Beberapa hari yang lepas, kami menerima kiriman email dari jauh, iaitu di Wollongong, Australia. Wah, jauh benar tu.
Rupa-rupanya kiriman tersebut adalah dari Noor Ain, salah seorang ahli kelab yang selalu juga mengikuti aktiviti kami tidak lama dulu. Alah, yang selalu tinggalkan jejak menggunakan nama OrkidBiru tu..
Noor Ain, paling kanan, bersama teman-temannya.
Sekarang ni, beliau berada di sana kerana melanjutkan pengajiannya di University of Wollongong. Wollongong pula adalah perkataan orang asli di sana yang bermaksud "angin". Dan pengalaman berhari raya di tempat orang benar-benar memberikan satu pengalaman yang baru. Namun sedikit sebanyak kerinduan kepada keluarga terubat dengan adanya teman-teman senegara dan sesama islam serta dapat juga menikmati juadah hari raya yang dimasak bersama-sama. Apatah lagi bila berkumpul beramai-ramai sambil menjamu selera.
Dan ucapan dari Noor Ain ,
Salam aidilfitri buat ayah, adik WAN & ZANA, abang Jali sekeluarga di Puchong, sanak-saudara di KL, Kelantan & Perak, teman-teman alaf21fc, para penulis dan rakan-rakan lain yang mengenali diri ini tidak kira di mana jua berada.
Banyak perkara telah ketinggalan,
Maaf dipohon dari perantauan,
Doa dipohon demi kejayaan.
Kami juga mendoakan supaya Noor Ain akan terus berusaha sehingga berjaya dalam pengajiannya. Kuatkan semangat, tabahkan hati selain doa yang tidak putus-putus kepada Tuhan.
0 comments
Post a Comment