Archives

Lepas mata pergi ke tekak.

Blog Kelab Peminat Novel.  Tetapi masih ada ruang untuk mempromosikan restoran.  Bukan sebarang restoran,  tetapi restoran ini kedudukannya memang bertentang dengan booth ALAF 21.  Bayangkan aroma enak dari masakan didalam restoran ini dihidu oleh pengunjung booth ALAF 21.



Aku telah mencuba laksa yang dijual didalam restoran ini.  Itupun hasil dari komen para sahabat.  Aku katakan "boleh tahan,"  kerana aku memang pakar dalam makanan ini.  Kemana pun aku pergi,  itulah makanan kegemaran aku dan keluarga.  Memang kami seperti tidak jemu dengan makanan itu.  Jadi, aku dapat merasakan apakah makanan itu memang sedap ataupun tidak.



Dan jangan lupa tinggal 4 hari sahaja lagi Pesta Buku ini berlangsung.  Hari Sabtu dan Ahad ini,  keadaan pasti semakin ramai yang berkunjung.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Jom ke PESTA BUKU !

Masih ada 5 hari sahaja lagi bagi peminat buku untuk pergi membeli belah bahan bacaan yang mereka ingini.  Bertempat di Kompleks PKNS,  Shah Alam,  pesta buku berlangsung hingga hari Isnin,  3 hb Ogos.  Pesta buku yang paling hampir dengan penduduk Shah Alam dan kawasan yang berdekatan dengannya.

Dan kepada peminat buku dan novel.  Jangan lupa untuk mendapatkan segala jenis buku dan novel di booth ALAF 21 Sdn Bhd.  Kedudukan booth ALAF 21 juga agak strategik,  iaitu berhadapan dengan 2 buah restoran yang menjual segala jenis makanan Melayu dan barat,  dan makanannya juga boleh tahan dan harganya juga berpatutan.



Penat berlegar di sekeliling bangunan,  terus sahaja berehat dan menjamu selera di restoran berhadapan booth ALAF 21.


Diskaun yang ditawarkan juga hebat dan menawan hati pembeli dan pembaca.  Ayuh kita kesana ...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

MURNI AQILA

Pesta Buku masih berlangsung.  Semalam,  aku singgah sebentar di booth ALAF 21 untuk melihat keadaan semasa  (bagai wartawan  tidak bertauliah).



Orang tidak berapa ramai,  dan keadaan tidak bersesak - sesak.  Aku berharap orang ramai,  khususnya yang menetap di kawasan Shah Alam tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Pesta Buku ini.  Kerana inilah peluang yang terbaik untuk mendapatkan buku dan novel.  



Yang pasti,  pada hari bekerja,  orang ramai dapat membeli dan membelek buku dengan tenang,  tidak seperti mana pada Pesta Buku Antarabangsa KL.



Kebetulan pula aku bertemu dengan seorang novelis yang sedang meningkat naik.  Iaitu  novelis  MURNI AQILA.  Sempat berbual mesra bersama anak saudara beliau.  Dan merakamkan gambar buat tatapan peminat novel.




Buat pengetahuan peminat novel.  Murni Aqila telah menghasilkan dua buah novel setakat ini.  Dan paling istimewa sekali ialah.  Inilah satu - satunya novelis yang akan berada setiap hari di booth  ALAF 21,  sepanjang berlangsungnya Pesta Buku.






Jadi,  jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan hasil karya Murni Aqila dan dalam masa yang sama meluangkan masa untuk bersantai dan beramah mesra dengan beliau.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Semangat Pesta Buku.

"Saya ingat Pesta Buku dibuka pukul 9 pagi,  jadi sebelum pukul 9 saya dan keluarga sudah tiba di Kompleks PKNS."



Begitulah bersemangatnya peminat - peminat buku dan novel terbitan ALAF 21.  Hinggakan mereka terlepas pandang,  waktu sebenar gerai dibuka.


"Adik datang dari mana?"   Aku bertanya dengan senyuman melebar.




"Saya dari Morib,  adik saya dari Klang,  kawan - kawan saya dari sekitar Pandamaran ... memang kami rancang untuk bertemu semuanya disini ... pada pesta buku".




Alhamdulillah,  didapati semangat serta kemeriahan pesta buku bagi negeri Selangor ini memang tidak berkurangan.  Malahan bilangan gerai juga semakin bertambah.



Buat pengetahuan pengunjung blog ini.  Ada satu keistimewaan pada pesta buku di negeri Selangor ini.  Iaitu lokasi berlangsungnya pesta ialah di bangunan PKNS,  dimana,  dibahagian hadapan bangunan terletaknya Taman Tasek Shah Alam.  



Jadi,  tidak hairanlah,  ramai pembeli yang melepaskan lelah dan menghirup udara nyaman di sekitar Taman Tasek Shah Alam setelah penat berdiri dan bersesak - sesak.  Malah ramai juga yang mengambil kesempatan untuk berkelah.



Jadi,  kepada peminat buku,  jangan lepaskan peluang ini,  untuk mengunjungi Pesta Buku yang sedang berlangsung hingga 2hb Ogos.



Dan harap maklum.  Waktu gerai dibuka ialah dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pesta Buku Selangor 2009 - Bermula HARI INI!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati