Ada sesiapa yang telah membaca novel yang terbaru dari Liza Zahir iaitu Bahtera Kasih? Ha..kalau belum apa kata kita baca komen Rosha dulu mengenai novel ketiganya
Manalah tahu kut2 dapat menarik minat anda semua untuk memilikinya.
Ulasan.
Hati saya terpaut kali pertama memandang cover kulit buku yang sungguh menyentuh jiwa. Romantik rasanya. Perasaan saya turut dibawa belayar bersama dengan bahtera kasih ini. Cerita yang membuai-buai rasa dan seolah-olah saya turut sama di dalam watak-watak tersebut menikmati keindahan alam semula jadi kejadian Tuhan.Cerita ini mengisahkan tentang seorang Gadis, Cara Lina berperawakan cantik, manja dan berdikari, mula menempuhi cabaran dan halangan yang berlaku dalam dirinya apabila dia tersilap langkah menjejaki kekasih pujaan hati, seorang kasanova bernama Ichlas di sebuah pulau. Atas kesilapan itu, dia melukakan hati ibu bapanya. Tsunami telah melanda pulau tersebut menyebabkan Ichlas terdampar di tengah lautan dan diselamatkan oleh kapten kapal lanun. Berbagai cabaran terpaksa ditempuhi oleh Cara Lina untuk bertemu dengan kekasihnya sehingga terperangkap dalam tawanan lanun di atas kapal lanun yang sama di mana Ichlas turut berada di situ.
Mereka sepakat mengatur rancangan. Malang tidak berbau, setelah berjaya melarikan diri Ichlas, Cara Lina dan Minardi terdampar di tengah lautan bila bot yang dinaiki kehabisan minyak. Berlaku kekecohan bila Ichlas tidak mahu terjun ke laut dan membiarkan sahaja Cara Lina di bawa oleh Minardi. Baru kini Cara Lina mengerti bahawa Ichlas adalah seorang lelaki yang dayus. Hatinya sedih dan merasakan bahawa Ichlas adalah tidak ihklas dalam menyintainya. Malang sekali lagi menimpa bila Cara Lina terdampar di tepi lautan bila ombak besar datang melanda. Minardi telah meninggal dunia. Cara Lina diselamatkan oleh Ryan bersama ibunya Jenna.
Sebelum itu, Minardi sempat menulis surat wasiat kepada kekasihnya Mariam. Ryan telah membaca surat tersebut apabila dia terjumpa di dalam kocek seluar lelaki itu. Dia berasa terharu dengan keihlasan Minardi hingga mengambil keputusan untuk menjaga Cara Lina. Dalam diam, dia sukakan gadis itu. Tapi apakah nasib mereka? Adakah mereka berjaya diselamatkan? Dan bagaimana kesudahan cinta antara Cara Lina dan Ryan? Bagaimana pula nasib si Ichlas yang tidak bertanggungjawab itu?
*Komen :
Rugi kalau tak baca. Memang best cerita ini. Tahniah pada Liza Zahira. Anda memang berbakat. Saya suka dengan garapan beliau yang bersahaja dan mengandungi mesej yang amat bermanafaat. Tak lupa pada Ruby...tahniah kerana berjaya mengedit cerita yang bagus ini hingga menjadi selengkapnya.-
rosha.
Hah! Macam mana? Menarikkan ceritanya. Kalau nak tahu kisah seterusnya, kenalah membacanya sampai habis. Jangan tunggu lagi, silalah mendaptkannya di kedai2 berhampiran atau terus ke Alaf21.
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.08 years ago
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 19 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2006
(104)
-
▼
December
(12)
- Salam Aidil Adha dari Alaf21 FC
- Ulasan Novel : Izinkan kubahagia - Leeya Myra
- Ucapan Hari Natal dari Loke Li Hoon
- Bengkal Penulisan Remaja/Alaf21 dari perspektif Al...
- Ulasan Novel : Bahtera Kasih - Liza Zahira
- Sekitar Bengkel Penulisan Remaja/Alaf21 di Shah Alam.
- Selamat Hari jadi Mersik
- Yang nih siapa pulak ?
- Gerai Alaf21 di Karnival Jom Heboh Shah Alam
- Ulasan buku : Masam-masam manis , Lily Haslina Nasir
- Cuba teka siapa saya ?
- Ulasan Novel : Bayu Asmara - Ilani Mysara
-
▼
December
(12)
One comment
Comment by Anonymous on 1:16 PM
Salah satu novel yang bagus. Mampat!
Post a Comment