-Aku bukan sekadar Mikhail pada sebuah nama, tapi aku adalah sesuatu yagn dicipta. Dicipta untuk merealisasikan impian. Memburu dan diburu di bawah satu nama yang sama... -
16 tahun hidupnya bagai pelarian di bumi asing. Mikhail muncul untuk misi belas dendam yang bertapak dalam sanubari setiap kali pintu kemarahan masa silamnya dibuka. Tragedi berdarah pembunuhan keluarganya sering diimbas oleh Uncle Dickens, orang yang telah menyelamat dan menjaga dirinya yang merupakan satu-satunya waris tunggal bagi keluarga Tuan Sadon. Malah Uncle Dickens jugalah yang bertanggungjawab menjadikan dirinya seorang yang berani mati untuk menuntut kembali segala hutang piutang dari rakan kongsi perniagaan arwah ayahnya Tuan Sadon.
Namun dalam kekuatan dan kebejatan yang dibentuk dalam dirinya,dia mengidap sejenis penyakit paranormal apabila retina matanya terdedah pada pantulan cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam. Tanpa di kawal, dia akan terlontar pada satu dimensi antara illusi dan realiti yang tidak pernah dia tahu di mana malah dia juga ditamu dengan watak-watak yang seakan dekat dengan dirinya. Tahir dan Mahmud, namun dia tetap gagal dalam misi mengingati segala peristiwa. Malah hidupnya juga kosong... kosong tanpa kenangan silam yang mampu di kenang.
Apa yang dia ada hanyalah cerita dari Uncle Dickens tentang kematian keluarganya yang dibunuh dengan kejam. Kenangan itulah yang menjadi barah dalam hati yang sering membuka pintu kemarahan untuk dendam bertamu lantas mengatur langkahnya dalam bertindak. Dia tidak pernah gentar melakukan pembunuhan demi menuntut keadilan dengan caranya tersendiri.
Akan tetapi misinya di Malaysia bagai membuka hijab yang sekian lama tersembunyi. Cinta yang tidak pernah dihiraukan bagai melambai bila pertama kali dia melihat potret Reina Raihana. Dia jadi tidak tega untuk membunuh gadis itu apatah baginya gadis itu tidak wajib memikul dosa yang dilakukan oleh orang lain. Justeru itulah akhirnya dia diburu dan dijadikan target andai dia gagal dalam misi yang diamanahkan.
Mampukah Mikhail bertahan... siapakah dalang disebalik semua pembunuhan rakan-rakan niaga Tuan Sadon. Mr Yap, Mr Sundram mati di tangannya tapi bagaimana dengan Saiful, Datuk Seri Tan... Pembantu Jack, Datul Bakri dan Jack sendiri... Siapa yang bergelar sharpshooter selain dari dirinya? Mengapa note 1USD dijadikan sebagai killer singature untuk setiap yang menjadi mangsa.
Mengapa tiba-tiba Kharis menjadi seorang yang agresif selepas berada di dalam tahanan reman dan mengapa dia di tahan... Benarkah Tuan Sadon sekeluarga mati dibunuh oleh rakan-rakan kongsi yang berpaling tadah? Segalanya tersingkap dalam satu hijab yang hanya akan terbuka di akhir kalam seorang Mikhail.
Apa kata aku:-
Satu penjelajahan emosi yang sarat dengan kisah di sebalik kisah. Tentang penculikan, pembunuhan, kerakusan manusia yang tamakkan kuasa.Menyingkap keperbagaian isu yang melanda dunia dari kacamata seorang penulis. Garapan Ramlee Awang Mursyid kali ini jauh berbeda dari novel-novelnya yang terdahulu. Pada aku Mikhail membawa isu global. Isu yanga bukan sekadar untuk di pandang, tapi untuk difikirkan. Isu yang boleh menentukan jatuh bangunnya sebuah bangsa dan negara.
Apabila wang sudah memainkan peranan, makan tidak mustahil yang waras bisa gila. yang celik boleh buta dan yang bijak akan diperbodohkan oleh kebijakannya sendiri. Bagaimana kuasa wang memainkan peranan yang cukup besar dalam mengukuhkan kuasa, menidakstabilkan pertimbangan akal hingga sanggup mengadaikan dan maruah diri dan bangsa itu sendiri. Ramlee Awang Mursyid memanipulasikan segala isu ini dengan gaya penuh kreatif untuk menyuntik kesedaran buat semua golongan tak kira bangsa, agama dan latar belakang kerjaya. Menyindir dalam sinis pada sesetengah golongan yang cukup taksub mengejar wang dalam kerakusan kuasa.
Sesungguhnya menatap Mikhail bagai memberi kita ruang untuk berfikir... memikirkan natijah yang bisa berlaku andai kita terus alpa dengan permainan yang dipersembahkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Sesungguhnya tiada istilah bosan walau plotnya sering melangkau ke serata tempat di dunia, cumanya kita perlu lakukan sedikit pengorbanan dengan penumpuan yang tidak sedikit ditagih.
Apapun unsur flashback akan setiap kejadian silam memainkan peranan dalam membantu pembacaan agar tidak tersasar dari titik fokus plot yang seterusnya. Unsur suspen, beremosi, tanda tanya berjaya memainkan emosi pembaca. Rasa ingin tahu siapa di sebalik setiap hijap kejadian yang bagaikan bayang-bayang menjadikan buku ini sukar untuk kita lepaskan sebelum bertemu titik penamatnya.
Apa pun, ada dua perkara yang menjadi sedikit tandatanya:
Pertama:
Dalam frasa lima mukasurat 22, tidak dinyatakan habuan yanag diterima oleh Saiful atas persetujuannya menjadi corporate hitman. Sekadar penyataan jumlah sebanyak 100 000 sahaja.
[sebagai pembaca aku tertanya juga... apakah habuan itu dalam bentuk USD atau RM kerana ada juga dalam beberapa frasa yang lain dinyatakan habuan yang diterima oleh si penyanggup dalam RM... Jadi rasanya pada frasa ini juga sepatutnya diletakkan nilai matawang tersebut supaya pembaca tidak tertanya-tanya.]
Kedua:
Dalam frasa dua muka surat 348, Dialog antara Mikhail dan Zetty Erlina yang berbunyi
“Reina Raihana, macam mana Zetty Erlina?” Mikhail bersuara perlahan.
Waktu ini Mikhail yang merupakan suspek sedang dibawa oleh Zetty Erlina ke balai polis untuk ditahan. Jadi bagaimana wujudnya Reina Raihana di sini. Rasanya itu adalah dialog antara Mikhail dan Zetty Erlina yang menanyakan keadaan Reina Raihana bukannya Zetty Erlina.
Tapi aku tidak melihat kesilapan itu sebagai sesuatu yang mencacatkan.Mungkin unsur terlepas pandang sewaktu proses editing dijalankan telah mewujudkan kesilapan kecil sedemikian. Secara keseluruhan novel ini memang best... kelainan dengan rentak yang dimainkan oleh abang Ramlee membuatkan beliau terus betah mencanai identiti sendiri.
Syabas buat Abang Ramlee Awang Mursyid yang pada pengiraanku novel kali ini mengenengahkan satu penampilan yang berbeda dari yang telah aku baca sebelum ini. Moga masa-masa akan datang nukilan Abang Ramlee akan lebih mantap dengan isu yang pastinya tak kurang hebat dari yang telah ada. Tahniah sekali lagi....
Kalau sudi, jemputlah datang ke ladang anggur saya pada 29 February. Jangan risau, tiket penerbangan akan saya taja. Ajak sekali Reina Raihana dan Tahir. Itupun kalau saya masih bernyawa di bumi sementara ini...
Peminat setia
Pu3salju
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.08 years ago
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 19 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2009
(86)
-
▼
March
(13)
- Ulasan Novel Meniti Maut oleh Web Sutera.
- Ulasan Novel - MIKHAIL - Ramlee Awang Murshid
- Sekitar Kemeriahan Pesta Buku Sabah...
- Tahniah buat Bikash Nur Idris...
- Temui Novelis Alaf21 di Pesta Buku Sabah.
- Akan Datang...
- Abang Long menulis... (7)
- Keputusan Kuiz Kau Tetap di Hati - Liza Zahira.
- Ulasan Novel , Kerana Terluka - Aida Adriani.
- Frof. Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maul...
- Temui Novelis Alaf21 di Pesta Buku Brunei
- Jumpa Iris Ixora di Istanbul...
- Sekitar Mini Karnival KarangKraf
-
▼
March
(13)
16 comments
Comment by Anonymous on 7:04 PM
salam and hello..saya baru sahaja selesai membaca novel terbaru karya ramlee awang murshid iaitu Mikhail.Pada pandangan saya novel ini lain dari yang lain namun masih ada beberapa kecacatan turut saya sedari bagaimana yang dikatakan oleh pu3 salju.
saya dapat menyelami perasaan dan watak mikhail dengan jelas sekali dan saya membayang wataknya bagaikan filem Inggeris HITMAN.
Jarang tersenyum,serius serta menjadikan situasi maut sebagai permainan hidupnya dan beberapa plot di dalam novel ini juga digarap dengan baik dan dapat saya bayangkan dengan jelas situasi yang dialami oleh watak.
namun saya tidak dapat menyelami perasaan reina raihana yang begitu mudah kasihan dan jatuh cinta pada lelaki yang telah ditugaskan untuk membunuhnya.
walaubagaimanapun..syabas dan tahniah kepada ramlee awang murshid kerana beliau berjaya menarik perhatian saya untuk mencuba membaca novel bahasa Melayu yang amat berkualiti dan setanding dengan novel thriller&crime luar negara.
Comment by -Ain-Dak In- on 11:56 AM
salam..sy baru nak membaca novel mikhail ni..
wpon tak membaca sampai habis lagi..bg saya cerita ini mesti ada keistimewaanya yang tersendiri..
seperti novel2 RAM yang lain.
karya2 beliau sungguh menakjubkan dan ianya adalah kelainan dari novel2 yang lain.
RAM ada cara nya yang tersendiri yang menyebabkn novel2 beliau menjadi istimewa..
kalau bab pembunuhan memang berkesan. seperti novel adam. saya rasa seperti ada disisi hilman ketika hilman ingin menembak presiden AS.
ceritanya membuai perasaan. lebih2 lagi cerita bagaikan puteri,cinta sang ratu dan hijab sang pencinta..
syabas and tahniah RAM.
Comment by Anonymous on 12:58 PM
salam. dh habis pun bace cerita nih.
walaupun menarik, tapi bagi saya masih x cukup power. kadang-kadang macam x logic pun ada. contohnya biler mikhail kene amik jadi anak angkat, takkan dier x kenal ayah angkat dier?
tapi cerita nih still best dan still termasuk dlm koleksi saya yang menarik.
Comment by ToMToM on 4:42 PM
i haven't buy this book cuz i doubt the plot story not so interesting..n RAM, what's ur new novel? i hope its like the trilogy of bagaikan puteri. :)
Comment by Faz on 1:35 AM
hi salam. just finish reading tis novel..
btw nk tnyela,,mcmane mikhail dpt detect ASP tim dalang dlm hal ni? yg tu mcm x clear la..kalu boleh tolg share ye.. thx:)
Comment by ery on 5:11 PM
Salam,
Saya pun dah habis baca novel ni. Memang menarik. Kisah mikhail tu banyak yang tak berapa faham. mungkin ada mikhail 2 kot.. hehehe
Comment by Arjunaz78 on 2:36 PM
frasa “Reina Raihana, macam mana Zetty Erlina?” Mikhail bersuara perlahan.
itu tiada kesalahannya..cuma pembaca perlu memahaminya,kerana ianya satu pertanyaan kepada zetty & bukan pertanyaan untuk reina,mungkin perlu diperbetulkan sedikit dgn membuang tanda koma pada frasa selepas reina raihana itu (Reina Raihana,)
"Reina Raihana macam mana Zetty Erlina?"Mikhail bersuara perlahan.
Comment by Anonymous on 9:55 AM
kisah yg menarik..
walaupun xmnat novel..
bce jgak novel ni sbb dikatakn gempak oleh adik angkat..
kisahnyer bley diagak sejak awal..
tidak meninggalkan banyak tanda tanya..
saya seolah2 telah mengetahui jalan cerita walaupun kali pertama membacanyer..
kurang originality..
walau bagaimanapun, berjaya mengambil perhatian saya bermula pada bab 43 hingga akhir..
frasa yang agak perlahan dirasakan ketika awal kisah..
harap dapat mengeluarkan lg novel thriller..
best..
Cadangan: buat sequence untuk novel ni.. =D
Comment by Anonymous on 9:55 AM
kisah yg menarik..
walaupun xmnat novel..
bce jgak novel ni sbb dikatakn gempak oleh adik angkat..
kisahnyer bley diagak sejak awal..
tidak meninggalkan banyak tanda tanya..
saya seolah2 telah mengetahui jalan cerita walaupun kali pertama membacanyer..
kurang originality..
walau bagaimanapun, berjaya mengambil perhatian saya bermula pada bab 43 hingga akhir..
frasa yang agak perlahan dirasakan ketika awal kisah..
harap dapat mengeluarkan lg novel thriller..
best..
Cadangan: buat sequence untuk novel ni.. =D
Comment by Anonymous on 9:45 PM
assalamualaikum...
ramlee awang murshid sememangnya tak pernah lari dari menghasilkan karya2 yang cukup memuaskan untuk semua peminat setianya...namun begitu,antara semua novel yang pernah dihasilkan olehnya hanya satu yang benar2 membuatkan saya tak jemu membacanya berulang kali..Hatiku Di Harajuku merupakan sebuh novel yang benar2 sarat dengan pengorbanan seorang Adam yang berjuang di bumi asing baginya...perjuangan Noriko yang menuntut bela itu benar2 mencuri hati saya....
Ramlee Awang Murshid saya bangga dilahirkan di Bumi Bawah Bayu ini..
Selamat maju jaya....
Comment by Anonymous on 10:59 AM
pu3 :
berkaitan dengan bayaran yg di terima oleh saiful , dah tentu lah RM sbb Kharis menyatakan kan yang Saiful mendapat 100 000 tunai .
tambahan , di mukasurat 22 2 juga, Kharis menyatakan kan bahawa Saiful perlu memulangkan RM 100 000
'Baiklah tapi kau mesti pulangkan wang RM 100 000 tu' frasa sebelas .
harap pu3 lebih membace nye sekali lagi . :)
Comment by Anonymous on 9:33 AM
adakah ini merungkaikan serba sedikit ttg ILLUMINATI?
Comment by AA on 8:01 PM
lambang duit tu ada burung hantu..err freemason? iluminiti? mmg berkaitan kan? *saya baru baca.............sekarang 2012,baru dapat baca bukuni.* hehe
Comment by Unknown on 1:35 PM
Tahniah ram kerana berani mengeluarkan novel thriller ni. Xbnyak penulis yg mengeluarkan novel ni. Sy enjoy bace novel ni. Tapi sy pening part yg mngatakan bhwa sadon is dicken. Kalau mcm tu mick mmg xknl bapa dia ke? Xkab dia xknl tuan sadon sdgkan tuan sadon yg mmbawa pulang mahmud fadzil di restoran mewah ketika bersama tahir. Em disitu sy agak pening. Knp mick xknl dick. Sdgkan dick itu ialah sadon. Or penulis memperlihatkan kesempatan dick terhadap penyakit mick. Hm still xfaham. Satu lagi mcm mne ek mick mmbongkar bhwa asp tim bersubahat sekali? Dia tgk video ape ek? Penulis tidak mnyatakan disitu. Disitu trdpt sedikit kekeliruan. N then one more is kisah cinta antara rai n mick kene mndalam lagi. Em mgkin mereka should berterus trang swktu mereka brsama. Baru pmbaca akan feel jauhh. Hehe. Btw ram novel ni sgt mngejutkan saye dgn bnda ape yg akan berlaku slanjutnye. Kdg2 sy sndiri ketuk kepale sy ckp eeee ape niii xfaham ni. N then repeat balikk. Ternyata mmbuatku keliru dan faham slepas itu. Smoga ram dpt mmbuat novel sebegini pd msa akan dtg. Maybe mikhail II ke yg akan memaparkan kehidupan rai n mick sepelas itu. Mgkin ade lagi ke bnda yg xsetle lagi. Ini just cadangan. Thanks novel yg trbaikk
Comment by G on 8:03 AM
novel yg terbaik walaupun kulit buku membosankan..
Don't judge the book by it's cover
Comment by Ian on 1:58 PM
Novel yg terbaik.. klau boleh tolong buat Mikhail2... continue the story :-)
Post a Comment