Wah, nampaknya bertambahlah lagi seorang anak saudara Alaf21 FC ni. Meriahnya... Baby yang lahir baru-baru ini adalah milik pasangan Attokz dan Faizah. Attokz memang rapat dengan kami dan sering kali bergabung tenaga dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kelab.
Walaupun kelahiran babynya sedikit bermasalah, namun segala-galanya telah berakhir , dan bayi yang comel itu, akhirnya selamat pulang ke rumah.
Kami di Alaf21 FC mengucapkan tahniah dan syabas kepada keluarga Attokz . Semoga kelahiran orang baru ini akan membuatkan hidup mereka lebih indah dan bermakna. Dan tak lupa.. riuh rendah.. hik hik.
Baby Pulang Ke Rumah



7 hari kemudian, dipindahkan ke Semi Intensive. bahagian yang sama. Dinda pun dah keluar dari wad dan berpantang di rumah mak mertua saya di Ampang. Perkembangan anak saya semakin positif. Setiap hari beratnya bertambah antara 20gm ke 80gm. Hari ke-16 selepas kelahiran (atau hari ke-9 di Semi Intensive), sekali lagi anak saya dipindahkan. Kali ini ke Institut Pediatrik HKL. Ke wad KK9. Di KK9, pemantauan rapi dilakukan oleh doktor-doktor pakar dan dijaga oleh jururawat-jururawat yang terlatih. Ikut prosedur, setiap baby perlu mencapai berat 1.7kg untuk di pindahkan ke wad KK8 ~ wad penjagaan sepenuhnya oleh ibu. Dengan kata lain, dinda perlu masuk wad semula untuk jaga baby.

Hari ke-38 selepas kelahiran (atau hari ke-22 di KK9), akhirnya anak saya dipindahkan ke wad KK8 dan dijaga dinda sepenuhnya. Selama ini, dari SCN hingga ke KK9 anak saya dipakaikan dengan tiub untuk pengambilan susu. Tapi di KK8, penyusuan badan perlu dibiasakan. Berat badan masa tu dah naik pada 1.75kg. Jadi berkampunglah dinda di KK8. Dan rutin saya, tetap dan masih sama. Sama-sama jugalah merasa masakan hospital.
Selepas 49 hari di HKL, maka anak saya disahkan sihat dan selamat untuk dibawa pulang ke rumah. Berat semasa keluar 2.01kg. Syukur, alhamdulilah.
Attokz ...
6 comments
Comment by Abang Long on 8:26 AM
TAHNIAH buat 'AYAH BARU'
AttOkz, kena banyak bersabar sebagai seorang ayah dan seorang suami. Terutama sewaktu isteri sedang berpantang.
Comment by Anonymous on 11:50 AM
Abg Long,
Trimas atas nasihat. Isteri dah abes pantang dah.
Abg Long, projek 25hb ni kalo bole tlg uar-uarkan.
Comment by Bond@ While@ on 3:20 PM
abg long, suami je ke yg kena byk bersabar? isteri plak mcm maner plak?
Comment by Abang Long on 9:21 PM
f.a.i.z.z.a.h - errrrrr ..... hahahahahahahaha .... rasanya Pokcik Mersik arif dalam URUSAN PENTING sebegini.
Comment by Anonymous on 4:06 AM
Tahniah buat Attokz sekeluarga...moga kebahagiaan ini berpanjangan...
Comment by LK on 8:12 PM
tahniah....cabaran itu akan membuatkan anda sentiasa menghargai seorang Qaseh...
Post a Comment