Archives
Salam kepada semua. Semoga sentiasa ceria. Abang Long, Mersik, Salmah dan Kak Sri Diah Di kesempatan ini juga ingin saya mengucapkan ‘Selamat Menyambut Ramadhan’ untuk semua pengunjung blog ini. Agar Ramadhan tahun ini tidak kurang hebatnya, malah lebih bermakna dari yang sudah. Moga sentiasa dirahmati olehNya.
Ahad, 24hb yang lalu merupakan salah satu pagi minggu yang menyeronokkan untuk saya. Pertemuan bersama salah seorang novelis yang saya hormati dan minati akan penulisannya adalah penyebabnya.
Sesekali berinteraksi di alam maya dan adakala melalui sms, tidak saya nafikan beliau seorang yang mudah mesra. Sabtu malam, saya mencuba nasib menghantar mesej pesanan ringkas untuk berjumpa keesokan harinya. Alhamdulillah, beliau mempunyai sedikit kelapangan di sebelah pagi. Maka, tempat dan waktu pun ditetapkan, persetujuan dimeterai. Begitu mudah sekali!
Pagi yang indah dan cerah, tidak lupa saya hubungi teman bertikam lidah dan ketawa, tidak lain dan bukan, Mersik. Abang Long tidak ketinggalan. Ina pula agak jauh terataknya.
Tepat jam 10 pagi, Saya menunggunya di pintu masuk SACC Mall, Shah Alam. Ditemani oleh anak bongsu kesayangannya, dari jauh senyuman mesranya tiba dahulu sebelum yang empunya diri. Pertama kali sepasang mata saya menatap wajah yang empunya, hati berkata, ‘hmm...manis dan cantik.’ Pabila tangan bersambut, ciuman pipi berbalas, perasaan terharu! Keikhlasan beliau jelas terpancar di wajah nan lembut.
Restoran Uncle K Kopitiam, menjadi saksi akan pertemuan antara kami berlima. Sambil menikmati hidangan sarapan yang pelbagai, bermacam topik yang kami bualkan. Dari hal-hal negara, dunia penulisan, hinggalah yang remeh-temeh. Setiap waktu yang berlalu, sepi langsung tiada ruang kosong untuk mencelah. Acapkali juga ruang sederhana itu bergema dengan gelak ketawa kami.
Saya kagum dengan wanita ini. Seorang yang sentiasa sibuk dengan kerjayanya. Namun, masih punya masa untuk meluangkan waktu untuk keluarga dan juga kucing-kucingnya. Mampu pula berkarya menghasilkan penulisan yang sentiasa dinantikan peminat dan pengikutnya. Tidak pula lokek meluangkan masa untuk bersantai bersama teman dan taulan.
Penulisannya yang agak berbeza adalah salah satu aset yang dimiliki. Gaya serta kisah yang dipaparkan beliau sejajar dengan pembaca-peminat yang sering mengikuti perkembangan penulisan beliau. Secara tidak langsung, peminat setia sering ternanti-nanti dan turut tidak melepaskan peluang untuk memiliki setiap karyanya. Bak kata pepatah, kita menimba pengalaman bersama masa. Begitulah kesan penulisan beliau, pada pendapat saya. Tidak selamanya pembaca yang semakin matang mahu membaca kisah cinta remaja. Walaupun sebagai salah satu hiburan, dan tetap antara genre yang diminati ramai pembaca wanita, namun, karya yang lebih dewasa dari segi pemikiran dan penyampaian adakala menjadi pilihan utama.
Wanita waja ini juga tidak lokek dengan ilmu dan idea. Dua jam bersama beliau, banyak yang saya dan teman-teman cedok dari pengalaman dan pengetahuannya yang luas. Membuatkan masa yang berlalu terasa terlalu singkat. Walaupun hari liburan bagi kebayankannya, ia tetap hari bertugas untuk beliau.
Kepada anda yang pernah membaca atau memiliki Dendam Masrini, Selamat Malam Tan Sri, Kuala Lumpur Di Mana Suamiku, Mahligai Cinta, antara karya-karya beliau, tentu dapat meneka siapa beliau. Ya, hanya ada seorang Sri Diah, di kalangan novelis yang ramai di tanahair.
Semoga Kak Sri akan sentiasa sukses, terus berjaya dan dirahmati dalam apa jua bidang yang diceburi. Agar pembaca dan peminat akan sentiasa dapat menikmati hasil karya Kak Sri selagi diizinkanNYA. Moga ada pertemuan lagi antara kita. InsyaAllah. Pertemuan ini akan sentiasa diingatan. Terimakasih tidak terhingga kerana sudi meluangkan masa bertemu-bual mesra bersama. Dalam kesibukan, masa yang diluangkan amat bermakna dan dihargai sekali.
Haiku untuk Kak Sri
Wajah nan manis
Kemesraan nan ikhlas
Takkan dilupa
Salmah
Kami di Alaf21 FC ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI untuk penulis kecil molek ini. Siapa lagi kalau bukan Shanika Latisya. Semoga dengan pertambahan setahun usia ini, beliau akan sentiasa dirahmati, dipanjangkan umur, beroleh kesihatan yang baik, sukes dalam kerjaya serta bidang penulisan.
Buku terbaru beliau yang berjudul SEJUTA NAFAS CINTA, akan berada di pasaran tidak lama lagi. Oleh itu, sekelian peminat Shanika Latisya, nantikan kemunculan novel terbarunya...
Mersik
Disebabkan majlis itu adalah bagi meraikan novelis - RAMLEE AWANG MURSHID. Dan pelancaran trilogi - BAGAIKAN PUTERI. Maka, beberapa orang sedaya upaya cuba mengambil kesempatan untuk bertanyakan soalan. Malahan, saya, sebagai pentadbir Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC, juga telah mempunyai beberapa soalan untuk dikemukakan kepada Saudara Ramlee Awang Murshid.
Setelah dirisik, betul, memang ada beberapa soalan yang akan dikemukakan hampir ada persamaan. Akhirnya saya mendapati, saya mempunyai soalan, yang telah dikenalpasti tidak akan ditanya oleh peminat Ramlee Awang Murshid.
Tiga soalan itu adalah:
1 - Bila saya membaca novel - novel Saudara Ramlee, saya dapati sukar untuk berhenti. Apa formula atau teknik yang Saudara guna pakai dalam penghasilan novel ?
2 - Saudara Ramlee ada menyimpan impian agar trilogi ini difilemkan ?
3 - Novel berunsur thriller telah menjadi 'trade mark' bagi Saudara Ramlee. Adakah Saudara akan cuba untuk mengekalkan 'trade mark' itu, atau ada cadangan untuk beralih ke genre yang berbeza selepas ini ?
4 - Saya bagi pihak Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC. Ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat Saudara. Kerana Saudara telah merakamkan penghargaan dan penghormatan Saudara kepada Kelab Peminat Novel ALAF 21 didalam novel Saudara, didalam ruangan dedikasi.
TERIMA KASIH.
# Namun, kita memahami, pengacara majlis terpaksa memendekkan majlis atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Abang Long.
Penghormatan Buat RAMLEE AWANG MURSHID. TERIMA KASIH buat ALAF 21 Sendirian Berhad.
Sekali lagi sebuah majlis penuh penghormatan diadakan oleh ALAF 21 Sendirian Berhad untuk meraikan novelis yang bernaung dibawah bumbung ALAF 21.
Kali ini, majlis diadakan untuk menghargai novelis thriller tersohor negara, iaitu Saudara RAMLEE AWANG MURSHID.
Bersempena dengan kelahiran novel trilogi beliau, bermula dari BAGAIKAN PUTERI yang mencemaskan pembaca.Diikuti dengan CINTA SANG RATU yang mendebarkan, dan kini trilogi yang dinantikan oleh ratusan ribu peminat setia RAMLEE AWANG MURSHID, dengan muka hadapan novel yang menggambarkan seorang lelaki yang menghunus keris, akhirnya lahirlah -
HIJAB SANG PENCINTA !HIJAB SANG PENCINTA yang benar - benar 'terangkat' hijab yang menutupi segala rahsia.
Majlis yang dilangsungkan benar - benar meriah. Dan slot yang benar - benar memukau ialah bilamana terdapat aksi persilatan oleh dua orang pendekar. Namun, aku tertanya - tanya juga, "yang mana satu "mewakili" Laksamana Sunan ?"
Sejujurnya, bukan sahaja Saudara RAMLEE AWANG MURSHID yang 'tersentuh' dengan ucapan oleh Pengurus Besar ALAF 21, iaitu Encik Norden. Malahan secara peribadi, aku juga terkesan dengan lontaran kata - kata itu.
Ucapan itu terasa bagaikan 'terangkatnya' HIJAB SANG PENCINTA yang sebenarnya. Bilamana kisah silam 'dibongkar' kembali. Dari langkah pertama seorang insan yang bernama RAMLEE AWANG MURSHID untuk berkarya. Hinggalah menjadi seorang yang dihormati dan dikagumi.
Semuanya adalah hasil usaha tanpa jemu oleh novelis itu. Dan usaha gigih ALAF 21 untuk mengangkat maruah dan martabat novelis, khususnya yang bernaung dibawah bumbung ALAF 21.
Berbalik kepada program anjuran ALAF 21. Satu perkara yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun jua. Dimana selain dari pesta buku yang diadakan setahun sekali. Maka program seumpama itu, sebenarnya adalah sebuah majlis yang paling berprestij untuk mengiktiraf novelis. Maka setiap insan yang bergelar novelis tidak seharusnya melepaskan peluang untuk turut sama bagi memeriahkan majlis.
Program atau majlis seperti itulah sebenarnya yang boleh dan berupaya menghimpun atau mengumpulkan seramai mungkin novelis ALAF 21.
Bila sudah berkumpul, barulah tercetus idea untuk penghasilan karya seterusnya. Maaf, saya tidak bermaksud untuk memberikan panduan kepada sesiapa. Tetapi demi untuk melihat KESATUAN NOVELIS itu sendiri. Cuba bayangkan, seandainya terdapat kurang lebih 40 orang novelis. Dan kesemuanya hadir. Boleh dirasakan bagaimana meriah dan mesra serta 'kecoh' nya suasana ?
Akhir kata, saya mewakili pihak KELAB PEMINAT NOVEL ALAF 21 - ALAF 21 FC. Dengan ini mengucapkan TAHNIAH kepada RAMLEE AWANG MURSHID atas kelahiran trilogi kedua. Dan TERIMA KASIH diucapkan kepada ALAF 21 atas penghormatan yang diberikan kepada kelab.
Wassalam.
Mohamad Feroz
Presiden
Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC.
Sekitar majlis yang sama dari laman web Alaf21.
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/Pelancaran%20novel/launching_RAM/default.html
Oleh kerana masih awal lagi, saya menunggu rakan- rakan alaf21fc yang lain di lobi hotel sahaja . Tidak beberapa lama kemudian Mersik tiba dengan gaya santai ala - ala wartawan diikuti oleh abang long yang segak bergaya dengan baju Melayu lengkap bersampin, bersesuaian dengan tema pada hari tersebut supaya berpakaian tradisional .
Setelah itu kami terus masuk ke dalam dewan di mana sahabat saya Ina sudahpun menanti bersama puterinya . Saya sangat kagum dengan sahabat saya ini . Walaupun dalam keadaan yang sarat, beliau tetap menguatkan diri untuk menghadiri majlis ini semata - mata untuk bertemu dengan penulis kesayangannya .
Pada hari tersebut, Richie Rachman telah diberi tanggungjawab untuk mengacara majlis tersebut . Beliau memang seorang pengacara yang hebat dan berbakat kerana sepanjang majlis tersebut berlangsung, kami tidak kering gusi mendengar celoteh dan melihat keletahnya . Sungguh menghiburkan.
Sementara menunggu kehadiran Puan Ziela Jalil bagi menyempurnakan majlis pelancaran novel ini, halwa telinga kami telah dihiburkan dengan lagu - lagu Siti Nurhaliza yang disampaikan oleh penyanyi yang bernama Ina.
Pada hari tersebut, Ramlee Awang Murshid ditemani isteri tersayang, Dayang Aminah dan anak kesayangannya, Muhammad Aizuddin Haiqal . Mereka berpakaian sedondon, biru kehijau - hijauan .
Turut hadir memberi sokongan dalam majlis tersebut ialah beberapa orang penulis Alaf21 yang telah gah namanya dalam bidang penulisan seperti Sharifah Abu Salem, Anis Ayuni, Norzailina Nordin, Damya Hanna, Sri Diah, Bikash Nur Idris, Shanika Latisya, dan beberapa penulis baru Alaf21 seperti Durrah Fatiha, Hezzy Azra bersama puterinya yang duduk sebaris dengan saya, dan ternampak juga kelibat Fadli Al- Akiti bersama Serunai Faqir. Selain dari itu sudah tentu para wartawan dari media siar dan media cetak. Kelab peminat RAM FC juga turut hadir.
Saya turut teruja dengan kehadiran pelakon yang sangat tenang ketika melakonkan wataknya iaitu Hisham Ahmad Tajuddin .
Ketinggian peribadi dan sikap berserdahana RAM menyebabkan saya amat mengagumi beliau . Menurut kata Encik Norden, walaupun sebanyak 300 muka surat daripada novel 'Ungu Karmila' telah ditolak dan perlu dibaiki semula, namun RAM hanya mengambil masa dua minggu sahaja untuk menyiapkannya. Ini memerlukan konsentrasi minda yang sungguh tinggi. Kesungguhan, ketabahan, dan sikap tidak mudah berputus asa merupakan tonggak kejayaan beliau pada hari ini .
Seterusnya Puan Ziela Jalil pula menyampaikan ucapannya . Beliau kelihatan anggun dan bergaya pada petang itu walaupun telah mempunyai sepasang cahaya mata yang sudah meningkat remaja, yang turut hadir menemankan beliau .. Dalam ucapannya, beliau menyata kekagumannya dengan karya RAM dan watak Laksamana Sunan . Kalau berpeluang beliau ingin mengadaptasi karya RAM dalam bentuk filem atau drama .
Sebelum upacara majlis pelancaran dilakukan, para tetamu dihidangkan dengan tarian pencak silat diikuti dengan kehadiran 3 orang gadis alaf yang berjalan masuk membawa trilogi novel ' Bagaikan Puteri' di dalam bekas berwarna kuning sambil diiringi muzik tradisional .
Hidangan tradisional dan moden ini amat menyelerakan, tambahan pula perut memang berkeroncong hebat pada waktu itu. Hujan di luar sudah mula merenyai. Maka lajulah apa-apa yang ada di depan mata ditolak masuk ke mulut. Saya berpeluang duduk semeja dan berbual - bual kosong dengan penulis kesayangan saya, Anis Ayuni dan Damya Hanna .
Walaupun saya terpaksa menempuh kesesakan lalu - lintas ketika pulang, saya berasa sangat puas dan gembira . Inilah kenangan yang terindah di dalam hidup saya yang tidak mungkin saya lupakan selagi hayat dikandung badan ..
Semoga Alaf21 akan terus berjaya di masa-masa akan datang dan terus kekal sebagai penerbit nombor satu di Malaysia. Amin.
~ lla ~
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 29 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)