Hasil karya terbaru Sharifah Abu Salem. AKU CINTA DIA. Mesejnya mudah, iaitu kita mesti dan wajib mendahulukan cinta kita yang sebenar - benarnya ke hadrat Allah, dan kepada Nabi Muhammad, seterusnya kepada ibu dan bapa, dan seterusnya kepada sesama muslim. Tetapi, hakikatnya adakah semudah itu ?
Saya seperti terperangkap dengan persoalan cinta ini. Apatah lagi, pada awalnya saya merasakan bahawa terdapat kisah percintaan 3, 4 mahupun 5 segi. Namun, apabila saya menghayati setiap bait kata - kata yang dilontarkan, apatah lagi dialog dan bahasa badan watak yang terdapat didalamnya. Saya merasakan satu perasaan yang begitu terharu dengan pengorbanan demi pengorbanan yang dilakukan oleh penghuni Wadi Saffiyyah.
Seperti biasa, watak jahat tetap ada dan berjaya mewarnai kisah kehidupan manusia dan manusiawi. Dan sememangnya watak yang dimainkan oleh Shahira benar - benar merimaskan dan meresahkan !
Debaran mula muncul apabila nama Qabil atau Q dimasukkan. Apakah pertalian antara Nur Dania, Iqbal, ummi dan walid serta Wadi Saffiyyah ? Dan lebih mendebarkan apabila ada manusia durjana tanpa penat dan putus asa cuba dan berusaha untuk membunuh bukan sahaja seorang manusia tetapi juga berusaha dengan dendam kesumat untuk membunuh lebih manusia yang tidak berdosa. Ini bukan kisah seram, tetapi plotnya agak mencemaskan !
http://www.alaf21.com.my/sinopsis/biodata.asp?kod_P=SAS
Apakah kesudahan kisah AKU CINTA DIA ? Dapatkan novel ini dipasaran segera...
* Diakhir kisah, aku tertawa ... bijak sungguh Sharifah Abu Salem ! Kenapa ya ? Biarlah rahsia ...















4 comments
Comment by nazirah 'z' (gl) on 3:29 PM
hmmm...
novel memang best... tp endingnye agak tergantung dan tidak menarik.. cerita pada awalnya yang mendebarkan
Comment by Anonymous on 12:01 AM
Saya nak bertanya, mungkin tak kena pada topik. Tapi, saya dah cuba search through the side dan site lain. Saya keliru, bulan September 2009 yang lepas, memang tak ade keluaran Tri-Novel ke? Saya ade juga tengok list brochure di site Alaf 21. Saya tak biasa dgn keluaran Alaf 21 and trying to purchase the books for my mother. Jadi, kalau ada sesiapa yang boleh clarify the matter...
Comment by Ejamaria on 4:21 PM
maria kerap ngan novel sharifah abu salem ni... mesti ada sambungan dia nnt.... rasa-rasa la, sbb ustaz syakir ngan umairah tak selesai lagi... hehehe... jd nujum pak belalang...
Comment by 日月神教-任我行 on 2:55 AM
AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇
Post a Comment