Archives

MERDEKA !

Kami di Alaf21 FC ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ;


Selamat menyambut Hari kemerdekaan Negara yang ke 52.


Semoga kita semua menjadi rakyat yang bersyukur dan menghargai erti kebebasan

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Tuan Norden Mohamed - Jasamu Tetap Dikenang.

Selama 12 tahun beliau menabur bakti di syarikat penerbitan novel terunggul di Malaysia,  tidak lain dan tidak bukan iaitu  syarikat  ALAF 21 Sendirian Berhad.

Dan  selama 4 tahun Encik Norden telah memberikan sepenuh kerjasama yang tidak terhitung nilainya kepada penubuhan Kelab Peminat Novel ALAF 21  -  atau panggilan ringkasnya  ALAF 21 FC.

Sebuah kelab yang mana tercetus hasil dari idea beberapa orang peminat tegar novel ALAF 21.  Dan 'kelahiran'  kelab ini telah 'disambut dengan penuh kebanggan'  oleh Encik Norden dan seluruh staff  ALAF 21.

Maka,  pelbagai idea telah dilontarkan untuk memajukan kelab yang berdiri atas kaki sendiri.  Bak kata Encik Norden diawal penubuhan kelab.  "Saya lebih suka pokok yang tumbuh dari tunas yang lembut dan membesar dan mengakar hingga menjadi pokok yang besar dan kuat,  daripada menanam pokok yang besar tetapi akarnya tidak cukup kuat untuk menampung pokok itu dari angin yang kuat."

Walaupun masih banyak idea yang Encik Norden lontarkan untuk kelab,  namun InsyaAllah,  kami dalam kelab akan terus mengusahakan idea tersebut.  Demi untuk kemajuan kelab  dan dalam masa yang sama terus berusaha dan bekerjasama demi untuk kebaikan bersama.

Sungguh mendebarkan apabila mendengar kata - kata Encik Norden bahawa beliau akan 'berhijrah'  ke bahagian lain,  iaitu Encik Norden akan memulakan tugas baru sebagai Group Managing Editor di akhbar Sinar Harian. Akhbar harian ini adalah milik Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Sebagaimana beliau berjaya menaikkan nama Alaf 21, sekali lagi beliau diberi kepercayaan untuk bersama-sama memacu akhbar ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Secara peribadi,  saya sendiri sebagai peneraju kelab telah mendapat perhatian yang istimewa dari Encik Norden demi untuk kebaikan kelab.  Setiap idea yang timbul dibincangkan dalam suasana penuh harmoni dan penuh perasaan kasih sayang umpama sebuah keluarga.

Seingat saya,  tidak pernah barang sekalipun idea dari kami tidak mendapat maklumbalas yang positif dari Encik Norden mahupun dari ALAF 21 Sdn Bhd.  Ini memudahkan kelab untuk terus bergerak dan mendapat pelbagai bantuan dan kerjasama sepenuhnya dari ALAF 21 Sdn Bhd.

Diharap,  Encik Norden masih terus sudi untuk membantu kelab,  hatta beliau tidak lagi berada di kerusi Pengurus Besar ALAF 21.

Yang pasti,  kami akan terus ingat JASA - Encik Norden selama hayat dikandung badan.

Akhir kata dari - KELAB PEMINAT NOVEL ALAF 21  -   ALAF 21 FC kepada Encik  Norden:

"Semoga sukses ditempat baru,  dan  TERIMA KASIH wahai  TUAN  SIFU!"




Abang Long.
Pengerusi  Kelab Peminat  Novel  ALAF 21  -  ALAF 21 FC.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Sekitar Majlis Pelancaran Novel Aleya Aneesa ( Bhgn 2 )

Sambungan sekitar Majlis Pelancaran Novel Aleya Aneesa dalam bentuk ringkas.
         Aleya Neesa memberikan ucapan yang lahir dari hati.


1. Tahniah di ucapkan kepada team Alaf21 yang telah bertungkus lumus membuat persediaan untuk majlis tersebut. Ternyata, idea dan kreativiti mereka dalam setiap dekorasi dan ‘kejutan’ majlis pelancaran tidak pernah menghampakan. Berkat dari kesefahaman dan kerja berkumpulan mereka tentunya membuahkan hasil yang sungguh meriah dan memukau mata.
Antara petugas Alaf21 yang turut menjayakan majlis yang meriah ini.

2. Pada majlis tersebut kelihatan amat sedikit petugas media yang kelihatan. Dari maklumat yang diketahui, ada banyak acara yang kebetulan bertembung, yang berada di sekitar KL. Mungkin juga kerana lokasi majlis yang agak jauh dari kota. Namun begitu, majlis tersebut tetap meriah dan turut mendapat liputan ( walau wakilnya tiada). Fuh... canggih sungguh teknologi masa kini.

3. Satu perkara yang saya pelajari pada hari itu ialah majlis yang dirai akan tetap meriah dengan kehadiran keluarga tersayang, adik beradik dan saudara mara terdekat. Tak lupa juga teman-teman yang sudi berkongsi rasa, suka duka dan gembira. Tak kiralah di mana juga ianya diadakan. Kalau di hotel UiTM tu pun, kira dan memang cantiklah.


4. Pengacara majis, saudara Richie Rachman tetap maintain sempoi dan suka mengusik. Sesekali beliau terlepas kata dan diikuti dengan perkataan, oops.. Masa tu, semua hadirin ketawa...

5. Primadona yang menyerikan majlis tersebut iaitu Erra Fazira juga adalah salah seorang peminat novel-novel Alaf21. Dan kehadiran sebahagian besar novelis yang diminatinya membuat dia berasa seronok dan teruja. Apatah lagi apabila diberitahu kepada Cik Aleya Aneesa yang dirai itu bahawa dia sudah pun khatam kesemua novel-novelnya. Wah, bertambah kembang setamanlah Cik Aleya kita tu.. hik hik

  Erra Fazira memberikan ucapan seterusnya merasmikan majlis tersebut.


6. Erra Fazira juga kelihatan anggun dan langsing hinggakan ada yang bertanya apakah rahsianya, setelah melahirkan anak dia kembali ke bentuk asal. Katanya , tentulah dia mengamalkan diet dan menjaga makanan, selain dari itu ”slim world” juga membantu. Wahh... canggih gitu.


7. Apabila sebahagian novelis berkumpul, saya sudah dapat mengagak akan kemeriahannya. Meriah dalam gegak gempa yang terkawal. Oleh kerana agak ramai yang hadir, saya pun tak sempat hendak berbual dengan semua. Ada-ada saja cerita yang hendak dikongsi sesama mereka. Selain dari itu, si Erra fazira tu pun habih diterkamnya. Ajak beramah mesra selain bergambar-gambar. Maklomlah, bukan selalu bertemu pun.Tapi Erra tetap maintain dan kool melayan. Sporting betul dia.


8. Tema untuk majlis itu ialan merah, putih dan gold. Dekorasi dewan Sri Impian yang dirias kemas nampak menyerlah dengan lebihan warna gold melatari dinding dan syilingnya. Set meja makan juga dihias cantik dan kemas menambahkan selera pada pengunjung majlis. Betul ka? Apa-apa pun, makanan yang dihidangkan pun sungguh lazat, walau pun sekadar minum-minum petang.


9. Berita tentang penghijrahan En. Norden selaku pengurus bensar Alaf21 ke Sinar Harian adalah yang paling memeranjatkan sekali di majlis situ terutamanya kami. Beliau sudah 12 tahun menerajui Alaf21. Selama ini, beliau sentiasa dekat di hati kami ( Alaf21 FC). Beliau juga banyak membantu kelab dan sentiasa menyokong perjuangan Alaf21 FC. Tanpanya, kami tentu tidak akan sampai sejauh ini. Apa-apa pun, kamu doakan yang terbaik saja buat En. Norden di tempat yang baru nanti.


En. Norden (tengah) bersama Abang Long dan Ina dari Alaf21 FC.

Akhir kata, Tahniah sekali lagi buat Aleya Aneesa di atas penganugerahan novelis prolifik. Semoga selepas ini, beliau akan terus menulis dengan semangat yang berkobar-kobar dan cerita yang hebat-hebat.


Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Sekitar Majlis Pelancaran Novel Aleya Aneesa.

Alhamdulillah. Pada hari Rabu, tanggal 19 Ogos minggu lepas, bertempat di Hotel UiTM, Shah Alam, seorang lagi penulis prolifik berjaya dilahirkan oleh ALAF 21 Sendirian Berhad iaitu novelis ALEYA ANEESA.
 Bersama En. Norden , Aleya Aneesa dan Erra Fazira.
Bersempena dengan kelahiran novel ke 5, sebuah majlis pelancaran telah dilaksanakan dengan meriahnya. Majlis telah disempurnakan oleh primadona yang tidak asing lagi di persada seni tanahair iaitu Erra Fazira.


5 buah novel hasil garapan ALEYA ANEESA ialah:


Semusim Rindu - 2005
Kasih Antara Kita - 2006
Janjiku Bersamamu - 2007
Segalanya Untukmu - 2008
Hanya Dia Tahu - 2009


Barisan teman penulis yang turut sama memeriahkan suasana.

Antara soalan yang telah diajukan buat ALEEYA ANEESA ialah:


Novel pertama, 'Semusim Rindu' telah diterbitkan oleh ALAF 21. Bagaimana perasaan anda ketika itu ?


Pertama sekali saya rasa sangat bersyukur pada Allah kerana memberi sedikit kelebihan kepada saya. Terus terang saya katakan, ketika melihat novel itu terbit, saya berasa sangat teruja sebab saya tidak pernah bermimpi yang satu hari nanti saya akan bergelar penulis novel.

Selama ini saya kagum dengan setiap karya dan penulis yang karya mereka saya baca. Alhamdulillah ... akhirnya tanpa saya sedar, saya mampu melakukannya, saya mampu melkukannya seperti mereka yang saya kagumi sejak sekolah lagi.


Alhamdulillah, keluarga yang menjadi tonggak utama penyokong setia kepada perjuangan ALEEYA ANEESA turut hadir memeriahkan majlis. Walaupun ada sebak sewaktu menyampaikan ucapan, namun ALEEYA ANEESA tetap gigih dalam meneruskan cabaran yang bakal mendatang. Ucapan yang lahir dari hati sanubari seorang penulis novel yang sedang meningkat naik.


Buat ALEEYA ANEESA. TAHNIAH dari Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC. !


Kami tetap menyokong perjuangan anda !
Abang Long

Sekitar majlis yang sama di web Alaf21.

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/prasmian%20nov%20aleya%20aneesa/default.html

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak

Kini Ramadhan datang lagi. Sudah lama kita menunggunya...
Apa-apa pun, kami di Alaf21 Fc ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat berpuasa buat semua pengunjung blog dan juga sekelian kaum muslimin dan muslimat.
Semoga kita akan menjadi umat yang tahan dugaan, berlapar dan dahaga selain mencari pahala berlipat kali ganda.
Semoga Tuhan juga mengasihi dan merahmati kita di bulan yang penuh barakah ini.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Memori atau Nostalgia ?

Bukan mudah untuk berposing bersama novel dihadapan sebuah bangunan yang tersergam indah iaitu  SACC Mall, Shah Alam.


Pasti ada yang malu - malu begitu.  Dan ramai yang memerhatikan gelagat dengan pelbagai persoalan.  



Yang pasti sudah tentu ramai yang terfikir.  Mereka ini adalah peminat novel.  Ya,  mereka merupakan peminat novel yang tegar.



Begitulah gelagat dua orang kuat ALAF 21 FC.  Mereka berbual,  mereka berbincang,  mereka berceloteh,  mereka makan dan mereka bergembira.  Seolah - olah dunia ini mereka yang punya. 




InsyaAllah,  tidak lama lagi semua orang akan tahu,  apa yang kami bincangkan.  Satu projek imbas kembali dan nostalgia.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Jadi buat Rania Firdaus

Wah, semalam... hari jadi Hezzy Azra.
Hari ini , ada hari jadi lagi...

Penulis bertuah yang menyambut hari jadinya pada hari ini tak lain tak bukan adalah penulis paling muda Alaf21 iaitu Rania Firdaus.

Kami di Alaf21 FC juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI untuknya, semoga Rania panjang usia, sihat sejahtera, berjaya dalam hidup dan sentiasa ceria selalu.

Oleh kerana dia kini sedang menuntut di Universiti, kita doakan juga supaya dia tabah dalam menghadapi cabaran belajar dan moga berjaya dengan cermerlang.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Jadi - Hezzy Azra

Alaf21 FC ingin mengucapkan,
SELAMAT HARI JADI buat penulis Hezzy Azra yang menyambut ulangtahun kelahirannya pada hari ini.
Penulis ini dikenali dengan buku-bukunya yang bertajuk Kenangan Terindah dan juga Melodi Kasih.
Harapan kami supaya, Hezzy Azra akan terus sukses dalam hidup, sihat sejahtera , tercapai segala yang dicita-citakan dan bahagia bersama keluarga tersayang.


Semoga terus maju dengan bidang penulisan yang diceburinya juga.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Diskaun oh diskaun ...

Seperti yang telah dijangkakan.  Hari Sabtu merupakan hari yang paling sesuai dan paling ramai pengunjung ke Pesta Buku. Lebih kurang pukul 4 petang,  orang ramai telah bersesak - sesak dikawasan gerai yang menjual beraneka bahan bacaan.

Dan aku telah bertemu dengan beberapa orang peminat novel,  sempat bertanya khabar dan berbual mesra.  Didapati bahawa ramai yang menyatakan bahawa mereka kurang mendapat maklumat tentang diskaun yang diberikan oleh penerbit.  

Dan ada juga syarikat yang tidak menawarkan langsung apa - apa diskaun ataupun tawaran menarik sempena Pesta Buku.  Apapun,  pelanggan tetap datang berkunjung untuk mendapatkan bahan bacaan yang diperlukan.

Tinggal lagi 2 hari lagi untuk pencinta buku untuk datang membeli buku.  Satu pesta atau keraian bagi pencinta buku,  khususnya bagi penduduk negeri Selangor.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati