Pesta buku Alaf21 yang berakhir semalam, sama juga seperti pesta-pesta buku yang pernah diadakan sebelum ini. Kedatangan para peminat buku memang tak putus-putus sejak awal pagi premis dibuka. Ada yang datang sendirian, bersama kawan-kawan dan juga sekeluarga, semata-mata untuk mendapatkan buku-buku yang menjadi pilihan mereka. Walau pun para penulis yang hadir tidak begitu ramai, tetapi sudah cukup untuk melepaskan kerinduan dan rasa seronok pengunjung tatkala bersua. Barisan novelis seperti Meen Zulaikha, Dhiya Zafira (yang sanggup datang dari Taiping), Aisya Sofea, Dr HM Tuah sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Penulis baru Alaf21 iaitu Hani Fazuha yang baru saja melahirkan buku terbarunya, "Mengukir Janji" turut hadir. Dalam pada itu Lynn Dayana serta Laila Kamilia juga ada kelihatan menjengok-jengok.
Ruang premis menjadi lebih sesak. Apatah lagi dengan diskaun 30% untuk semua buku, akhirnya satu dua buku yang dihajatkan berakhir dengan dua tiga beg plastik diangkut balik. Penuh tangan kiri kanan. Demikainlah gelagat sebahagian pengunjung yang sempat saya perhatikan.
Staff langganan Alaf21 seperti tidak menang tangan untuk melayan. Namun mereka tetap tersenyum dan berusaha untuk membantu sedaya mungkin. Ada yang memberikan senarai panjang buku-buku yang mereka inginkan dan tak kurang juga yang bertanyakan novel-novel tertentu. Rata-rata hampir kesemua kategori buku menjadi pilihan. Maklumlah, ada yang suka buku resipi, buku kek, kesihatan, motivasi, agama dan macam-macam lagi. Kelihatan juga Pengurus Alaf21 sendiri iaitu En. Norden yang terselit di celah-celah kesesakan pengunjung.
Buat julung-julung kalinya, Alaf21 mengadakan pesta buku sehingga hari Ahad, secara tidak langsung memberikan banyak peluang untuk pengunjung yang sememangnya lapang pada hari tersebut untuk turut ke sana. Lagi pun, bagi yang duduk jauh-jauh, perjalanan jadi kurang sesak selain boleh pergi bersama-sama keluarga. Syabas untuk Alaf21!
Saya sempat melepak beberapa jam bersama Abang Long. Kami borak-borak di luar, di bawah khemah yang disediakan. Majalah-majalah dan air juga ada disertakan untuk pengunjung. Ada para pengunjung yang menyapa kami selain duduk-duduk sambil menanti pasangan mereka “bershopping sakan” di dalam.
Pada hari Ahad pula , Shah Alam dilanda hujan seawal 11 pagi sampailah ke petang. Namun itu tidak menjadi halangan. Premis Alaf21 tetap sesak. Ada pengunjung yang datang lagi. Kali ini membawa lebih ramai teman dan ahli keluarga. Demikianlah penangan buku-buku Alaf21 dihati mereka.
Begitu juga penulis Meen Zulaika, Aisya Sofea serta Hani Fazuha, tetap setia menanti. Lagi pun peluang bertemu peminat dapat memberikan peluang untuk mendengar komen dan pendapat mengenai buku-buku mereka. Kali terakhir sessi bertemu peminat adalah pada Pesta Buku Antarabangsa awal April lalu.
Sekali lagi, jutaan terima kasih dan tahniah untuk team Alaf21 kerana mengadakan pesta seumpama ini, yang memberikan peluang kepada peminat untuk mendapatkan buku-buku idaman hati selain penulis yang mereka sangat-sangat ingin ketemu.
Semoga kita berjumpa di lain kali.
Archives
Perhatian , bersempena dengan kelahiran novel keduanya, novelis Dhiya Zafira dengan berbesar hati telah mengadakan kuiz untuk sekalian pembaca. Tapi, anda kena membaca buku ini dahulu unyuk mencari jawapannya.
SOALAN:
2. Kenapakah Izz merahsiakan kepulangannya daripada pengetahuan keluarga dan Adni?
3. Berapa lamakah hukuman sebenar yang dijatuhkan ke atas Izz?
4. Apakah hubungan sebenar antara Pot dan Murni?
5. Berapa lamakah tempoh pertunangan Adni dan Khairy?
6. Sebab apakah yang membuatkan Izz merasakan Pot mempunyai komplot bersama Murni?
7. Apakah yang menyebabkan identiti sebenar Zack terbongkar?
8. " Saya menyukai RINDU BELUM BERHENTI kerana.............( lengkapkan ayat ini)
PERHATIAN!!!
Sila hantar jawapan anda ke email saya
Hadiah yang menarik dari SPAIN akan menanti jika anda memenanginya
Dhiya Zafira
Abang Long.
Sila klik ,
Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan, Selamat Hari Jadi buat penulis Meen Zulaikha yang menyambut harijadinya semalam , 10 Jun 2008.
Kami mendoakan supaya beliau akan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat sejahtera dan sukses dalam bidang yang diceburinya. Juga supaya beliau akan sentiasa dapat menghasilkan karya yang mantap dan berkesan.
Mersik
KLASIKNYA KUSERU NAMAMU
Hai..bersua kembali. Kali ini anda akan saya hidangkan dengan sebuah novel yang indah bahasanya, yang kaya budinya, yang dalam ilmunya. Tersirat duka dalam suka. Amanah yang di sua mengikat diri hingga melara. Namun kekuatan jiwa dan semangat yang jitu, segala ulah dapat dirungkai.
Sekiranya anda ingin memiliki sebuah novel klasik, bacalah novel ini, iaitu ‘KUSERU NAMAMU’ karya Ilani Mysara. Saya bagai ternampak-nampak, terbelek-belek, terpanggil-panggil akan buku hikayat yang pernah saya ulangi berkali-kali sewaktu kecil separti Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Malim Demang dan beberapa lagi yang sudah saya lupa tajuknya. Bagai teringat-ingat ceritera Puteri Begawan Solo atau Puteri Saadong. Ianya seperti kembali sewaktu saya menghayati novel ini.
Novel ini mengisahkan seorang puteri jelita yang terpaksa mengorban remaja demi keamanan keturunan sejagat. Dia sanggup melakukan apa saja walau tergadai nyawa demi mematahkan sumpahan Puteri Dewi Long Sri Wali turun temurun. Berbagai kekejaman dan sumpahan ke atas keturunannya yang mengakibatkan kematian yang bukan sedikit. Jiwanya tersentuh bila kekanda Dewi Sri Wali sendiri mati akibat melanggar sumpah agar tidak berkawin dengan keturunan orang yang paling di bencinya. Kematian kekandanya, Dewi Gemala Suria yang menyayat hati menyebabkan Dewi Sri Wali berikrar mencari kunci pematah sumpah.
Kesusahan demi kepayahan terpaksa ditempuhi. Ujian getir dan hebat di harungi demi merungkai sumpah trajedi.
‘Tujuh rambut keemasan di ubunnya (Puteri Dewi Long Sri Wali) perlu dicabut. Setiap satunya ternyata satu ujian satu sumpah. Sesungguhnya ia benar-benar menguji sejauh mana cucunda bertindak menghapuskannya.’
Itulah ungkapan Moyang Umo bagi menghapus sumpahan kejam tersebut.
Berbagai rintangan dan ujian yang bukan sedikit dihadapinya namun dia berjaya mengharunginya dengan semangat waja dan kental. Cinta yang baru berputik kecundang bila kekasih hati maut kerana perintah ayahanda kekasihnya sendiri, Tengku Bashir. Malah demi kesetiaan pada Tengku Beraim yang menyelamatkan maruah dari nafsu serakah ayahanda sendiri, kedua-dua adiknya sanggup mati bersama kekandanya dengan meminum racun pemberian ayahanda mereka kepada Tengku Beraim. Cinta yang tidak menyebelahi Dewi Sri Wali dan Tengku Beraim diakhiri dengan trajis amat memilukan hatinya. Di depan mata Dewi Sri melihat sendiri kesakitan kekasihnya menghadapi siksaan atas perintah Tengku Beraim.
Ada waktu Dewi Sri bagai kehilangan nyawa kerana kesakitan dan penderitaan yang ditempuhnya. Namun keampuhan semangatnya, menjadi kekuatan menentang kezaliman. Azamnya, selagai nyawa dipasak badan, selagi itulah hatinya bersumpah.
Keakraban Dewi Sri dan ayahanda bertujuh iaitu Moyang Umo, Tok Nisan Rumput, Tok Nisan Batu, Tok Cawang, Tok Sang Selidi, Puteri Mayang Mengurai dan Panglima Pusat Tasik Pauh Janggi begitu kuat dan kukuh. Masing-masing saling membantu dengan keiklasan. Sayangnya mereka pada Dewi Sri tidak bertepi. Tiap masalah mereka dibantu dan dihalusi oleh Dewi Sri dengan baik sekali.
Dewi Sri melerai kekusutan seorang gadis yang terfitnah. Gadis bisu yang berperibadi tinggi dan mulia tercemar nama baik dan disiksa tanpa diberi peluang membela diri. Kesucian seorang gadis dipersenda akibat hasutan syaitan yang beraja dihati. Dituduh berzina dengan suami orang walau kisah sebenar diputarbelitkan. Pak Imam angkuh dengan ilmu di dada tanpa belas menjatuh hukuman. Isteri yang berhati kejam sewenang-wenangnya mengaibkan suami sendiri di khalayak. Namun dengan kebijaksanaan Dewi Sri Wali, hijab terbuka. Namun segala penderitaan si gadis diakhiri dengan kematiannya. Itulah lumrah manusia, yang benar di kunci, yang songsang dipuji. Walau kebenaran mengundang maut, namun akhirnya kesedaran khalayak membuka hati yang tertutup dek pujukan iblis.
Saya amat tersentuh dengan gaya bahasa Ilyani Mysara mengolah tiap bait perkataan. Ianya sungguh indah dibaca sungguh mudah difahami. Melentur hati yang keras, melembut jiwa yang resah. Novel ini mengetengahkan kekuatan jiwa nan ampuh yang seharusnya dicontohi setiap insan. Apa guna kekayaan melimpah ruah jika ia bukan untuk kebajikan. Apa guna paras rupa yang rupawan jika ia kosong tak berpengetahuan
Jangan jadikan dendam penyudah sengketa. Iman dan sabar harus berjalan sama menghadapi tiap ujian. Pemerintah Pengkalan Larah yang bermusafir mencari kebenaran, adalah satu perjuangan yang tidak tersangkal. Kemenangan akhirnya berpihak pada kebenaran. Namun rajuk hati tiada berketurunan membuat Dewi Sri Wali membawa diri.
Ada sebab mengapa sumpah terlaksana. Ada rahsia mengapa Puteri Dewi Long Sri Wali begitu kejam hingga tergamak mencipta sumpahan. Cinta yang tidak kesampaian akibat sikap dengki saudara sendiri, mengakibat Puteri rupawan dan kekasihnya berpisah jasad namun dihati cinta tetap bersemarak. Siapa kekasih Puteri Dewi Long Seri Wali? Apa kaitan puteri dengan Dewi Sri hingga memaksa dia menderita sama melerai sumpahan?
Jiak anda ingi tahu, jangan lepaskan peluang memilikinya!
Novel ini mampu mengisi dahaga pada mereka yang ingin mencari kelainan isi dan cerita. Anda pasti berpuashati membaca novel ini. Tahniah buat bonda dan teruskan usaha menggali cerita yang penuh ilmu dan pengajaran. Novel yang sarat dengan ilmu dan cabaran, boleh membuka minda dan ketelusan.
Salam ukhuwah
ina
Wah, nampaknya peraduan dari Alaf21 iaitu AKU DAN BUKUKU sudah menjadi semakin menarik. Anda semua jangan melepaskan peluang untuk menyertainya.
Bukannya susah sangat, cuma ambil gambar bersama buku-buku Alaf21. Lagi pun sekarang kan dah senang nak ambil gambar. Dari pada ambil gambar tak senonoh dan entah apa-apa, baik ambil dengan buku-buku Alaf21 dan masuk peraduan. Untung-untung menang. Hadiah-hadiahnya pula lumayan.
Marilah, jangan malu-malu...
PELUANG UNTUK PEMENANG MENANG LAGI!
Berikutan dengan sambutan yang menggalakkan, kami memperbaiki format hadiah di mana kesemua mereka yang terpilih sebagai pemenang berpeluang untuk menjadi pemenang bulanan.
Ini bermakna, pemenang-pemenang mingguan akan dipertandingkan. Calon yang menang akan menjadi pemenang bulanan. Pemenang bulanan pula akan memenangi set TRIONOVEL bulan berikutnya.
Misalnya, pemenang bulan Jun akan memperoleh SATU SET TRIONOVEL BULAN JULAI!
Bagaimana pula pemenang bulanan ini terpilih? Anda yang melayari laman ini akan menentukannya! Nantikan panduan seterusnya dari kami!
http://alaf21.com.my/buletin_isnin/aku&bukuku/default2.htm
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 29 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)