, kasar perlakuan, lantas menyakitkan juga mohon halal segala yang diminum, dimakan.
Salam Aidilfitri dan semoga kehadiran syawal memberi keberkatan kepada semua.


Salam Lebaran

Laila Kamilia
Aedy Fadly Ramli
Hardy Zahidy Fadly
Hariz Hakimy Fadly
Bandar Seri Putra, Bangi
25 Ramadhan 1428 Hijrah bersamaan 7 Oktober 2007


Terima kasih Alaf21FC kerana memberi peluang kepada kami sekeluarga membuat ucapan hari raya.
Dan SALAM AIDILFITRI ~ Laila Kamilia


Assalamualaikum wm.. wb...
Salam Sejahtera,

Kepada semua peminat yang dikasihi,
warga kerja Alaf21 & team Alaf21FC yang diingati,
pembaca setia novel, pengulas & pengkritik yang dihormati,

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI YANG MULIA,
semoga bahagia bersama keluarga,
selamat sampai ke destinasi yang dituju....
MAAF ZAHIR BATIN :)

Salam Aidil Fitri
Kreisya Reisya
Putrajaya



SELAMAT MENYABUT
HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA SEMUA PEMINAT ALAF 21 FC

*********************
Semoga kemeriahan Syawal ini akan
memberikan keberkatan kepada kita semua.
Setinggi ucapan terima kasih atas minat
anda semua terhadap karya
novelis-novelis Alaf 21 Sdn. Bhd.

Ampun maaf dipinta jika terdapat salah
dan silap sama ada secara disedari atau tidak.
Tidak lupa… penghargaan dan terima kasih
kepada semua orang kuat Alaf 21 FC.
Maaf Zahir dan Batin

Daripada:
Sri Diah & Keluarga


Salam...

"Salam Ramadan dan Salam Aidilfitri buat semua khasnya buat ahli 'keluarga' kelab Alaf 21, pembaca novel yang selalu setia, ahli 'keluarga' Alaf 21, pengunjung blog Kelab Alaf 21, kawan-kawan penulis, kawan-kawan bukan penulis dan semua umat Islam. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan akan membawa sejuta sinar dalam hidup kita semua.


Sekian
-aleya aneesa-



Selamat Hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. Kepada yang memandu balik kampung, hati-hati ye. Kalau ngantuk tu, berhentilah berehat.Terlelap sesaat boleh membawa padah yang bukan sedikit. Biar lambat asal selamat. Jemputlah datang ke rumah!
Salam sayang,
Lily Suriani sekeluarga.


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ucapan Aidil Fitri dari novelis...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua yang mengenali saya.
Maaf Zahir Batin dan terima kasih kerana sokongan kalian kepada dunia penulisan tanah-air.

Bagi yang balik kampung, berhati-hati di jalanraya. Biar lambat asal selamat.
Bila nak makan pun, berpada-padalah dan jangan keterlaluan...hehe!
Jadikan lebaran sebagai medan untuk mempertingkatkan keimanan kita.


Norzailina Nordin


Salam lebaran Kak Anis ucapkan kepada semua peminat novel tanah air. Semoga sihat sejahtera dan berbahagia selalu hendaknya. Sempena hari yang mulia ini, Kak Anis ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa dan tersilap kata.
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam sayang,
Anis Ayuni


Assalamualaikum,

Di atas kesempatan yang diberikan oleh Alaf21FC, Nia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca/peminat Alaf21, di mana saja anda berada. Yang pulang ke kampung halaman, bawalah kenderaan dengan berhemah. Yang beraya di perantauan...jangan sedih-sedih! :) Nia juga memohon maaf andai ada salah dan silap, tersalah kata dan terkasar bahasa. Maaf zahir dan batin.

Salam Ceria,
-Nia Azalea-
Sheffield , UK

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pertemuan dengan Puan Norlina Alawi

Rasa terharu kerana memang sudah lama saya berhajat bertemu dia. Saya kagum dengan beliau. Tabah, cekal dan berani. Pertemuan secara ‘kebetulan’ yang berlaku di Tesco Sabtu lepas 6.10.2007, amat mengujakan. Saya tertarik melihat anak-anak kecil yang berpakaian sama berlari-lari.

Lebih mengusik hati melihat 3 orang anak kecil dalam troli. Comel sekali… sempat saya menyentuh pipi mungil mereka. Baru perasan akan kehadiran wanita-wanita berpakaian serba merah jambu yang sibuk melayan kanak- kanak tersebut. Bila ditanya baru saya tau, mereka adalah Puteri dari cawangan Pandan.

Saya juga baru ternampak kelibat orang yang saya tunggu-tunggu, Puan Norlina Alawi. Terus saya menyalami beliau dan berbual seketika. Wajahnya jernih dan bersih. Tenang hati bila berbicara dengan beliau. Lebih mengharukan, beliau menjemput saya menghadiri majlis berbuka puasa pada malam itu. Malang sekali, saya tidak dapat menghadiri kerana mata kurang baik pada waktu malam walau saya sudah pun separuh jalan. Saya mengharapkan pertemuan pertama akan disusuli pertemuan seterusnya.


Pada para peminat, pasti ada membaca buku hasil tulisan Puan Lily Haslina bertajuk Sesuci Kasih Norlina Alwi. Isi kandungannya amat menyentuh hati. Perjalan getir beliau mengharungi suka duka membesarkan anak-anak malang ini. Namun ketabahan beliau membuah hasil yang murni.

Sekiranya ada antara anda yang sudi meluangkan masa menjenguk anak-anak ini bolehlah pergi ke pusat tersebut di:

PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM
Lot 46 Jalan 47,Bukit C, Kampung Cheras Baru,56100 Kuala Lumpur.

Anda juga boleh menghubungi beliau melalui emel:

pernim@streamyx.com

Sekiranya ada yang berhajat menghulurkan bantuan, bolehlah melakukannya menerusi:

RHB 2-64214-0001777-6



Ina.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Cerita kami...

Tinggal kurang dari 7 hari sahaja lagi, kita akan berpuasa. Dalam bulan Ramadhan ini, kelab tidak menjalankan sebarang aktiviti secara rasami. Yang ada, hanyalah pertemuan tidak rasmi dan santai. Baca novel kelihatan agak laju, maklumlah, banyak waktu sanggang.

Cuma dalam sehari dua ini, dua orang kuat Kelab, seringkali kelihatan bertegang urat, bukan sebab bergaduh dibulan puasa, tapi kerana urat kami memang tegang, sebab lama sangat membelek kad raya, untuk dibalas kepada mereka yang telah mengirimkannya kepada kelab.

Dan yang lebih menariknya, ada beberapa orang pembaca novel, bukan setakat mengirimkan kad raya, malah siap dengan undangan "open house" sekali.

Alahai, waktu kad diterima, kita baru berpuasa 6 hari. Begitulah gelagat pembaca novel. Yang menariknya, tiada nama dan alamat pengirimnya.

Macam - macam...

Okey, berhenti setakat ini dulu... sebab sedang mencari idea untuk ditulis didalam kad raya.

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Moga Kau Mengerti - Lily Haslina Nasir

Lewat senja itu mereka berpisah dengan hati yg sukar ditafsir. Adeena semakin keliru. Cinta terasa semakin bernyala. Dia semakin terkurung dalam kolong asmara yg mereka cipta. Kini, dia tidak tahu apakah jalan keluarnya. Dia dan kamali sama sama tercari-cari cahaya di hujung jalan. Kenangan silam terapung apung dan hanyut, menjerit di sanubari.

Alangkah sukar memahami hati ini! Cinta, mengapa lagi dirindu semakin jauh perginya! Bagai menatap gemilang bintang, namun semakin dikejar semakin jauh untuk digapai tangan.


Saya kenal Kak Lily Haslina Nasir melalui tulisan dia masa dia jadi penolong pengarang rencana jelita. saya simpan lagi semua majalah yang ada tulisan Kak Lily. Saya tak pernah miss baca jelita kalau kak lily tulis segala rencana tema. Memang best. Bila Kak Lily berhenti jelita, saya pun berhenti baca jelita, ahakss... Sebelum tu pernah jugak baca novel Kak Lily tapi masa tu Kak Lily tulis yang nipis-nipis, tak puas baca.

Novel baru kak lily Moga Kau Mengerti ni memang best sesangat. Superb bagi saya. Ceritanya memanglah kisah cinta biasa aje...sejak zaman sekolah, terputus, bertemu kembali lepas masing masing dah kerja. tapi cara Kak Lily olah tu memang seronok sangat baca. Rasa tak boleh letak buku ni. banyak lawak yang kelakar dan sempoi dalam novel ni.

Bab alam sekolah tu memang best. Watak Adeena Adalia jadi watak utama, dimeriahkan dengan Salabiah, Husaini, Muhaimin, Lela dengan Faizul.. memang buat saya tersenyum-senyum sendiri masa baca bab zaman sekolah ni. Rasa macam saya pulak salah seorang geng grop ni. Semua nakal dan penuh insiden kelakar yang sempoi.

Bila masuk bab zaman kerja pun memang best jugak. Kisah Adeena Adalia Rasya yg sangat mencintai Kamali, ala ala abang angkat waktu sekolah tapi lepas tu terputus tak berakhir kat situ jer. Bila kerja, Adeena ni jadi wartawan majalah. Kak Lily tulis real sungguh kisah zaman kerja Adeena. Banyak yang menarik dan lucu masa ni tapi mood jadi saspen bila dapat emel Wani dan lebih teruja nak baca bila Adeena mula mencuri hati Dr Adib.

Saya suka sangat watak Dr Adib kat Moga Kau Mengerti ni. Sweet sangat. Kamali pun romantik sungguh. Tapi tu semua berubah bila Adeena kahwin dengan Kamali. Kak lily cukup teliti, terperinci dan detail masa membayangkan pada pembaca penderitaan Adeena dan penyiksaan seksual yang Adeena alami. Ngeri jugak nak baca. Kesabaran Adeena memang luar biasa sehinggalah sesuatu berlaku. Nak tahu, kenalah beli dan baca novel ni.

Dalam Moga Kau Mengerti ni banyak yang wanita boleh kutip ilmunya. Bagi saya ni bukan novel cinta semata-mata tapi masih ada maklumat dan teladannya. Kisah penderitaan isteri yang teraniaya dari segi seksual, kisah jejaka yg macam lembut dan romantik.. sebenarnya ada masalah jiwa. ada dua personaliti berbeza. Semua ni bagi saya, banyak pengajarannya.

Saya suka cara Kak Lily buat ending moga kau mengerti ni. Puas hati sangat biarpun ada hati yang kecewa dan terluka. Keikhlasan Kamali terserlah masa dia menulis surat terakhir untuk Adeena. Ketulusan dr Adib pun cukup jelas masa akhir cerita ni. Kiranya sesiapa yg ada masalah berumahtangga, jodoh tak panjang misalnya.. tak payahlah nak berdendam atau bermusuh. Semuanya boleh diselesai cara baik.

Kekuatan novel ni pada saya tentunya pada keindahan dan kelembutan bahasa Kak Lily. Keduanya, kelancaran plot.. bermula zaman sekolah, zaman kerja kemudian zaman kahwin memang penuh beberapa perkara yg tak dijangkakan. Dalam pada itu Moga Kau Mengerti ni tak jemu dibaca sebab kak lily selitkan dialog dialog selamba bila ada babak yg lucu. Macam perangai suka mencilok atau 'mengulor' masa kerja... memang best!

Bravo kak lily! Dulu masa epilog cinta, kak lily dah buat saya menangis saban malam masa baca epilog cinta. utk moga kau mengerti kak lily buat saya ketawa, sengih, senyum, sedih sorang sorang. Sampai adik saya tegur, kenapa saya ketawa sorang sorang masa mengadap Moga Kau Mengerti! Ah, sungguh adik saya tu tak mengerti..


Pada kak lily, cepat cepatlah buat novel baru. Kak Lily punya kelebihan tersendiri. buat cerita sedih memang sedih banget (untuk epilog cinta), buat cerita sempoi pun menjadi!

Pada Kak Lily, ida nak mintak maaf kalau ada yg tak kena komen ida ni. ida tak reti sangat nak komen atau ulas macam orang lain. Tapi ida tulis ni berdasarkan apa yang ida rasa, lepas baca moga kau mengerti!


Selamat Hari Raya pada semua pembaca novel Alaf21 dan penulis novel Alaf21.

Yang menyokong Alaf21 dan Alaf fc,


Idalyn,

Ampang

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novel yang penuh pengajaran...


DAN JANGANLAH KAMU DEKATI ZINA...’ Surah Al Israq ayat 32.

Hanya 5 perkataan mampu merubah segalanya. Dihina dan tersingkir.

Ku mencintaimu lebih dari yang lain
Walau kau hanya kekasih gelapku...


Bait lirik lagu Kekasih Gelapku seiring dengan cerita yang Mazia Haris paparkan dalam novelnya Bila Cinta Membara. Keasyikan bercinta dan memadu kasih akan menutup hakikat yang diri sudah dimiliki. Kesunyian tercipta dari hati yang tidak bersyukur dengan limpahan kasih sayang suami.

Senario masa kini yang kian hangat dan gawat, kekasih gelap memang ada dimana-mana Ada dua ciri. Pertama, percaturan perasaan yang mengundang cinta di hati namun tidak diiriringi sebarang pertemuan. Mungin kuatir akan terjadi perkara yang tidak mampu dielak. Atau senario kedua kasih beserta nafsu yang diakhiri dengan perhubungan jasmani yang terlarang. Apapun segalanya memang tidak direstui.

Kenapa mesti terjerumus dalam kancah ini? Jika anda membaca novel ini pasti anda faham akan gejala yang seharusnya kita sama-sama jaga dan bendung. Di saat akhir zaman yang kian menghampiri, muncul begitu banyak kemungkaran dan kemaksiatan yang tidak kita jangka akan berlaku di depan mata.

Novel ini mencuri hati saya untuk dibaca walau dalam kesibukan yang panjang. Saya terpikat akan novel ini kerana jalan cerita yang menarik dan cantik isinya. Mazia Harris telah menengahkan skandal isteri seorang polis berjawatan tinggi. Malah ianya disulami cinta yang tersimpul di hati antara DSP Kamarul dengan Insp Dayana. Keputusan DSP Kamarul walau sukar namun patut dipuji dan dicontohi.

Apapun jangan hingga berlaku perzinaan baru kesedaran berputik. Masa itu nasi sudah menjadi bubur. Langit hitam akan menyelubungi diri sepanjang hayat selagi kesedaran dan keinsafan tidak ujud di hati. Lebih menyakitkan, palit dosa sentiasa menghantui setiap langkah.

Bagaimana ye..sedang asyik melakukan kemungkaran, nyawa direntap tanpa peringatan! Na’uzubillah....harap kita semua mendapat taufik dan hidayah menerusi novel tersebut. Fikir fikirkanlah...

Ukhuwah dari

Ina

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Biar Rindu Berlalu - Sharifah Abu Salem

Ingatan saya terbang kepada kenangan 28hb Julai yang lalu tatkala menikmati novel terkini dari Kak Sharifah Abu Salem ini. Masih saya ingat haruman segar pokok-pokok di sekeliling persekitaran rumahnya. Wangi buah durian dan enak buah-buahan tempatan bagaikan masih terasa di anak tekak. Tidak mungkin ianya akan pergi dari kotak ingatan saya selagi daya ingatan masih segar. Layanan nan mesra Kak Pah sekeluarga di Kg. Dusun Tua terhadap saya dan rakan-rakan akan sentiasa terpahat di sanubari. Terima kasih Kak Pah! Moga sentiasa ceria bersama keluarga tersayang.

Seperti lazimnya novel-novel terdahulu novelis Sharifah Abu Salem, Biar Rindu Berlalu, tidak kurang hebatnya. Saya seronok membaca karya terbaru beliau ini. Pelbagai rasa dan perasaan bermain di jiwa tatkala diri tenggelam di dalam watak-watak yang diwujudkan. Kak Sharifah berjaya menyelongkar rasa terharu, kasih, cemburu, benci, marah, menyampah, dan bermacam lagi dari dalam diri saya. Rasa macam nak memukul pun ada!

Saya terharu dengan kasih sayang yang dibajai oleh pasangan emas Khalil dan Samirah. Walaupun cinta membara di jiwa, namun perasaan anak-anak tetap menjadi keutamaan. Itulah sifat ibu dan ayah penyayang, hingga sanggup mengenepikan perasaan dan hak sendiri.

Secara tidak langsung, kisah yang dipaparkan ini membawa kita ke alam nyata. Memang sukar menghadapi situasi yang tidak kita duga akan bertandang.

Moral


Rasa cinta dan kasih sayang lahir dari ketulusan hati tanpa paksaan. Tidak semua orang yang datang dalam hidup kita dapat kita berikan kasih sayang yang setimpal. Tidak sembarangan orang juga yang kita izinkan meneroka hati kita bila-bila masa sahaja. Tiada paksaan dalam cinta dan perasaan, hatta perasaan marah yang adakala, tiba-tiba muncul! Kita boleh mencuba, namun jika hati menolak cinta yang ditagih, perlukah kita berpura dan melukakan hati sendiri dan orang lain?

Salahkah seorang bapa dan ibu tunggal yang sedang merangkak ke usia emas dan saling kesepian mencari teman mengisi kekosongan hati? Kiranya ibu dan bapa tunggal yang masih muda bebas memilih pasangan, mengapa tidak mereka yang sudah agak berusia? Adilkah? Cinta tidak pernah mengenal usia, pangkat, mahupun darjat. Tetapi ramai masyarakat kita hari ini, memandang rendah pada seorang warga emas yang berkeingingan mengakhiri zaman kesunyian mereka di usia senja. Mengapa begitu? Bukankah mereka juga punya hak untuk mencari kebahagiaan dan keredhaan ALLAH SWT.

Adakala, kita sebagai anak, tamak memikirkan perasaan sendiri tanpa menghiraukan perasaan dan kesunyian yang melanda ayah atau ibu yang sendirian. Kita tega menuduh mereka ‘tidak sedar diri’. Derhakanya kita! Mereka juga punya perasaan ingin disayangi dan punya teman tatkala diri masih bernafas. Apatah lagi, jika anak-anak tinggal berjauhan. Bukan anak-anak tidak sayang, tetapi, adakala kita terlalu ralit dengan tangggungjawab sendiri hingga alpa dengan perasaan orangtua kita. Sesungguhnya mereka sudah banyak berkorban untuk kita sedari kita di dalam rahim lagi! Tegakah kita melihat ibu atau ayah kesepian melalui sisa-sisa kehidupan yang ada? Apa salahnya kita berkorban demi kebahagiaan mereka sementara hayat mereka masih ada.

Tidak saya nafikan, tidak mudah untuk tinggal sebumbung dengan orang yang tidak kita kenali peribadinya. Mungkin juga kita merasa sesak kerana tiba-tiba sahaja kita harus berkongsi pelbagai dengan insan-insan yang tidak pernah kita kenali. Namun, kiranya sifat kasih dan sayang wujud dalam diri, insyaALLAH, perkara yang kita anggap mustahil tidak akan menjadi pelik. Berbalik kita pada ketentuan dan takdir ALLAH SWT. Sesuatu perkara itu akan tetap terjadi dengan izinNYA, dan tidak akan berlaku tanpa izin dariNYA.

Sifat cemburu seringkali membawa bencana dan dendam yang tidak kesudahan. Selagi jiwa dipenuhi cemburu dan iri, selagi itu hati tidak pernah rasa tenteram. Malah, sesiapa sahaja akan menjadi mangsa jika silap perhitungan. Jangan biarkan dendam menguasai diri. Kelak, binasa akhlak dan wajah yang manis. Jangan sampai wajah yang cantik meluat dipandang orang. Kesal kemudian tidak pernah memberi kita keuntungan.

Sifat baran dan amarah juga seringkali membakar hati sendiri. Malah, lebih malang lagi jika orang lain menjadi mangsa, apatah lagi insan yang disayangi. Kadangkala juga sifat-sifat itu mampu menukar personaliti seseorang yang pelembut dan penyayang kepada seorang yang garang dan pemarah tidak bertempat. Semuanya hanya kerana tidak mahu beralah dan kerana adanya perasaan benci! Tragisnya!

Setiap sesuatu dugaan yang diberikan kepada kita, tentunya ada hikmah yang dibekalkan. Sebagai manusia, kita tidak dapat melihat dengan mata kasar, rahmat yang dibekalkan mengiringi dugaan. Moga penyesalan tidak menjadi teman setia disaat hijab hikmah dibukakan kepada kita.

Banyak lagi moral yang dibekalkan oleh Kak Sharifah Abu Salem dalam karyanya ini. Terokailah wahai teman. Moga anda turut merasainya pengajarannya, sebagaimana saya merasainya.

Kepada Kak Pah, karya seterusnya senantiasa dalam penantian. Semoga terus berkarya dan berjaya serta sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

Untuk semua, selamat menjalani ibadah Ramadhan yang mulia ini. Mudah-mudahan mendapat rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT walau di mana berada.

ceria selalu...

Salmah

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat menyambut bulan Ramadhan.

Assalamu'alaikum dan salam hormat buat semua.

Begitu cepat masa berlalu. Akhirnya kini, kita bertemu lagi dengan Bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan pengampunan bagi seluruh ummat Islam, dimana sahaja mereka berada.

Bagi pihak Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC. Saya dan jawatankuasa ALAF 21 FC, dengan ini, mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat, dimana sahaja anda berada. Ini adalah diantara masa dan waktu terbaik, untuk kita menambahkan lagi amalan kita untuk bekalan diakhirat kelak.

Sepanjang bulan Ramadhan, kebiasaanya, kita mempunyai ruang waktu sanggang yang agak luas, maka amat berfaedah untuk kita membaca bahan bacaan, seperti novel.

Kerana dari pelbagai sudut, ianya mampu untuk membuatkan kita 'bermuhasabah' tentang diri kita sendiri. Menilai kekurangan diri sendiri.

Maka, rebutlah peluang keemasan yang 'dihadiahkan' secara percuma kepada kita oleh Allah S.W.T.

Akhir kalam, berpuasalah dengan sepenuh jiwa dan raga dan dengan penuh keikhlasan.

Terima Kasih
Abang Long


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Sepetang bersama Dr HM Tuah Iskandar.

Tidak ada yang lebih mengujakan kecuali menghadiri agenda Sepetang Bersama DR H M Tuah di Intekma Resort Shah Alam pada 8 Sept 2007 anjuran Alaf21. Memang menyeronokkan! Beliau bijak mengundang ceria pada tiap peserta. Masing-masing begitu sporting memberi kerjasama dengan Dr HM Tuah dengan memberi pandangan dan menjawab tiap soalan Dr Tuah. Selain itu, ceramah ini adalah untuk para wanita sahaja maka tentu lebih mudah meluah rasa.

Sesungguhnya ilmu adalah tidak ternilai, dan kami bersyukur kerana diberi peluang menghadiri ceramah ini. Bayangkan, kami memperolehi ilmu yang bukan sedikit beserta tips yang tidak terhitung hanya dengan RM5!! Niat baik Dr Tuah memang mulia, untuk beramal katanya.

Apa yang menarik adalah ceramah motivasi ini lebih bersifat santai di mana salah satu aktiviti yang meriangkan adalah semua peserta membuat senaman 3E dan ia memang menenangkan hati. Dengan sifat ceria dan kelakar spontan darinya, semua peserta lebih relax dan memberi tumpuan penuh.

Sudah pasti semua wanita ingin dikenali sebagai wanita unggul yang mempunyai ciri-ciri wanita berkarisma dan berketrampilan. Jadi kami disarankan mempunyai sifat Alpha iaitu sifat anggun, comel, cantik, sabar, berkeyakinan dan banyak lagi. Wow!

Lebih menarik Dr Tuah memberi perumpamaan sifat unggul adalah ibarat seperti sebiji kelapa. Walau ia hanyut ke mana saja, ia tetap mampu berakar dan hidup di dalam apa jua keadaan. Malah ia berjasa dari akar hingga ke pelepahnya.

Paling seronok bila Dr Tuah memberi gambaran sifat kita melalui bulan kita dilahirkan. Ia bukanlah suatu ramalan malah ia lebih berupa menterjemah sifat semulajadi seseorang. Maka bersungguh-sungguhlah kami ‘melihat’ carta peribadi kami sendiri di layar.

Betul ke?..tanya Dr. Tuah.
Emm..80% betul Dr! Suami saya memang macam tu Doktor. Degil!
Awak macam tu ke?
Err....hehe...ye la Doktor..


Itulah antara sesi ‘pengakuan’peserta. Hahaha...seronok sungguh ‘melihat’ diri sendiri dan insan yang rapat dengan kita.

Sebenarnya ceramah motivasi sebegini amat baik diikuti oleh semua wanita. Sesekali wanita harus diberi peluang untuk menonjol peribadi jati yang sebenar kerana kita semua dilahirkan dengan kebaikan. Ini juga adalah salah satu cara merehatkan diri setelah penat bekerja di pejabat atau letih melayan kerenah anak di rumah.

Antara tips menarik yang wajar diamalkan adalah minum air, tarik nafas (mengikut senaman 3E), makan anggur manis tanpa biji, menggunakan perfume dan minum susu. Ini adalah salah satu cara untuk membentuk kesabaran dan keupayaan mengawal diri.

Banyak sungguh tips yang diberi oleh Dr Tuah. Namun dalam ruang yang terhad ini tidak mampu saya ceritakan semua. Apapun jika anda teruja untuk mengetahui tips yang menarik dari Dr Tuah...apa kata anda dapatkan hasil tangan beliau dari ALAF21. So...untuk lelaki, apa salah belikan sebagai hadiah bagi isteri atau tunang atau juga kekasih. Hasilnya, kedua-dua mendapat keuntungan!

Adios!

Ina

Nota : Gambar diatas, adalah insan dari Alaf21 . Baca cerita dari Alaf21 pula... layari

http://alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/drtuah_program/default.htm

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Jemputan ke MASKARA IV

Anda sekelian dijemput hadir di majlis Baca Puisi MASKARA IV , di rumah PENA, Sabtu ini, 8hb Ogos 2007, jam 8.30 malam.


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Janjiku Bersamamu - Aleya Aneesa

Selepas Kasih Antara Kita dikupas, saya tidak jemu menunggu buah tangan terbaru dari Aleya Aneesa. Terlerai sudah penantian saya semasa berkunjung ke PWTC 28hb April lalu. Pun masih tidak punya banyak masa untuk duduk bersantai sambil membacanya. Kini, saya tersenyum lebar setelah berhasil menunaikan Janjiku Bersamamu.

Aleya Aneesa menunjukkan gaya penulisan yang kian dewasa dan mantap. Antara lain, beliau berjaya membawa pembaca menyelam perasaan watak yang direka. Seperti novel-novelnya yang terdahulu, kali ini beliau juga menghidangkan sebuah cerita yang berjaya menyentuh perasaan dan naluri saya.

Kisah yang membuka matahati saya akan kasih sayang seorang bapa yang kadangkala amat payah untuk meluahkan perasaannya hatta kepada anak sendiri. Membawa pembaca menyelam ke dasar perasaan seorang lelaki yang jarang mahu berkongsi duka dengan mereka yang disayangi.

Cerita kali ini juga membawa kita mengupas dilema seorang gadis yang ketandusan kasih sayang didalam hidupnya yang serba mewah. Namun, dapatkah kemewahan memberinya kebahagiaan? Tidak dinafikan, dalam dunia hari ini wang adalah keperluan untuk hidup. Tetapi dengan harta yang melimpah apakah seseorang itu mampu membeli kasih sayang?

Moral


Terdapat banyak moral yang boleh didapati dari buah tangan Aleya Aneesa kali ini. Antaranya....

Kasih sayang ibubapa tiada ukuran sempadan. Kebahagiaan dan kepentingan anak-anak menjadi agenda utama dalam kehidupan mereka. Anak-anak sentiasa didahulukan dan dititik-beratkan berbanding diri sendiri. Namun tidak semua anak-anak yang mengerti akan kebimbangan dan kerisauan kedua ibu bapa. Lebih menyedihkan jika ada anak-anak yang lancang mulut menuduh ibubapa tidak memahami naluri mereka. Betapa berdosanya kita sebagai seorang anak!

Tidak dinafikan, ramai kaum bapa yang tidak mudah meluahkan kekecewaan yang dirasai. Rasanya, ramai kaum Adam yang memiliki tingkah sedemikian. Diam mereka tidak bererti mereka tidak peduli, bukan juga tiada kasih sayang dihati. Mungkin mereka lebih senang begitu. Atau tidak mahu menambahkan rasa sedih dan kecewa yang sedia ada. Adakala juga kita alpa bahawasanya mereka juga punya hati dan perasaan. Selalu kita berfikir, lelaki lebih tabah menghadapi dugaan dan tidak cengeng. Namun, seringkali juga kita tersasar. Kaum Adam juga pandai terasa hati dan merajuk, mereka juga punya airmata untuk ditumpahkan! Yang nyata, sayang bukan hanya boleh terbukti dibibir, tetapi juga melalui perbuatan dan cara.

Dendam tidak pernah mendatangkan kesenangan dan kebaikan. Selalunya ia akan menghadirkan penyesalan. Kiranya tidak terlewat, alhamdulillah. Bagaimana jika yang didendami dan dikasari atau dilukai sudah kembali ke rahmatullah terlebih dahulu? Terampunkah agaknya dosa yang telah dilakukan? Oleh itu, berpada-padalah menyimpan marah dan dendam. Jangan terlalu menurutkan perasaan hingga membakar diri. Seelok-eloknya, lupakan sahaja dan redha dengan ketentuan. Tuhan lebih mengerti.

Dilahirkan dalam salasilah keturunan melayu yang beragama Islam adalah merupakan satu bonus. Tapi, haruskah bangsa lain dihina dan dimusuhi? Salah merekakah dilahirkan bukan sebagai orang Islam. Mengapa masih ada yang tega menghina saudara baru yang bagaikan kain putih di mata ALLAH SWT disaat dua kalimah shahadah dilafazkan. Dimana baiknya individu itu sebagai seorang Islam jika diri tidak mampu berbaik sangka dengan bangsa lain apatah lagi yang seagama. Sedangkan Rasulullah begitu berhemah melayan kaum Yahudi, mengapa kita umatnya alpa dengan keluhuran beliau? Renungan untuk diri sendiri juga.

Lupa diri perkara mudah yang boleh berlaku keatas sesiapa dan dimana sahaja. Sampai bila kita mahu menongkat dunia sedangkan nyawa yang dipinjamkan boleh diambil kembali bila-bila masa sahaja. Bak kata orang sekarang, hidup ini tentatif.

Suami isteri yang saling menyayangi seharusnya sentiasa bersama dalam susah dan senang, dalam suka dan duka. Meninggalkan seseorang dalam marah dan dilema adalah sesuatu yang tidak bijak sama sekali. Apatah lagi isteri dalam keadaan yang memerlukan sokongan padu. Hati yang marah dan kesal jangan terlalu diikutkan sangat. Kelak segala keindahan tidak nampak dimata. Kemaafan adalah sesuatu yang sangat indah, dan melaluinya kita mendapat ketenangan dan kebahagian.

Membentuk keluarga bahagia adalah impian setiap insan, namun tanpa usaha kearah itu, ianya tidak akan tercapai. Berusahalah untuk kebahagiaan bersama.
Banyak lagi moral yang didapati dari pembacaan novel terbaru Aleya Aneesa ini. Harapan saya anda akan dapat mengupas lebih banyak lagi. Moga anda yang telah membaca dan akan membaca novel ini akan turut terhibur sebagaimana saya. Jangan lupa sediakan tisu ya. Terutamanya kepada kaum Hawa.

salam ceria selalu...

salmah

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Jika diberi peluang untuk memilih novel yang paling kerap saya baca...


Sudah tentu saya pilih novel Jendela Hati karya Aisya Sofea.Berapa kali saya baca yee? Hemm.tak terhitung rasanya. Garapan cerita yang menarik.

Persoalan besar dalam novel ini adalah cinta tidak mengenal siapa walau dia adalah bekas suami arwah saudara kembar sendiri. Lebih menambah kekusutan adalah arwah Sarah Wahida telah meninggalkan wasiat agar Farah menggantikan tempatnya sebagai isteri kepada Lukman. Bagai satu perjudian yang tidak pasti untung ruginya.

Walau Farah ada perasaan kasih pada Lukman namun dia mahu Lukman menerima dirinya sebagai Farah bukan sebagai pengganti Sarah. Disinilah bermula komplikasi perasaan seorang lelaki yang masih mengingati dan menyayangi arwah isterinya dengan isteri sekarang yang juga kembar arwah! Bukan calang orang boleh menempuhi ujian ini samada Farah mahupun Lukman.

Permainan perasaan yang bukan sedikit mencabar kesabaran dan keikhlasan. Pernahkah anda terfikir untuk meraih cinta dari lelaki yang sahih kita maklum mencintai orang lain sepenuh hati? Sanggupkah anda berkorban diri semata-mata untuk memenuhi impian hati? Kalau saya...saya tidak mampu mencipta kesengsaraan untuk kebahagiaan yang tidak mampu dijanji. Saya tahu tahap kesabaran saya yang tipis macam kulit bawang! Tidak seperti wanita sekental Farah Wahida.

Namun novel ini memberi ruang untuk kita berfikir, sesungguhnya janji Allah itu pasti, bahawa kesabaran dan keikhlasan membuah kebahagiaan yang abadi. Berani menegak hak yang benar untuk diri sendiri. Yang penting, tabah menghadapi segala ujian kerana ujian itu tanda kasih sayang dari NYA...

Nak tau lagi apa novel lain pilihan saya ? Tungguuuuu....

Salam sayang
ina

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Bertemu penulis-penulis Alaf21 di PWTC.

Untuk keterangan lanjut, sila layari...


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Merdeka

Assalamu'alaikum dan salam hormat buat semua.


Dikesempatan ini, saya selaku peneraju Kelab Peminat Novel ALAF 21 -
ALAF 21 FC. Ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada seluruh rakyat Malaysia, yang
menyambut
Hari Kemerdekaan yang ke - 50.

Marilah kita bersama - sama mengucapkan syukur kehadrat Illahi. Atas segala rahmat, keberkatan, aman dan sentosa, muhibbah dalam sebuah masyarakat berbilang agama, bangsa dan kaum.

50 tahun MERDEKA, membawa erti yang cukup bermakna kepada kita semua. Hanya
SEKALI sahaja kita akan menyambut hari yang penuh bersejarah ini, sempena dengan
Jubli Emas Kemerdekaan. Maka, marilah kita bersama - sama meraikannya, dengan penuh perasaan gembira dan penuh kesyukuran.

Terima Kasih.

Mohamad Feroz
Presiden ALAF 21 FC.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Jika diberi peluang untuk memilih novel yang paling dekat di hati.

Sudah tentu saya memilih novel MANISNYA CINTA hasil sentuhan Anis Ayuni. Ada masanya saya terlupa tajuk novel tersebut (sebab terlalu banyak novel yang saya suka), saya hanya akan sebut kereta volskswagon..maka dengan cepat anak saya Ain, memberi tajuknya.

Nak tau mengapa saya mengangkat novel ini? Ini adalah kerana novel tersebut mampu mencetus semangat membaca pada diri seseorang yang memang tak minat membaca apalagi novel..Nak tau siapa dia? Tak lain tak bukan..suami saya! Biasalah kan, kebanyakan lelaki memang kurang suka membaca.

Saya masih ingat hari tersebut, dimana saya,suami saya dan Ain pergi ke Masjid India. Entah bagaimana ia bermula, saya yang memang rajin berceloteh, bercerita tentang novel terbaru yang saya baca. Mereka bersungguh-sungguh medengarnya. Hingga tidak membenarkan sesuatu pun menghalang saya dari terus bercerita! Suami saya siap menegur Ain agar jangan mengganggu saya bercakap kerana dia sungguh teruja mendengarnya... Pandai juga saya bercerita hingga suami saya sendiri kusyuk, sampai keringlah tekak saya. Sepanjang jalan saya diapit oleh mereka berdua hingga nak shopping pun terganggu.

Tambah menakjubkan lagi, buat pertama kali, suami saya membaca novel dan novel inilah pilihannya. Nak tau dia tidur pukul berapa? Hemm..dia tak tidur hingga ke subuh! Ini kerana semata-mata mahu menghabiskan pembacaannya.

Saya tidak mampu menahan ketawa kerana dia akhirnya mengaku tidak boleh berhenti selagi tidak tahu kesudahan ceritanya dan dia mengaku novel tersebut memang hebat!! Hemm...rasanya saya juga hebat kan? Itulah..selalu saja perli saya yang tidak boleh berenggang dari buku, ternyata dia mengalami sendiri.

Ceritanya memang menarik hingga saya sendiri rasa teruja hendak pergi ke tempat yang dinyatakan..seperti Restoran Big Plate. Saya memang suka mushroom soup. Tiap patah ayat yang disusun, memang cukup menarik dan saya sendiri baca novel ini hingga 3 kali!

Cinta memang penuh dengan ujian. Rasa curiga yang bersarang mampu menghilang cinta yang membara. Segala nasihat sudah pasti tidak diambil peduli. Yang penting, melayani rasa keciwa yang dicipta sendiri. Buang masa bukan? Tapi itulah kenyataan. Selagi ia dinamakan cinta, apa jua rasa yang ujud, masih tetap membahagiakan meski ia sungguh menyakitkan.

Nanti saya sambung lagi tentang novel lain pilihan saya...

Salam sayang


Ina

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Hari ini , Sabtu , 26 hb Ogos merupkan hari lahir untuk novelis kita yang comel lote iaitu
Shanika Latisha. Usianya genap... Hmm berapa ya? Lebih kurang setengah abadlah gitu. Namun sudah cukup untuk mematangkan beliau dalam meniti hari-hari yang berlalu serta menempuhi kehidupan yang berbagai cabaran ini.


Shanika Latisha atau nama sebenarnya Shanika binti Abdul Latip, berasal dari Pulau Pinang. Anak sulong dari 4 adik beradik. Beliau juga adalah graduan dari UIA dalam bidang Sosiologi dan Antropologi. Dan sekarang sedang sibuk dengan tugasnya sebagai wartawan di salah sebuah akhbar tempatan.

Kami di Alaf21 FC serta para peminat semua, mengucapkan,

SELAMAT HARI JADI kepada Shanika Latisha.

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Ceria selalu dalam menghadapi hari-hari mendatang. Success dalam kerjaya disamping dapat menghasilkan novel terbaru tidak lama lagi.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Tahniah buat Ramlee Awang Murshid

Alaf21 FC mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada penulis thriller nombor 1 Malaysia, iaitu Ramlee Awang Murshid kerana telah berjaya memenangi Hadiah Sastera Sabah 2004/2005 melalui novelnya , BAGAIKAN PUTERI.


Tentunya penghargaan ini begitu bermakna buat penulisnya kerana novel tersebut menjadi pilihan oleh ahli panel yang terdiri daripada golongan profesional Dewan Bahasa dan Pustaka.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Khabar dari Eka Fahara...

Sudah lama tidak bersua dengan penulis yang berasal dari Penang dan kini menetap di Singapura. Tak lain ialah Eka Fahara. Agak lama juga beliau tidak datang kemari.

Hinggalah beberapa minggu yang lalu, kerap juga penulis ni datang ke mari. Tentu ada hal-hal tertentu yang membawa beliau ke mari. Dan tentunya, semua tahu bahawa novel barunya sudah berada di pasaran.

Novel beliau yang ketiga ini telah siap dicetak akhir bulan lepas dan kini telah memenuhi kebanyakan kedai di seluruh negara.

Dan saya juga tidak melepaskan peluang untuk menemui beliau yang kebetulan menginap di salah sebuah hotel di Shah Alam dua minggu yang lepas.

Pertemuan lewat petang itu berlangsung dengan meriah dan santai. Maklumlah, lama tak berborak-borak selain mengetahui perkembangan terkini penulis yang pernah menulis novel Kabus kasih dan Nilai Cintamu itu. Bersama-sama suami tersayang, En Idrose, yang nampak awet muda tu, kami berehat di kedai kopi di bawah hotel tersebut. Ni kira macam ngeteh-ngeteh jugak lah.

Pertemuan yang sempat berjumpa di Shah Alam baru-baru ini kelihatan ceria dan seronok. Kedatangannya mengikut urusan kerja suami, beliau juga rusan

“Lega hati akak novel ni dah keluar. Kalau nak diikutkan memang ada masalah. Tapi syukurlah...semuanya dah selesai,“ luah Eka Fahara dengan senyuman manis.

“Akak tadi singgah di Alaf21. Biasalah ada urusan sedikit. Sambil-sambil tu, membeli belah buku-buku sekali... Sesekali datang, tentu banyak buku-buku baru yang hendak dibeli.“ Ujarnya lagi.

“Habis tu... akak sesat tak?“ soal saya lagi menyebabkan dia tersenyum lagi.


“Masa mula-mula datang dulu memanglah sesat sebab Shah Alam ni kan banyak roundabout. Kali ni sesat juga, tapi tak lama.“ jawapnya sambil tergelak.



(Bersama penulis-penulis baru Alaf21 , dari kanan Lynn Dayana, Laila Kamilia dan Rose Harissa )

Kami berbual-bual tentang banyak perkara. Mengenai projek penulisannya, anak-anak, kehidupan di singapura serta kesibukan rutin hariannya. Apabila sesekali berjalan jauh ni, memanglah seronok. Letih juga, tapi kira berbaloilah. Lagi pun anak-anak semua dah besar. Tak susah kalau nak tinggal-tinggal. Anak yang sulong pula dan duduk asrama di kedah.

Eka Fahara senang sekali bercerita. Begitu juga dengan suaminya yang sesekali turut bercerita. Saya juga bercerita tentang perkembangan kelab serta projek-projek kami yang terkini.

Beliau kebetulannya sedang mengikut suaminya ke sini atas urusan kerja. Rajin sungguh dia. Sambil-sambil ikut tu, kalau ada masa bolehlah berjalan-jalan sekejap. Dan khabar-khabarnya tidak lama lagi, beliau akan ke luar negara tidak lama lagi untuk urusan yang sama iaitu mengiringi. Wah meriahnya.. entah-entah dia pergi ke tempat dalam novel belaian Jiwa tu tak? Yang ada Bangunan Opera House tu, di Sydney, Australia kut... Seronok nyer..

Apa-apa pun saya harapkan Eka Fahara ( Atau lebih mesra saya panggi Kak Eka sahaja ) supaya sentiasa terus cemerlang dalam bidang penulisan dan cerita bersama keluarga tersayang.

Terima kasih diucapkan diatas buah tangan yang diberikan. Seronok kami dibuatnya.
Kalau datang lagi ke Shah Alam ni, jangan lupa intai kami antara nampak. Nanti rindu-rinduan pula... alahaiii

Kepada sekelian peminat beliau, silalah dapatkan novel Belaian Jiwa di pasaran. Kalau nak tahu macam mana ceritanya, lihat semula ulasan dari Rosha (entri di bawah).

Eka Fahara juga boleh dilawati di blognya , http://ekafahara.blogspot.com

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati