Sungguh santai pertemuan yang diadakan di Teratak Ixora,  kediaman milik novelis IRIS IXORA.  Hampir dua tahun tidak bertemu,  apatah lagi jarak geografi yang memisahkan kami.  IRIS IXORA masih lagi menikmati keindahan dan menjadi sebahagian warga Istanbul,  Turki.



Aku tiba hampir jam 6 petang.  Bila ku dapati pentadbir blog kelab,  Pokcik Mersik,  telahpun tiba lebih awal dari aku.  Aku ditemani oleh isteri dan anak - anakku yang begitu riang bila berada di kediaman IRIS IXORA.



Sambil menjamu selera dengan masakan kampong,  kami berbual tentang pelbagai perkara.  Khususnya aktiviti penghasilan novel seterusnya.  Dan kami juga mendapat lebih banyak gambaran tentang negara Turki. Sungguh,  kami terasa begitu kagum dengan apa yang dikisahkan oleh IRIS IXORA.  Apatah lagi dengan suara IRIS IXORA yang begitu lembut dan bersopan.



Kediaman IRIS IXORA yang berkonsepkan Inggeris dan sedikit campuran nusantara,  benar - benar mendamaikan pertemuan yang berlangsung.  Tidak sedar waktu begitu pantas berlalu.



InsyaAllah,  novel beliau seterusnya akan berada dipasaran.  Sungguhpun beliau terpaksa bertungkus lumus mengejar waktu.  Namun,  komitmen kearah itu harus dipuji.



Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang bergambar kenang - kenangan sewaktu pertemuan itu berlangsung.  Apatah lagi mendapat keizinan dari tuan punya kediaman yang begitu ayu dan sopan santun.


Dengan suasana yang begitu mendamaikan,  tidak mustahil,  IRIS IXORA akan mampu melakukan yang terbaik untuk novel beliau yang akan datang.  Dan InsyaAllah,  IRIS IXORA akan menetap kembali ditanah air tercinta,  tidak lama lagi.




Apapun,  kami dari pihak  Kelab Peminat Novel ALAF 21.  Dengan ini merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga atas kesudian IRIS IXORA menjamput kami untuk petemuan yang sungguh bermakna itu.




Sinopsis : CAMAR YANG PERGI DILARA seorang gadis miskin yang tidak habis sekolah, sering berkhayal untuk berdampingan dengan pemuda yang kaya-raya. Namun, bila difi kirkan, mana mungkin dia dapat duduk setaraf dengan golongan elit? Apatah lagi berkahwin dengan jejaka idaman kalbu yang digilai oleh ramai gadis.
 


Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah orang kaya bagi menggantikan ibunya yang sakit. Dalam diam, dia dapat mendampingi Orhan, anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama. Bila tidak memandang wajah lelaki itu, dia diamuk resah dan rindu yang membara.



Namun, apakan daya, Orhan sah menjadi milik Nesye. Akhirnya, Dilara membuang khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorang diri. Bagi Orhan pula, perkahwinannya dengan Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar-benar belum bersedia. Dalam diam, dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mata mereka bertemu, dia sebenarnya sudah jatuh hati.



Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama. Akhirnya, perceraian pun berlaku. Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara. Namun, bersediakah Dilara menghidupkan kembali khayalan yang telah dibuangnya itu?




Sinopsis : DAMAI KASIHKU SOFIA percaya bahawa cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Cinta tidak mengajarnya menjadi lemah, tapi membangkitkan kekuatan.Cinta tidak mengajarnya menghina diri, tapi menghembuskan kegagahan dan semangat.

 
Perlukah Sofia mendambakan cintanya kepada Robert? Dia tidak mahu perkahwinan yang bakal dibina semata-mata kerana cinta, sebaliknya lelaki itu perlu mendalami Islam yang sebenar. Namun, dia tidak menolak bahawa dia amat menyayangi dan mengasihi lelaki itu. Dia buntu...


Idham tidak pandai bermadah seloka. Namun, dia yakin dapat menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada Sofia. Namun, mengapa hati gadis itu masih ragu-ragu? Aduhai, jiwanya bergetar tatkala mereka bertentang mata.


Kehadiran Haikal bagaikan suatu rahmat dalam hidup Sofia. Haruskah dia terus berjuang untuk dinobatkan sebagai juara dalam pertempuran cinta ini? Ini akan terbukti bila dia melafazkan akad nikah dengan gadis pujaannya itu.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati