Meniti Maut adalah salah satu koleksi novel yang saya sayangi. Novel karya Eymal Hykal mengandungi seribu pengajaran dan ilmu. Ia bukan sekadar novel biasa malah ia mampu membuat minda kita berfikir akan perkara yang tidak mampu terjangkau akal yang perkara sedemikian boleh berlaku bila-bila masa dan dimana jua.
Walaupun ia lebih mengisahkan kes penyiasatan, ia tidak lari dari menjadikan kemanusiaan tunjang kehidupan. Fariz petugas muda yang agak kabur dengan emosi bila teman seperjuangan mati masa sama-sama cuba menahan penjenayah. Rasa keciwa akibat gagal menjalankan misi menyebabkan dia putus asa hingga sanggup melepaskan jawatannya. Namun bukan semudah itu untuk keluar dari BISIK!
Dia akhirnya menjalankan tugas yang nampak remeh tapi penuh dengan insiden yang tidak kurang menggugat kesabarannya. Kehadiran Faryna kerap membuat dia rasa resah.
Namun itulah namanya tugas. Berbagai liku yang harus dihadapi hingga hampir menggadai nyawa sendiri. Demi tugas, Fariz tidak berputus asa. Kegagalan lalu tidak akan diulangi. Rasa cemas dan tdak sabar mengetahui selanjutnya kerap mengganggu saya.
Berjayakan dia menghentikan kegiatan jenayah kolar putih yang melibatkan warga asing yang mahu melumpuhkan ekonomi negara. Mampukah dia menangani sikap Faryna yang kerap mencari salah dirinya.
Kekuatan novel ini terletak pada cerita dan olahan yang bijak. Plot penting tidak dibiar tergantung hingga kita tidak nampak kehilangan satu watak pun. Eyman membongkar jenayah yang kolar putih yang kerap ditutup agar tidak mencemaskan rakyat. Dia mengenengahkan tugas-tugas pengaman negara yang berjuang dan bersedia menjalankan tugas tidak kira waktu.
Usahawan negara memang kerap teruja dengan kehadiran pelabur asing yang pandai melobi menggunakan kekuatan kewangan mereka. Kalau baik, baiklah jadinya namun jika ia hanya kepura-puraan yang membawa kemusnahan bisnes, saipa yang boleh sangka.
Suka saya katakan, ALAF21 kini lebih mantap dalam menghasilkan novel yang lebih baik dan berilmu.
Penulis seperti Eyman Hykal, Ramlee Awang Mursyid, Norzailina Nordin, Lily Haslina, Ilani Mysara adalah antara novelis yang telah mencipta novel-novel yang baik sekali. Sekali lagi saya merakamkan jutaan tahniah pada ALAF21 yang melahirkan kian ramai novelis cemerlang.
Ina
http://inanazri.blogspot.com
3 comments
Comment by eyman hykal on 12:27 AM
Ina,
Terima kasih di atas komen anda. terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa membaca MENITI MAUT. Saya akan perbaiki kelemahan saya pada novel-novel akan datang.
Dalam pada itu, Ina dan para pengunjung blog ini saya pelawa untuk singgah ke http://www.meniti-maut.blogspot.com.
Setakat ini sudah ada 15 komen dari para pembaca lain yang sudah saya paut. Silalah ikuti dan sila jugalah memberi komen anda.
Salam dari saya,
EymanHykal.
Comment by Web Sutera on 3:09 PM
Assalamualaikum,
Jom baca komen saya pula, di sini:
http://pasalbuku.blogspot.com/2009/03/air-mata-bergenang-bila-membaca-meniti.html
Comment by kayusugiku.blogspot.com on 11:58 PM
Salam, memang best novel ni. padat ngan aksi dan fakta menarik..... jom baca kupasan saya tentang novel ni di http://faizalabubakar.blogspot.com/
Post a Comment