1.
Kepada para pengunjung sekelian, Pesta Buku Selangor telah pun bermula hari ini. Bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam, pesta buku tersebut dijangka akan menarik ramai peminat buku dan bahan-bahan bacaan lain untuk turut sama memeriahkan suasana.

Berbagai-bagai acara juga turut diadakan.Marilah kita sama-sama meluangkan masa untuk menjenguk ke sana. Memandangkan hari ini kebanyakan sektor kerajaan sudah pun menerima gaji, sudah tentu banyak pilihan buku-buku yang sudah ada di dalam kepala untuk dibeli. Mungkin membeli untuk anak-anak atau sesiapa saja. Apa-apa pun, selamat berkunjung ke Pesta Buku Selangor.

2.
Semalam 24 July 2008 adalah hari ulangtahun kelahiran, penulis Usikan Rindu iaitu Qaira Qasidah. Kami di Alaf21 FC ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir, semoga beliau akan panjang usis, beroleh rezeki yang baik, sihat tubuh badan dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Lewat kiriman SMS yang dikirimkan petang semalam, beliau khabar-khabarnya sedang bercuti sakan. Oh, dia mana tuuu ? Wahh.. seronok nyer..

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati