Assalamu'alaikum..w.b.t dan salam sayang buat semua.

Alhamdulillah, akhirnya Abang Long kembali semula. Sepeninggalan AbangLong, ramai yang tertanya - tanya apa yang sudah berlaku, hingga menimbulkanpelbagai persoalan yang tidak terjawab. Ditambah lagi dengan pelbagai berita yang kurang enak didengar.

Sebenarnya selama tiga minggu, saya tidak berada didalam negara. Ada tugasan diluar negara, dan apabila selesai tugas, saya terus mengambil peluang untuk bercuti sambil merehatkan fikiran dan tubuh badan bersama keluarga.

Sebelum berangkat tempohari, saya telah berbincang dari hati ke hati dengan Saudara mersik, tentang apa yang perlu dilakukan. Dan kami telah mengambil keputusan untuk "merehatkan" Blog ini buat sementara waktu. Itupun setelah mengkaji dari segenap aspek.

Jadi disini, dengan kenyataan ini, menolak akan ramalan negatif sesetengah pihak yang bimbang tentang pelbagai kemungkinan yang berlaku kepada Kelab dan Blog.

Bak kata saya kepada Saudara Mersik, sekembalinya saya dari luar negara.

"Abang Long akan terus menerajui Kelab Peminat Novel ALAF 21, hinggalah AHLI merasakan Abang Long perlu memberi laluan kepada muka baru".

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI !

Terlalu banyak agenda dan program yang telah dirancang oleh Kelab, Untuk AHLI dan peminat novel ALAF 21. Tunggu pengumuman lanjut didalam Blog ini.

InsyaAllah, akan ada beberapa agenda yang akan dilaksanakan bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa 2007 yang akan berlangsung tidak lama lagi di PWTC.

Juga, jangan lupa untuk terus mengunjungi Blog ini. Kerana selain dari bahan berita yang disiarkan. Kelab juga akan membuat pengumuman tentang sesuatu yang pasti akan membuatkan semua merasa debarannya.

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk "menggempur" NOVELIS dipesta buku kelak? Yang penting dapatkan novel dari ALAF 21. Bawa pen dan kamera, sewaktu berkunjung ke Pesta Buku dan rakamkan detik - detik manis anda bersama NOVELIS, yang telahpun bersedia untuk menemui anda semua.

Ya, Abang Long, Rosha dan Mersik juga akan berada disana. Kami juga ingin bertemu dengan semua ahli kelab Alaf21 FC sekelian, yang mana ramai lagi ahli yang kami belum kenal mesra. Jadi, jangan malu-malu untuk menyapa. Kalau nak ambil gambar sekali pun tak mengapa.

Salam Sayang.
Abang Long @ Novelman.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati