Archives
Buat pertama kali, Alaf 21 membawakan secara live novelis kesayangan anda di Pesta Buku Brunei 2008
Sentuhan terbaru Ramlee Awang Murshid yang pasti akan membuatkan pembaca sukar melepaskan naskah ini. Garapan dari plot pertama hingga ke akhir sentiasa mengundang debaran di dada. Mengusik emosi dalam kancah cemas dan suspen untuk tiba pada pengakhir garisan.
Vila Sunyi bagaikan Tajmahal yang dibina atas rasa kasih sayang dan lambang cinta Arif terhadap Karmila. Meski pun ianya atas pemberian dan peruntukan dari Arafat abang Arif, namun pasangan ini mampu menjadikan mahligai yang tersergah indah di Puncak Rimba Cameron Highlands sebagai syurga mereka. Karmila benar-benar gembira dan bahagia di sisi Arif seorang suami yang penyayang begitu juga dengan Arif. Baginya Karmila seorang isteri yang tiada tolok banding walaupun hakikat wanita tersebut tidak mampu memberi zuriat penyambung keturunannya.
Malangnya sesuatu telah berlaku sejak Arif bertemu dengan satu sepsis bunga yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Meski sudah ditegah berkali-kali oleh Tok Batin agar bunga yang terdapat di taman larangan itu jangan diusik, Arif tetap berdegil. Baginya larangan tersebut sekadar sesuatu yang karut dan tidak boleh diterima pakai.
Apa yang terjadi pada Arif setelah memperolehi bunga tersebut mengapa Vila Sunyi bagai pembawa bencana pada sesiapa sahaja yang memasukinya? Bagaimana pulak iktiar Arafat untuk memulihkan keadaan sekaligus membersihkan nama Arif yang bagaikan tercemar? Segalanya terjawab bila Ungu Karmila berada di tangan.
Ramlee Awang Mursyid bijak mengolah dan memaini perasaan disuanya tandatanya yang bakal mengoncang hati dalam suspen yang tiba-tiba datang menjengah. Pengabungan watak-watak yang punya cerita dan kisah silam yang tragis membuatkan kita bagai melihat kepincangan diri menerusi Ungu Karmila. Misteri dan mistik insani dibongkar untuk dipertonton dalam fahaman yang hadir di minda. Betapa kejahilan dan kealpaan terhadap pegangan yang satu bisa membuatkan kita sering melangkah dalam khilafan. Ungu Karmila laksana arca yang membias. Hanya yang alpa dalam khilaf kehidupan bakal merasa getar diusik dan terusik akan natijahnya.
Namun sepanjang pembacaan yang sering diintai impak suspen, mata ini bagai disapa akan beberapa kemusykilan yang mengundang tandatanya. Apakah ianya kesilapan atau terlepas pandang atau sememangnya ia digarap sebegitu rupa.
Contohnya:
1. Perbandingan yang dibuat oleh penulis akan watak Karmila dalam mukasurat 6 dan 7
* Pinggiran Kuala Lumpur frasa 2
Wanita berkulit hitam manis, berhidung mancung dan bermata bundar ini sudah lama mengalami kesakitan sejak belum berkahwin dengan Arif merujuk kepada paras Karmila
Sedangkan
* di frasa 1 muka surat 7
Karmila cantik dan berkulit putih melepak. perbandingan yang kontra dari sebelumnya yang digambarkan oleh abang Ramlee.
2. Imbas kembali perbualan di antara Dino dan Kamarul.
* Imbas kembali frasa 1 mukasurat 203
BADO senang mendengar impian Kamarul yang serba kekurangan itu.
Di frasa sebelum ini sebenarnya Dino yang sedang mengimbau mengingati perbualannya dengan Kamarul ketika sedang duduk-duduk di atas bumbung flat di Selangor Mansion, Jalan Masjid India.
3. Pertemuan di antara Kumpulan Peneroka Alam Ghaib dengan Dino dan Kamarul di pejabat Encik Arafat.
* Frasa akhir mukasurat 303
Manakala di satu sudut Winda dan Kamarul sedang membisikkan sesuatu. Mereka dapat meneka sesuatu bersifat dendam telah mempengaruhi Bado. Cuma mereka tidak memahami duduk perkara sebenar.
"Musuh lama Bado ke?" bisikRosli. kenyataan awal merujuk pada Kamarul yang berbisik tapi secara logik dari frasa sebelumnya Winda dan Kamarul tidak mengenali di antara satu sama lain.
4. Imbas kembali: Vila Sunyi, Cameron Highlands.
* Perbualan di antara Dr Ismadi dan Arafat Frasa 1 muka surat 496
ITU andaian saya saja.Kata Arif. Kenyataan ini sebenarnya dituturkan oleh Dr Ismadi kepada Arafat. Bukannya Arif sebagaimana yang tertera di dalam buku tersebut.
Apa pun semuanya tidak mencacatkan plot keseluruhan Ungu Karmila. Tahniah saya ucapkan pada Otai nombor satu Malaya Abang RAM atas kemunculan Novel terbaru ini. Banyak yang boleh dibongkar dan difikirkan akan hakikat hidup insan yang bergelar MANUSIA. SYABAS!
Salam sayang dari
Pu3Salju
Akhirnya muncul juga buah tangan terbaru dari Ramlee Awang Mursyid. Melihat sendiri beliau menandatangani novel-novel untuk dikirim pada peminatnya sewaktu Pesta Buku Alaf21 yang lalu, saya pasti ramai yang akan teruja dan merindui sentuhan terbaru beliau. Mungkin sudah ada yang bertanya, apa sesudah Ungu Karmila?
Mengapa saya mengandaikan novel ini sebagai cermin luka? Jika anda membacanya pasti anda faham. Novel ini diisi dengan kehidupan kini yang sentiasa bermain dengan kata hati yang tidak pernah mati dan berebut dengan takdir.
Meneroka dan menghayati novel ini, umpama merungkai permasalahan peribadi sendiri. Gelora di hati yang tidak menentu memaksa diri ditelanjangi dan akhirnya nadi terhenti. Salah siapa jika tersilap menghitung hari jika kita tidak berani menegak kebenaran hakiki.
Sketsa kehidupan rumahtangga Arif dan Karmila yang berbunga indah menjadi gerhana akibat penemuan yang tidak disangka. Kedegilan Arif menjejak kaki ke taman larangan membawa padah yang tidak diduga. Namun penemuan itu adalah sesuatu yang dibanggakan oleh Arif. Begitu juga Karmila yang berharap hubungan runcing mereka dapat dipulihkan dengan kehadiran bunga cantik yang pelik itu. Namun apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan malah ia umpama mimpi ngeri yang akhirnya meragut nyawa ramai orang.
Kepercayaan dan pantang larang orang asli memang masih menebal di kalangan mereka apatah lagi sekiranya dia adalah orang yang dihormati dalam puak tersebut. Tok Batin cukup menjaga segala pantang larang tersebut dan amat marah dengan sikap Arif yang tdak menghormati larangan beliau. Bagi Tok Batin segala kejadian adalah berpunca dari sikap Arif yang degil ditambah lagi kematian Jikon, semua kesalahan terus diletak dibahu Arif.
Pertemuan antara bekas banduan, Dino dan Bado, ahli Peneroka Alam Ghaib, menambah kekusutan yang ada. Bado yang mempunyai sejarah silam dengan Dino kian mendendaminya. Walau Dino bersikap tenang, tapi gelaran ‘bekas banduan’ menghantui Winda dan Salmi. Keadaan bertambah gawat sebaik mereka masuk ke villa tersebut. Satu demi satu nyawa diragut. Ema, gadis kaum asli yang teruja menyelesaikan tandatanya kematian abangnya Jikon, turut sama menerima padah ‘badi’ villa tersebut. Apa terjadi pada dia? Bagaimana keadaan Dr Ismadi yang amat menyintai beliau hingga turut sama menjejaki Ema ke villa misteri tersebut?
Saya begitu tertarik dengan ungkapan ‘Ia makan untuk hidup tapi tidak pernah minum’. Ungkapan tersebut amat dalam dan unik. Mahu tahu maksudnya…sudah tentu anda akan dapat dalam novel ini.
Sekali anda membaca, anda akan terus membaca untuk mengetahui rentetan seterusnya. Saya gemar jalan ceritanya yang terselit unsur-unsur nasihat secara tidak langsung. Jerutan hidup yang kian sesak dan sempit, banyak memberi impak negatif pada corak hidup kini. Sewajarnya kita tidak lupa akan kehadiranNya yang sentiasa memandang kita dengan kasih sayang.
Saya terfikir bagaimana kiranya di dalam villa tersebut ada insan yang menguatkan diri dengan ingatan tulus padaNya, yang tidak tinggal solat dan sentiasa basah bibir dengan menyebutNya. Seorang insan yang ikhlas dan bersih. Adakah dia juga akan mengalami halunisasi hingga tahap membunuh seseorang? Atau adakah mungkin dia sekadar igauan dosa lama yang dilupai. Yang pasti bukan saya penulisnya.
Kata akhir dari saya.
Ia tidak makan dan minum tapi ujud dengan kasih sayang.
i.n.a
Alaf21 FC dengan sukacitanya mengajak anda semua untuk sama-sama melawat ke Syarikat Penerbitan Nombor Satu di Malaysia dan juga Penerbit Novel yang tersohor iaitu;
KARANGKRAF SDN BHD dan juga ALAF21 SDN BHD.
TARIKH : 12 March 2008 (Rabu)
MASA : 8.30 pagi hingga 2.00 petang.
Syarat penyertaan :
1. Lawatan ini terbuka kepada semua yang berminat.
2. Peserta hendaklah berusia 13 tahun ke atas.
Sesiapa yang ingin bersama-sama kami melawat ke premis-premis tersebut bolehlah menulis ke alamat email alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk “LAWATAN”
Jangan lupa sertakan sekali NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, NO TELEFON SERTA ALAMAT RUMAH.
Kami juga akan memberikan maklumat mengenai lawatan dari masa ke semasa.
Jangan lepaskan peluang anda!
Setelah beberapa kali bersua dengan penulis kecil molek ini, saya selalu bertanya " Apa cerita sekarang? Dah siap novel baru? Bila nak ngeteh-ngeteh? serta soalan-soalan yang lain.
Semoga keluarga Allahyarham tabah hati dan redha dengan ketentuan ilahi.
Marilah kita sama2 menyedekahkan Al Fatihah supaya roh beliau ditempatkan di kalangan yang beriman.
Allahyarham Ahmad Zarfan adalah seorang penulis PTS yang telah menghasikan beberapa buku seperti, 40 lukisan hati, novel Jibunsyi Tegar, siri Sahabat Kole Kacang, novel Pendekar Merah Budiman dan lain2 lagi..
Kenangan bagi pihak kami ialah, beliau juga telah turut memeriahkan majlis PAsiNo yang kami adakan lewat bulan Julai tahun lepas, di rumah PENA. Bukan itu sahaja, beliau adalah antara orang yang pertama sekali sampai di majlis tersebut dan terus menunggu hingga majlis tamat.
Dalam kenangan , Ahmad Zafran sewaktu menerima cenderahati dari En. Norden selalu pengurus Alaf21 sewaktu majlis PAsiNo.
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 29 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)