Kenalkah anda pada novelis ini? Ya, sudah tentu anda masih ingat. Pada majlis pelancaran Novel Damya Hanna hari tu, dengan tidak disangka-sangka kami telah terserempak dengannya. Apa lagi, terus la kami terjah...


Nia Azalea yang kini sudah pun bergelar Puan ( kepada En Faiz ) nampak berseri-seri. Walau pun kehadirannya hanya sekejap , sekadar menjenguk warga Alaf21 serta teman-teman novelis, tapi sudah cukup untuk mengubat kerinduan semusim.

Untuk pengetahuan semua, Nia Azalea sedang menyambung pelajarannya di UK dan kembalinya ke sini awal December tahun lepas adalah untuk meraikan hari bahagianya pada 24 hb. Dia kini sudah bergelar isteri orang.

Tidak menyempat-nyempat kami hendak berbual lebih lama dengannya kerana beliau akan bergegas ke Airport untuk pulang semula ke UK. Kami pun tak sempat juga hendak tanya pasal penulisannya. Tentu tanggungjawabnya semakin berat semenjak bergelar isteri ni. Apatah lagi dengan pelajaran yang sedang ditekuni di rantauan.

Kali terakhir kami berjumpa dia di majlis sebegini adalah kira-kira dua tahun lalu sewaktu novelis Norzailina Nordin menyambut pelancaran lima novelnya. Masa itu beliau sedang sibuk-sibuk hendak ke luar negara. Hmm... cepat sungguh masa berlalu. Tup tup, kahwin pula dia. Kami tumpang gembira.

Apa-apa pun yang beliau lakukan, kami harapkan supaya ianya berjalan dengan lancar. Dan dalam kesibukan seharian, harap-harap adalah buah tangan terbaru untuk peminatnya yang setia menanti.

Selamat meneruskan pelajaran kami doakan untuknya. Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat pengantin baru juga. Semoga beliau akan terus berjaya dalam apa juga bidang dan hidup yang dilalui.

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati