Kini, anda boleh merakamkan foto anda bersama buku atau novel kesayangan anda. Sertai peraduan AKU & BUKUKU dan perolehi hadiah senaskhah buku terbitan ALAF 21 mengikut PILIHAN ANDA!

Syarat-syaratnya:

1. Foto anda mestilah asli dan nyata, tidak menggunakan apa-apa teknik seperti super-impose. Bagaimana pun, sekiranya anda ingin menggunakan kostum atau berdandan sakan, ia adalah digalakkan.2. Saiz minimum setiap foto adalah 600 x 800 px dalam format JPEG atau GIF.
3. Hanya buku-buku terbitan ALAF 21 sahaja yang boleh diperagakan di dalam peraduan ini.
4. Bukti kiriman anda bukan bererti bukti penerimaan kami.
5. Semua foto yang terpilih adalah menjadi hak ALAf 21.


Cara penyertaan:

1. Kirimkan melalui pos atau emel foto anda berposing dengan senaskhah atau koleksi buku-buku anda. (Sila lihat contoh-contoh di bawah)

2. Anda juga boleh bergambar bersama dengan rakan-rakan anda bersama dengan buku-bukunya.
3. Berikan judul (sekiranya ada) dan keterangan gambar tidak lebih daripada 50 perkataan.4. Sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan emel anda.5. Seorang pemenang akan dipilih pada setiap minggu sehingga peraduan ini ditamatkan:

Kirimkan penyertaan anda kepada:

PERADUAN AKU DAN BUKUKU
ALAF 21 SDN. BHD
LOT 12, PERSIARAN KEMAJUAN 16/16,
40200 SHAH ALAM,
SELANGOR

Atau emel:

alaf@alaf21.com.my

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati