Isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat suaminya.  Biarlah hidup rukun,  harmoni dan berkekalan selama hayat dikandung badan.  Aku menyangka dalam hasil karya terkini Sri Diah ini,  beliau akan mengkisahkan tentang doa seorang isteri,  tetapi sangkaan aku meleset dan jauh dari ramalan.  Hasil garapan terkini Sri Diah - DOA BUAT SUAMI,  ternyata mengambil pendekatan bukan seorang tetapi ramai pelakon atau watak isteri - isteri yang mendoakan yang terbaik buat suami dan keluarga.


Sejujurnya,  pada mulanya aku terkeliru dengan hasil karya Sri Diah.  Akibat ghairah untuk membacanya.  Aku terus membaca dan menghayati setiap bait yang tersusun indah. Namun, ops !  Aku keliru.  Siapakah watak 'AKU' yang sebenarnya ?


Aku mengambil keputusan untuk membaca dari muka pertama ... sekali lagi !


Inilah kelainan yang aku rasakan amat menarik.  Watak 'AKU'  dipegang oleh ramai orang.  Dari satu segi,  ianya ADIL.  Kerana cuba menggambarkan situasi sebenar yang dialami oleh setiap watak  'AKU.'


Aku sungguh terharu. Itulah perasaan aku bila seorang penulis sedaya upaya untuk cuba menyedarkan masyarakat bahawa taraf seorang Andartu atau Andalusia atau apa sahaja gelaran kepada seorang gadis yang lewat berkahwin bukanlah hina disisi agama Islam !


Watak 'AKU' yang dipegang oleh Hazwani,  merupakan seorang gadis yang telah meningkat usia.  Tetapi belum berkahwin dan belum mengecap nikmat berumahtangga.  Aku tersenyum.  Kerana Hazwani merupakan seorang Andartu atau Andalusia yang memiliki 'saham'  yang begitu tinggi !


Hazwani,  bukan sekadar 'dikejar'  oleh seorang anak teruna,  malah 'dipuja'  oleh suami orang,  dan lebih hebat dari itu,   'digilai'  oleh seorang yang bertaraf  'datuk.'


Persoalannya ialah.  Apakah ciri - ciri yang dimiliki oleh Hazwani,  sehinggakan beliau  'dikejar',  'dipuja'  dan 'digilai'  oleh makhluk Allah yang bernama  LELAKI  ?  Siapakah calon suami pilihannya ?  Hendak tahu jawapannya  ?  Sila dapatkan novel DOA BUAT SUAMI  dipasaran segera !


http://www.alaf21.com.my/sinopsis/sinopsis.asp?ID=489


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati