Saat saya sedang mencurahkan isi cerita novel ini, sebenarnya tangan saya terluka dan perit untuk menaip. Tetapi kerana azam dan kesungguhan dan jugak saya berjanji pada Aleeya, tetap saya teruskan. Doa dan harapan saya agar Aleeya sentiasa menghasilkan karya-karya yang terbaik dan tidak bisa menghampakan hati peminat-peminatnya.

Pertama kali membaca tajuknya...hati meronta bertanya. Best tak citer ni..Saya terus membelek sinopsis di belakang...ya..memang best. Pilihan saya pada garapan Aleeya Aneesa tidak pernah mengecewakan.


Jehanna Aisya, nama yang cukup unik dan cantik sama seperti tuan empunya diri. Mengalami trauma sejak berumur 9 tahun lagi sehingga ke dewasa. Kerana trauma yang dialaminya membuatkan hatinya tertutup untuk insan bernama lelaki. Apatah lagi hendak mendambakan kasih sayang pada seorang lelaki, bermimpikan lelaki-lelaki tersebut pun dia tidak sudi.

Jodoh itu di tangan tuhan. Sebenci mana Jehan pada Faheem, akhirnya Jehan tunduk akur. Demi perasaan cinta yang baru dipupuk, Jehan mula menyayangi lelaki itu walaupun dia tahu penerimaan lelaki itu bukan kerana RM27 ribu yang dihutangkan kepada abangnya. Musim bunga-bunga cinta dilalui dengan kuntum-kuntum bahagia. Kebahagiaan mula tergugat kerana perasaan salah sangka dan maruah diri yang tercalar gara-gara RM27 ribu itu.

Terlalu banyak pergolakan yang berlaku disekelilingnya membuatkan hatinya kembali tawar kepada suami yang pernah dikasihi suatu ketika dulu, Faheem. Kerana desakan Kamalia yang tidak sukakan dirinya dan kerana fitnah oleh suami baru kepada ibu mertuanya, maruah Jehan sekali lagi tercalar.

Jehan nekad membawa diri kerana kebisuan Faheem yang tidak membela dirinya. Bukan kerana mengalah dan tewas, tetapi Faheem mahu membuat keputusan dalam keadaan tenang. Jehan menyendiri mencari kedamaian hati. Membawa hati yang lara. Jauh meninggalkan suami. Saat yang genting berlaku lagi. Sekali lagi Jehan diuji apabila ayah kandungnya yang bertanggungjawab membuat dirinya dalam keadaan trauma datang menebus dosa-dosa lampau. Seberat mana dosa ayahnya itu, Jehan telah mengampunkannya dan memulakan hidup baru bersama adik-beradiknya yang lain.


Semasa Jehanna trauma selepas accident kecil, Jehanna merasakan Faheem sudah tidak memerlukannya lagi apabila Faheem meminta abangnya mengambil Jehanna semula. Masing-masing membawa haluan sendiri. Kerana ego, Jehanna tidak mengalah.


Faheem yang sudah menduga hati Jehanna cuba membuat trick supaya hati Jehanna kembali kepadanya semula. Gara-gara sekeping kad undangan kahwin, Jehanna berasa ingin mengundur diri dari hidup Faheem. Tetapi Jehan silap kerana Faheem terlalu menyayangi Jehanna Aisya. Kerana Jehanna Aisya, Faheem sanggup berbuat apa saja.

Adakah mereka akan bahagia di akhir cerita? Apakah hati mereka akan bersatu semula?


Sebenarnya saya terlalu seronok bercerita. Kalau boleh nak sampai ke akhirnya, tapi biarlah dulu ya. Biar anda pula yang tertanya-tanya.

Secara keseluruhan, cerita ini memang best. Tak rugi anda membacanya. Jangan lupa mendapatkannya di pasaran.

Salam sayang,


Rosha.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati