Setelah beberapa kali bersua dengan penulis kecil molek ini, saya selalu bertanya " Apa cerita sekarang? Dah siap novel baru? Bila nak ngeteh-ngeteh? serta soalan-soalan yang lain.


Lepas itu saya usulkan sekali, "Ika.. buatlah satu blog. Senang orang datang nak menjengah-jengah selain bertanya khabar hatta mengetahui perkembangan terbaru." Maklumlah, novelis yang sudah ada dua novel ini iaitu Seabadi Kasih dan juga Selamat Tinggal Memori, juga mempunyai peminat yang tersendiri. Namun kesibukan tugas-tugasnya sebagai wartawan menyebabkannya kurang berada dialam maya.

Akhirnya , setelah agak lama menunggu , barulah dapat menjenguk blognya. Itu pun jenuh diubah suai sana sini dan digodek-godek beberapa kali. Kali ni baru okey.

Jadi, pada peminat-peminat Shanika Latisya yang ingin mengetahu mengenai dirinya dengan lebih lanjut serta berbual mesra, silalah berkunjung ke blognya...


Selamat berziarah...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati