Pihak Alaf21 FC ingin mengucapkan Salam Takziah buah keluarga Allahyarham Ahmad Zafran atau lebih dikenali sebagai Panah Arjuna yang telah kembali ke Rahmatullah , semalam, Ahad, 3hb Feb akibat sakit jantung.
Semoga keluarga Allahyarham tabah hati dan redha dengan ketentuan ilahi.

Marilah kita sama2 menyedekahkan Al Fatihah supaya roh beliau ditempatkan di kalangan yang beriman.

Allahyarham Ahmad Zarfan adalah seorang penulis PTS yang telah menghasikan beberapa buku seperti, 40 lukisan hati, novel Jibunsyi Tegar, siri Sahabat Kole Kacang, novel Pendekar Merah Budiman dan lain2 lagi..

Kenangan bagi pihak kami ialah, beliau juga telah turut memeriahkan majlis PAsiNo yang kami adakan lewat bulan Julai tahun lepas, di rumah PENA. Bukan itu sahaja, beliau adalah antara orang yang pertama sekali sampai di majlis tersebut dan terus menunggu hingga majlis tamat.

Dalam kenangan , Ahmad Zafran sewaktu menerima cenderahati dari En. Norden selalu pengurus Alaf21 sewaktu majlis PAsiNo.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati