Mudahnya ! Itulah ungkapan yang boleh saya ucapkan. Bila pihak Kelab Peminat Novel ALAF 21 ingin mengadakan pertemuan dan temubual dengan novelis Iris Ixora.
Pertemuannya sudah agak lama berlalu. Namun setiap detik dan masa memang sangat-sangat kami ingati.
Memang salah dan tersasar jangkaan kami. Walaupun pada mulanya, saya sendiri agak pesimis, bila diminta untuk berurusan dengan Iris Ixora. Kerana menurut hemat saya, Iris Ixora selain dari sibuk menguruskan urusan keluarganya, dan kepulangan beliau ke tanah air waktu itu juga terlalu singkat, maka urusan untuk mengadakan temujanji dengan beliau berkemungkinan akan menemui jalan buntu.
Cuma saya hanya menyebut tentang temujanji, hanya sekali sahaja. Keesokan harinya, terus saya mendapat kiriman sms, untuk mengesahkan tempat atau lokasi pertemuan dan waktunya sekali. Begitu professional sekali tindakan yang dilakukan oleh Iris Ixora !Cuma saya dan mersik agak kaget, kerana lokasi pertemuan adalah di hotel Concorde, Shah Alam. Sebuah tempat yang begitu eksklusif. Ini adalah kali pertama saya dan mersik mengadakan temujanji di sebuah hotel bertaraf 5 bintang!
Saya menyedari yang mersik juga mempunyai perasaan yang sama iaitu. Kami dari sebuah kelab yang kecil, yang selama ini tidak pernah mendapat pengiktirafan sebegini tinggi. Ya, sejujurnya, kami memang tidak mempunyai dana yang besar untuk melakukan sesuatu yang besar.Namun, inilah dinamakan kemanisan dalam sebuah perjuangan. Dimana Iris Ixora begitu berbesar hati menyambut dan meraikan kami. Begitu juga dengan penghormatan yang diberikan oleh suami beliau, sememangnya tidak terduga langsung oleh kami.
Seperti biasa, tugasan untuk temubual dilakukan oleh mersik. Saya hanya mencelah sekali sekala. Dan kelihatan yang Iris Ixora benar - benar menampilkan suasana profesional sewaktu pertemuan itu diadakan. Setiap jawapan dan ungkapan kata-katanya begitu tersusun dan memberi makna yang tersendiri.
Satu ucapan oleh Iris Ixora, yang akan saya kenang selama - lamanya ialah, dimana beliau berkata dengan nada yang begitu mendalam ertinya:
"Akak menghargai jasa dan pengorbanan kalian dalam kelab, yang sentiasa berjuang dan menyokong novelis".
Kepada Kekanda Iris Ixora.
Hanya ungkapan ucapan TERIMA KASIH yang mampu kami ucapkan.
Abang Long.
Abang Long.
3 comments
Comment by Anonymous on 10:32 PM
Adinda Abang Long yang baik budi bahasanya,
Terima kasih banyak atas penghargaan yang terlalu tinggi buat Kak Iris dan suami. Moga dengan terjalinnya perkenalan mesra antara kita, Mersik dan juga dengan semua ahli Kelab21, kita semua akan terus bersatu hati...
Salam sayang dari Kak Iris dan suami.
Comment by Anonymous on 12:19 PM
Assalamualaikum Lijah...di mana kamu sekarang ni...saya yakin saya masih dikenali...
Comment by Anonymous on 12:20 PM
If u still remember me, please give me a message to rinasari@yahoo.com
Post a Comment