Archives

MENITI MAUT oleh EYMAN HYKAL


Meniti Maut adalah salah satu koleksi novel yang saya sayangi. Novel karya Eymal Hykal mengandungi seribu pengajaran dan ilmu. Ia bukan sekadar novel biasa malah ia mampu membuat minda kita berfikir akan perkara yang tidak mampu terjangkau akal yang perkara sedemikian boleh berlaku bila-bila masa dan dimana jua.

Walaupun ia lebih mengisahkan kes penyiasatan, ia tidak lari dari menjadikan kemanusiaan tunjang kehidupan. Fariz petugas muda yang agak kabur dengan emosi bila teman seperjuangan mati masa sama-sama cuba menahan penjenayah. Rasa keciwa akibat gagal menjalankan misi menyebabkan dia putus asa hingga sanggup melepaskan jawatannya. Namun bukan semudah itu untuk keluar dari BISIK!

Dia akhirnya menjalankan tugas yang nampak remeh tapi penuh dengan insiden yang tidak kurang menggugat kesabarannya. Kehadiran Faryna kerap membuat dia rasa resah.

Namun itulah namanya tugas. Berbagai liku yang harus dihadapi hingga hampir menggadai nyawa sendiri. Demi tugas, Fariz tidak berputus asa. Kegagalan lalu tidak akan diulangi. Rasa cemas dan tdak sabar mengetahui selanjutnya kerap mengganggu saya.

Berjayakan dia menghentikan kegiatan jenayah kolar putih yang melibatkan warga asing yang mahu melumpuhkan ekonomi negara. Mampukah dia menangani sikap Faryna yang kerap mencari salah dirinya.

Kekuatan novel ini terletak pada cerita dan olahan yang bijak. Plot penting tidak dibiar tergantung hingga kita tidak nampak kehilangan satu watak pun. Eyman membongkar jenayah yang kolar putih yang kerap ditutup agar tidak mencemaskan rakyat. Dia mengenengahkan tugas-tugas pengaman negara yang berjuang dan bersedia menjalankan tugas tidak kira waktu.
Usahawan negara memang kerap teruja dengan kehadiran pelabur asing yang pandai melobi menggunakan kekuatan kewangan mereka. Kalau baik, baiklah jadinya namun jika ia hanya kepura-puraan yang membawa kemusnahan bisnes, saipa yang boleh sangka.

Suka saya katakan, ALAF21 kini lebih mantap dalam menghasilkan novel yang lebih baik dan berilmu.

Penulis seperti Eyman Hykal, Ramlee Awang Mursyid, Norzailina Nordin, Lily Haslina, Ilani Mysara adalah antara novelis yang telah mencipta novel-novel yang baik sekali. Sekali lagi saya merakamkan jutaan tahniah pada ALAF21 yang melahirkan kian ramai novelis cemerlang.
Ina
http://inanazri.blogspot.com

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Tanda Kasih

 
Setiap kali berlangsungnya Pesta Buku.  Antara novelis yang sering menjadi tumpuan ialah Anis Ayuni.  Namanya sering bermain dan diperkatakan oleh peminat novel tanahair,  khususnya pembaca dan peminat novel ALAF 21.
Tidak keterlaluan,  dan satu hakikat ialah.  Anis Ayuni ialah antara novelis yang sering menjadi tumpuan dan 'sasaran'  peminat novel terbitan ALAF21.  Wajahnya yang tenang sewaktu menghadapi 'gerombolan' peminat yang sedia beratur panjang,  dan layanan mesra yang diberikan menjadi antara detik manis buat peminat beliau.
Sewaktu hari terakhir Pesta Buku tempohari.  Aku sempat bertanya sesuatu kepada Kak Anis.  "Kak Anis sudah berjalan di Pesta buku?"
Dengan senyuman dan hampir tertawa beliau menjawab  "InsyaAllah, baru hari ini dapat berbuat demikian, hendak tunggu anak - anak dan suami datang sebentar lagi."
Buat Kak Anis.  Teruskan perjuanganmu.  Kami sentiasa menyokong perjuangan novelis ALAF 21. 

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati