Selama 12 tahun beliau menabur bakti di syarikat penerbitan novel terunggul di Malaysia,  tidak lain dan tidak bukan iaitu  syarikat  ALAF 21 Sendirian Berhad.

Dan  selama 4 tahun Encik Norden telah memberikan sepenuh kerjasama yang tidak terhitung nilainya kepada penubuhan Kelab Peminat Novel ALAF 21  -  atau panggilan ringkasnya  ALAF 21 FC.

Sebuah kelab yang mana tercetus hasil dari idea beberapa orang peminat tegar novel ALAF 21.  Dan 'kelahiran'  kelab ini telah 'disambut dengan penuh kebanggan'  oleh Encik Norden dan seluruh staff  ALAF 21.

Maka,  pelbagai idea telah dilontarkan untuk memajukan kelab yang berdiri atas kaki sendiri.  Bak kata Encik Norden diawal penubuhan kelab.  "Saya lebih suka pokok yang tumbuh dari tunas yang lembut dan membesar dan mengakar hingga menjadi pokok yang besar dan kuat,  daripada menanam pokok yang besar tetapi akarnya tidak cukup kuat untuk menampung pokok itu dari angin yang kuat."

Walaupun masih banyak idea yang Encik Norden lontarkan untuk kelab,  namun InsyaAllah,  kami dalam kelab akan terus mengusahakan idea tersebut.  Demi untuk kemajuan kelab  dan dalam masa yang sama terus berusaha dan bekerjasama demi untuk kebaikan bersama.

Sungguh mendebarkan apabila mendengar kata - kata Encik Norden bahawa beliau akan 'berhijrah'  ke bahagian lain,  iaitu Encik Norden akan memulakan tugas baru sebagai Group Managing Editor di akhbar Sinar Harian. Akhbar harian ini adalah milik Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Sebagaimana beliau berjaya menaikkan nama Alaf 21, sekali lagi beliau diberi kepercayaan untuk bersama-sama memacu akhbar ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Secara peribadi,  saya sendiri sebagai peneraju kelab telah mendapat perhatian yang istimewa dari Encik Norden demi untuk kebaikan kelab.  Setiap idea yang timbul dibincangkan dalam suasana penuh harmoni dan penuh perasaan kasih sayang umpama sebuah keluarga.

Seingat saya,  tidak pernah barang sekalipun idea dari kami tidak mendapat maklumbalas yang positif dari Encik Norden mahupun dari ALAF 21 Sdn Bhd.  Ini memudahkan kelab untuk terus bergerak dan mendapat pelbagai bantuan dan kerjasama sepenuhnya dari ALAF 21 Sdn Bhd.

Diharap,  Encik Norden masih terus sudi untuk membantu kelab,  hatta beliau tidak lagi berada di kerusi Pengurus Besar ALAF 21.

Yang pasti,  kami akan terus ingat JASA - Encik Norden selama hayat dikandung badan.

Akhir kata dari - KELAB PEMINAT NOVEL ALAF 21  -   ALAF 21 FC kepada Encik  Norden:

"Semoga sukses ditempat baru,  dan  TERIMA KASIH wahai  TUAN  SIFU!"




Abang Long.
Pengerusi  Kelab Peminat  Novel  ALAF 21  -  ALAF 21 FC.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati