Isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat suaminya. Biarlah hidup rukun, harmoni dan berkekalan selama hayat dikandung badan. Aku menyangka dalam hasil karya terkini Sri Diah ini, beliau akan mengkisahkan tentang doa seorang isteri, tetapi sangkaan aku meleset dan jauh dari ramalan. Hasil garapan terkini Sri Diah - DOA BUAT SUAMI, ternyata mengambil pendekatan bukan seorang tetapi ramai pelakon atau watak isteri - isteri yang mendoakan yang terbaik buat suami dan keluarga.
Sejujurnya, pada mulanya aku terkeliru dengan hasil karya Sri Diah. Akibat ghairah untuk membacanya. Aku terus membaca dan menghayati setiap bait yang tersusun indah. Namun, ops ! Aku keliru. Siapakah watak 'AKU' yang sebenarnya ?
Aku mengambil keputusan untuk membaca dari muka pertama ... sekali lagi !
Inilah kelainan yang aku rasakan amat menarik. Watak 'AKU' dipegang oleh ramai orang. Dari satu segi, ianya ADIL. Kerana cuba menggambarkan situasi sebenar yang dialami oleh setiap watak 'AKU.'
Aku sungguh terharu. Itulah perasaan aku bila seorang penulis sedaya upaya untuk cuba menyedarkan masyarakat bahawa taraf seorang Andartu atau Andalusia atau apa sahaja gelaran kepada seorang gadis yang lewat berkahwin bukanlah hina disisi agama Islam !
Watak 'AKU' yang dipegang oleh Hazwani, merupakan seorang gadis yang telah meningkat usia. Tetapi belum berkahwin dan belum mengecap nikmat berumahtangga. Aku tersenyum. Kerana Hazwani merupakan seorang Andartu atau Andalusia yang memiliki 'saham' yang begitu tinggi !
Hazwani, bukan sekadar 'dikejar' oleh seorang anak teruna, malah 'dipuja' oleh suami orang, dan lebih hebat dari itu, 'digilai' oleh seorang yang bertaraf 'datuk.'
Persoalannya ialah. Apakah ciri - ciri yang dimiliki oleh Hazwani, sehinggakan beliau 'dikejar', 'dipuja' dan 'digilai' oleh makhluk Allah yang bernama LELAKI ? Siapakah calon suami pilihannya ? Hendak tahu jawapannya ? Sila dapatkan novel DOA BUAT SUAMI dipasaran segera !
http://www.alaf21.com.my/sinopsis/sinopsis.asp?ID=489
http://www.alaf21.com.my/sinopsis/sinopsis.asp?ID=489
6 comments
Comment by Anonymous on 3:38 PM
Salam tuan, saya sudah membacanya - memang beliau mengangkat kedudukan anak dara tua- bagus. Ada sikit motivasi dan seperti selalu karya beliau ada kelainannya. Setiap novel ada kelailnan teknik... itu yang saya dapat rasa. thanks.
Comment by Abang Long on 5:22 PM
Kepada Anonymous.
TERIMA KASIH atas komen anda.
Cuba, rasanya lebih mesra andainya sesiapa sahaja yang meninggalkan jejak disini memberikan atau meletakkan nama sebenar.
Comment by Anonymous on 12:49 PM
Salam tuan;
Saya selalu menanti tulisan Sri Diah, beliau tidak kerap menghasilkan novel lately, mungkin sibuk kerja agaknya. Tapi sesekali novelnya keluar memang best.
Tema yang dibawa kali ini lain sikit. Gaya penulisan juga lain. Teknik memang lain sebab semua orang boleh jadi `aku'. Saya suka gaya bahasanya yang matang. Novel KL Di mana Suamiku dan novel ini memang untuk orang dewasa. Saya suka watak Hazwani dan Datin Munirah. Saya juga suka nak jumpa Datuk Munir...
Sekarang saya menanti karya terbaru beliau. Salam saya utk Sri Diah.
Dayang Aminah,
Brunei Darulsalam.
Comment by Sri Diah on 1:41 PM
Salam kepada semua pembaca dan terima kasih banyak-banyak kepada Abang Long serta rakan-rakan pengendali blog ini.
Saya amat berterima kasih atas segala respon tentang novel terbaru saya DOA BUAT SUAMIKU. Sememangnya sokongan dan dorongan daripada pembaca amat saya perlukan untuk meneruskan minat menghasilkan karya yang lebih baik.
Novel ini saya tujukan khas kepada wanita yang terlajak usianya dan saya telah mengangkat darjat itu semulia-mulianya.
Sabagai wanita saya tidak mahu orang lain memandang rendah terhadap wanita yang berstatus andartu. Watak dan gaya perwatakan sertu tutur bicara Hazwani saya kawal sebaik-baiknya.
Saya juga menonjolkan kecekalan hati Datin Munirah yang tetap ada pride tersendiri. Cuma watak Iskandar tidak dijelaskan pengakhirannya.... mungkin akan sambung lagi agaknya...
Alhamdulillah, kini saya dalam proses menyiapkan karya terbaru. Doakan saya kuat menghadapi segala macam dugaan mendatang dalam melahirkan novel ini.
Saya sayang semua...
Comment by Kak anie on 10:41 PM
Salam...saya dah pun memiliki novel ini sebaik sahaja ianya berada di pasaran...tapi oleh kerana kekangan masa...maka saya masih belum mula membacanya...
Saya memang sentiasa meminati novel2 Sri Diah...terutama sekali KL, di mana suamiku...
Tahniah buat Sri...semoga akan terus berkarya dan menghasilkan novel2 yang bermutu dan sentiasa diminati ramai...
Comment by Marsya Rovena on 7:15 AM
THE BLUE SKIES
THE SHINING REFLECTION OF WWATER
BONUS PELANGISLOT :
> Bonus New Member 10%
> Bonus Deposit Harian 10%
> Bonus Cashback up to 15% [SPORT]
> Bonus Cashback up to 15% [SABUNG AYAM]
> Bonus Cashback up to 15% [SLOTS & TANGKAS]
> Bonus Rollingan 0.3% [POKER, SLOT]
> Bonus Rollingan 0.3% [TANGKAS, AYAM]
> Bonus Rollingan 0.8% [CASINO]
> Bonus Referral Togel :
-- 4D & COLOK : 1%
-- 2D & 3D : 0.5%
> Bonus Referral up to 2% [SPORT & SABUNG AYAM]
KETERANGAN LEBIH LANJUT HUBUNGI :
IG : slot_pelangi
Versi Web :
> www.pelangislot77.org
> www.pelangislot77.info
WHATSAP : +6282323351494
Post a Comment