Alkisah...

Kisah 1 - Pesta Kerepek.

Tahun lepas, aku pernah mencadangkan supaya pihak ALAF 21 menyediakan 'jajan' sebagai 'pencuci mulut' atau 'pemanis mulut' khususnya buat para novelis yang bersedia menunggu kehadiran peminat sewaktu pesta buku berlangsung.Dan sebagai membuktikan saranan itu berjaya, maka aku perlu memulakan langkah itu terlebih dahulu.

Di mana, aku telah membawa beberapa bungkus besar kerepek yang 'diimport' khas dari Pasar Jawa, Klang.Sewaktu naik komuter. Tiba - tiba sahaja aku merasa malu yang teramat sangat. Manakan tidak, hampir semua penumpang memandang kearah aku, yang sedang menjinjit bungkusan kerepek.

Sebaik sahaja tiba di PWTC, syukur Alhamdulillah, aku telah bertemu Saudara Baien @ Rock, yang sedang bertugas. Baien yang melihat aku terus sahaja menghulurkan salam. Dan tanpa berlengah, aku terus sahaja menyerahkan 'beban' membawa kerepek kepadanya.

Jadi, kepada beberapa orang staff ALAF 21, dan novelis yang ada disitu pada waktu itu. Telah dapat merasakan kerepek khusus yang dibawa oleh - Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC.

InsyaAllah, kami akan cuba untuk menjadikan pemberian kerepek itu sebagai JAJAN TAHUNAN.

Kisah 2 - Siber lain, Nyata lain.

Antara barisan penulis Alaf21 , dari kiri, Rozita Wahab, Intan Arnida, Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Leeya Myra, Lynn Dayana. Berdiri dibelakang, kanan hezzy Azra dan Dhiya Zafira.

Aku melihat dan merenung wajah - wajah novelis yang aku temui hari ini (24/4/2009 - Juma'at). Ternyata ada yang berbeza dari yang aku lihat di laman web.

Rozita Wahab - sekali pandang terus aku dapat mengecam orangnya. Tidak banyak berbeza, samada di alam siber / laman web dan di dunia nyata.

Sania Yasmin - juga tidak banyak berbeza, cumanya di alam siber gambarnya kelihatan agak gelap, tetapi bila bertemu, jelas kulit wajahnya cerah.

Rania Firdaus - Cik adik ini agak tergamam bila aku menegurnya, diwaktu beliau sedang bersenda gurau dengan adinda Bikash dan kekanda Sa'adiah. Wajahnya di alam nyata kelihatan lebih ceria, dan cerah serta lebih 'berisi' di bahagian pipinya.

Bikash Nur Idris - Cik adik ini kelihatan bertambah tembam. Dan kulit mukanya semakin cantik dan berseri. Agaknya bilakah kami akan mendapat kad jemputan darinya ?

Leeya Myra - Cik adik ini ... memang jauh berbeza. Bila aku telek dan aku renung, wajahnya di alam siber / laman web dan di alam nyata ... ternyata berbeza !

Hezzy Azra - Tidak banyak berbeza.

Ini pandangan dari mata seorang lelaki dan pada beberapa novelis yang sempat ku temui..

HARAP MAKLUM.


Kisah 3 - Gangguan.

Aku dapati, beberapa orang 'petugas' dari syarikat penerbitan lain. Seolah - olah bergerak bebas 'tanpa kawalan.' Dimana, mereka begitu bebas untuk menegur, menyapa dan sedaya upaya cuba untuk menarik perhatian pengunjung untuk mengikuti mereka.Hinggakan aku melihat kelibat mereka yang masuk kedalam kawasan booth ALAF 21, dan cuba menarik pelanggan yang sedang asyik membelek novel.Aku merasakan bahawa, perkara ini tidak sewajarnya berlaku.

Kerana pengunjung gerai ALAF 21 yang hendak membeli novel, sudah tentu mereka memerlukan suasana yang bersesuaian dan santai, sambil membelek novel kegemaran mereka.Melainkan pengunjung berada di kawasan lalu lalang, atau kawasan pejalan kaki.

Maka diwaktu itu, tidak menjadi masalah kepada sesiapa pun.

Banyak lagi catatan akan menyusul.



Abang Long.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati