Kami mengucapkan tahniah kepada penulis Bikash Nur Idris kerana novelnya yang berjudul "Kau Sayangku" telah pun diadaptasi ke bentuk drama dan akan disiarkan tidak lama lagi di RTM.

Judul drama tersebut telah di diberi tajuk lain iaitu "Dari Mata Arisa" dan diarahkan oleh Meor Hashim Manap dengan Sujiah Salleh sebagai penulis skrip.

Ramai pelakon-pelakon yang hebat turut membintangi drama tersebut. Antaranya Syed Aiman dan Ayu Raudhah ( lihat gambar di bawah)

Majlis pelancaran drama tersebut telah dilangsungkan di pejabat Bright Network pada 16 hb Oktober lalu. Info seterusnya dari Blog Bikash sendiri, klik sini

Jangan lupa, saksikan kemunculan tayangannya di RTM 1 , pada 3 Nov jam 9.00 malam. Drama ini mengandungi 40 episod dengan sela masa 60 min untuk setiap episod.

Semoga Bikash Nur Idris akan terus berjaya di masa-masa akan datang.


Majlis yang sama dari laman web Alaf21 ;

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/Adaptasi%20bikash/default.html

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati