Penghormatan Buat RAMLEE AWANG MURSHID. TERIMA KASIH buat ALAF 21 Sendirian Berhad.

Sekali lagi sebuah majlis penuh penghormatan diadakan oleh ALAF 21 Sendirian Berhad untuk meraikan novelis yang bernaung dibawah bumbung ALAF 21.

Kali ini, majlis diadakan untuk menghargai novelis thriller tersohor negara, iaitu Saudara RAMLEE AWANG MURSHID.

Bersempena dengan kelahiran novel trilogi beliau, bermula dari BAGAIKAN PUTERI yang mencemaskan pembaca.Diikuti dengan CINTA SANG RATU yang mendebarkan, dan kini trilogi yang dinantikan oleh ratusan ribu peminat setia RAMLEE AWANG MURSHID, dengan muka hadapan novel yang menggambarkan seorang lelaki yang menghunus keris, akhirnya lahirlah -

HIJAB SANG PENCINTA !HIJAB SANG PENCINTA yang benar - benar 'terangkat' hijab yang menutupi segala rahsia.

Majlis yang dilangsungkan benar - benar meriah. Dan slot yang benar - benar memukau ialah bilamana terdapat aksi persilatan oleh dua orang pendekar. Namun, aku tertanya - tanya juga, "yang mana satu "mewakili" Laksamana Sunan ?"

Sejujurnya, bukan sahaja Saudara RAMLEE AWANG MURSHID yang 'tersentuh' dengan ucapan oleh Pengurus Besar ALAF 21, iaitu Encik Norden. Malahan secara peribadi, aku juga terkesan dengan lontaran kata - kata itu.

Ucapan itu terasa bagaikan 'terangkatnya' HIJAB SANG PENCINTA yang sebenarnya. Bilamana kisah silam 'dibongkar' kembali. Dari langkah pertama seorang insan yang bernama RAMLEE AWANG MURSHID untuk berkarya. Hinggalah menjadi seorang yang dihormati dan dikagumi.

Semuanya adalah hasil usaha tanpa jemu oleh novelis itu. Dan usaha gigih ALAF 21 untuk mengangkat maruah dan martabat novelis, khususnya yang bernaung dibawah bumbung ALAF 21.

Berbalik kepada program anjuran ALAF 21. Satu perkara yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun jua. Dimana selain dari pesta buku yang diadakan setahun sekali. Maka program seumpama itu, sebenarnya adalah sebuah majlis yang paling berprestij untuk mengiktiraf novelis. Maka setiap insan yang bergelar novelis tidak seharusnya melepaskan peluang untuk turut sama bagi memeriahkan majlis.


Program atau majlis seperti itulah sebenarnya yang boleh dan berupaya menghimpun atau mengumpulkan seramai mungkin novelis ALAF 21.

Bila sudah berkumpul, barulah tercetus idea untuk penghasilan karya seterusnya. Maaf, saya tidak bermaksud untuk memberikan panduan kepada sesiapa. Tetapi demi untuk melihat KESATUAN NOVELIS itu sendiri. Cuba bayangkan, seandainya terdapat kurang lebih 40 orang novelis. Dan kesemuanya hadir. Boleh dirasakan bagaimana meriah dan mesra serta 'kecoh' nya suasana ?

Akhir kata, saya mewakili pihak KELAB PEMINAT NOVEL ALAF 21 - ALAF 21 FC. Dengan ini mengucapkan TAHNIAH kepada RAMLEE AWANG MURSHID atas kelahiran trilogi kedua. Dan TERIMA KASIH diucapkan kepada ALAF 21 atas penghormatan yang diberikan kepada kelab.

Wassalam.

Mohamad Feroz
Presiden
Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC.

Sekitar majlis yang sama dari laman web Alaf21.

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/Pelancaran%20novel/launching_RAM/default.html

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati