Dalam masa pesta buku berlangusng, sy berkesempatan juga untuk bertemu dengan penulis-penulis Alaf21 yang baru ( yakni telah melahirkan buku sulung mereka dengan Alaf21 ). Tentunya mereka akan malu-malu apabila di sapa oleh kami. Apabila diperkenalkan yang kami dari Kelab peminat Alaf21, barulah mereka mula tersenyum.

Apatah lagi bila saya dan Abang long kadang-kadang berpakat untuk mengena. Bukannya apa, sekadar ingin menengok reaksi mereka sahaja..


Penulis yang pertama ialah Hezzy Azra. Abang long perlahan-lahan menghampirinya dan dan mengambil tempat duduk disebelahnya. Kelihatan Hezzy agak tertanya-tanya pada mulanya, barangkali disangka sekadar peminat biasa.


Bila abg long menanya, dia jawap juga. Lastly, baru dia ahu... itulah abg long.. Hah, suprise! Suprise!


Qaira Qasidah , nama penanya manis semanis orangnya juga. Duduk di satu sudut agak malu-malu, namun apabila sesekali peminat menyapa, dia melayan juga.

Pertama kali berada di pesta buku yang meriah ini, tentulah terasa gembira yang tak terhingga. Debaran dan keterujaan turut bersilih datang. Apatah lagi bila karya sulung berada di depan mata. Rasa seperti tak percaya pun ada.

Inilah hasil yang telah di usahakan selama ini, akhirnya berbaloi juga. Dia berasal dari Terengganu dan bertugas di Syarikat komunikasi sekitar KL.


Penulis yang ini agak terpinggir pada mulanya. Mereka yang lalu lalang barangkali melihatnya sekilas dan barangkali tertanya-tanya, apalah yang dibuatnya di situ?

Diantara deretan buku-buku cinta yang laku keras, tiba-tiba tersellit pula cerita tentang fantasi dengan tajuk yang pelik , Saga Horizon!

Namun si anak muda ini berlagak selamba. Tapi otaknya ligat mentafsir apa yang dilihat atau membuat barangkali sekadar membuat ujikaji... golongan mana yang menjadi pembeli bukunya.

Kalau anda semua nak tahu, itulah dia Fadli Al Akiti, penulis novel pertama Sains Fantasi Alaf21. Dan, dia bukanlah penulis baru. Pernah berkarya dengan genre yang sama ( fiksyen sains ) sebelum ini.


Pabila ditanya kenapa dia minat sangat dengan fantasi , dia jawap memang sejak dulu dia minat pada hal-hal futuristik dan teknologi. Dia yang bertugas di bahagian Multimedia, Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai imiginasi yang jauh ke hadapan, membayangkan satu keadaan yang kita sendiri tak terfikirkan.

Tapi, dari sumber yang boleh dipercayai, bukunya juga turut laris dan pada sesetengah hari , langsung tiada stok.

Tahniah untuk Fadli Al Akiti. Selamat menyertai team Alaf21 yang tersohor ini. Semoga terus berjaya menghasilkan karya-karya yang mantap dan bagus.

Sebenarnya, ada ramai lagi penulis-penulis baru Alaf21 yang tak sempat kami terjah dan jumpa. Mungkin dilain kali kami akan membawakan cerita-cerita mengenai mereka.


Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati