Archives

Penulis di Pesta Buku Selangor.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pesta Buku Selangor bermula hari ini

1.
Kepada para pengunjung sekelian, Pesta Buku Selangor telah pun bermula hari ini. Bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam, pesta buku tersebut dijangka akan menarik ramai peminat buku dan bahan-bahan bacaan lain untuk turut sama memeriahkan suasana.

Berbagai-bagai acara juga turut diadakan.Marilah kita sama-sama meluangkan masa untuk menjenguk ke sana. Memandangkan hari ini kebanyakan sektor kerajaan sudah pun menerima gaji, sudah tentu banyak pilihan buku-buku yang sudah ada di dalam kepala untuk dibeli. Mungkin membeli untuk anak-anak atau sesiapa saja. Apa-apa pun, selamat berkunjung ke Pesta Buku Selangor.

2.
Semalam 24 July 2008 adalah hari ulangtahun kelahiran, penulis Usikan Rindu iaitu Qaira Qasidah. Kami di Alaf21 FC ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir, semoga beliau akan panjang usis, beroleh rezeki yang baik, sihat tubuh badan dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Lewat kiriman SMS yang dikirimkan petang semalam, beliau khabar-khabarnya sedang bercuti sakan. Oh, dia mana tuuu ? Wahh.. seronok nyer..

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pesta Buku Selangor 2008

Jangan lupa untuk mengunjungi, Pesta Buku Selangor 2008 yang bermula pada 25 Julai hingga 3 Ogos 2008. Bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor. Lebih dari 100 buah gerai daripada para penerbit dan pengedar buku terkenal negara akan didirikan. Selama hampir seminggu, mereka akan berkampung di sana.

Temasya satu tahun satu kali ini adalah lebih hebat daripada tahun sebelumnya. Pelbagai program menarik bakal diadakan.

Jangan lepaskan peluang untuk ke gerai Alaf21 Sdn Bhd bagi mendapatkan buku-buku pilihan anda. Diskaun yang hebat juga diberikan. Dan tak lupa, para penulis yang akan turut sama memeriahkan suasana. Jumpa di sana.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kenali Hani Fazuha (2)

Hani Fazuha di Astro Awani Bersama Dang Suria

Hani Fazuha akan berada secara ‘live’ di Astro Awani bersama Dang Suria , Esok (9/7/08) jam 11.45 pagi dan ulangannya 4.45 petang, 10/07/08 pukul 6.45 pagi.Beliau akan bercerita dengan lebih lanjut tentang buku terbarunya “Mengukir Bahagia” .

Sama-samalah kita menonontonnya.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kenali Hani Fazuha

Tiada perkataan yang mampu diucapkan selain rasa syukur yang tak terhingga serta penghargaan yang tak ternilai kepada Alaf21 di atas kelahiran novel pertama ini. Penantian beliau selama dua tahun akhirnya terlerai jua. Dan kini beliau mempu tersenyum puas.

Dia yang kami maksudkan adalah penulis baru Alaf21, iaitu Hani Fazuha, yang baru saja melahirkan novel sulungnya berjudul Mengukir Bahagia.

“Mula-mula memanglah kalau nak diikutkan memang macam lama menunggu, tapi berkat kesabaran dan harapan yang tidak putus-putus, akhirnya lahir juga buku ini,” ujar beliau yang kelihatan tersenyum saja melihat tulisannya kini sudah menjadi sebuah novel.

Beliau seorang yang ramah dan senang berbual. Walau pun pertama kali bertemu tapi rasanya seperti sudah kenal lama.

Beliau bertugas di Kajang dan tinggal di Seri Kembangan bersama suami dan kedua orang puteranya.

Menyingkap kembali permulaan minatnya itu, beliau memberitahu, pada mulanya, beliau cuma menulis secara perlahan-lahan hinggalah akhirnya lengkap menjadi sebuah manuskrip. Kemudian manuskrip tersebut dihantarnya ke Alaf21. Tak sangka Alaf21 boleh terima.


Sokongan dari pada suami juga banyak membantu menyemarakkan lagi minatnya terhadap dunia penulisan. Ditambah pula dengan minatnya yang suka membaca sejak kecil.

Antara penulis-penulis yang menjadi idolanya ialah Aisya Sofea, Sharifah Abu Salem dan ramai lagi.

Harapan beliau supaya novel sulung ini mampu menarik minat pembaca dan mesej yang dituliskan akan sampai kepada pembaca. Semoga para pencinta buku di luar sana akan dapat menerima kehadiran buku ini.

Beliau juga menantikan sebarang komen atau pendapat anda mengenai buku sulungnya ini. Kalau sudi, sila alamatkan ke email ,

hani_fazuha@yahoo.com atau lawati laman blog beliau di

http://hanifazuha.blogspot.com

Sinopsis Mengukir Bahagia ,


http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/N_MengukirBahagia.html

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati