Assalamualaikum..w.b.t

Salam Aidil Fitri
Salam Lebaran,
Setulus hati,

Seikhlas budi

Pada anda semua yang setia mengunjungi Blog ini, para novelis ,bloggers , semua rakan2 dan lain2..

Dikesempatan ini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf diatas salah dan silap, disengajakan ataupun tidak. Sebagai insan biasa kita memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu marilah kita bermaaf maafan sesama manusia dihari yang indah ini..

Juga jikalau terdapat sebarang cacat cela dalam pada anda melayari Blog Alaf21 FC , Almaklum ler saya juga tidak begitu bagus sangat untuk menguruskan blog ini. Apa yang saya ada hanya sekadar sedikit sahaja ilmunya. Walau bagaimana pun, saya dan juga sekelian ahli kelab yang lain akan cuba memberikan apa yang terbaik buat anda semua.

Akhir kata semoga anda semua akan ceria dan gembira selalu dalam meraikan hari raya yang mulia ini. Kalau makan rendang, lemang ketupat tuh janganlah lupakan saya ya..alahaiii

Jaga diri baik2 dan hingga ketemu lagi..

Salam keihlasan
mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati