Hari ini , Sabtu , 26 hb Ogos merupkan hari lahir untuk novelis kita yang comel lote iaitu
Shanika Latisha. Usianya genap... Hmm berapa ya? Lebih kurang setengah abadlah gitu. Namun sudah cukup untuk mematangkan beliau dalam meniti hari-hari yang berlalu serta menempuhi kehidupan yang berbagai cabaran ini.
Alaf21 FC mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada penulis thriller nombor 1 Malaysia, iaitu Ramlee Awang Murshid kerana telah berjaya memenangi Hadiah Sastera Sabah 2004/2005 melalui novelnya , BAGAIKAN PUTERI.
Tentunya penghargaan ini begitu bermakna buat penulisnya kerana novel tersebut menjadi pilihan oleh ahli panel yang terdiri daripada golongan profesional Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sudah lama tidak bersua dengan penulis yang berasal dari Penang dan kini menetap di Singapura. Tak lain ialah Eka Fahara. Agak lama juga beliau tidak datang kemari.
Hinggalah beberapa minggu yang lalu, kerap juga penulis ni datang ke mari. Tentu ada hal-hal tertentu yang membawa beliau ke mari. Dan tentunya, semua tahu bahawa novel barunya sudah berada di pasaran.
Novel beliau yang ketiga ini telah siap dicetak akhir bulan lepas dan kini telah memenuhi kebanyakan kedai di seluruh negara.
Dan saya juga tidak melepaskan peluang untuk menemui beliau yang kebetulan menginap di salah sebuah hotel di Shah Alam dua minggu yang lepas.
Pertemuan lewat petang itu berlangsung dengan meriah dan santai. Maklumlah, lama tak berborak-borak selain mengetahui perkembangan terkini penulis yang pernah menulis novel Kabus kasih dan Nilai Cintamu itu. Bersama-sama suami tersayang, En Idrose, yang nampak awet muda tu, kami berehat di kedai kopi di bawah hotel tersebut. Ni kira macam ngeteh-ngeteh jugak lah.
Pertemuan yang sempat berjumpa di Shah Alam baru-baru ini kelihatan ceria dan seronok. Kedatangannya mengikut urusan kerja suami, beliau juga rusan
“Lega hati akak novel ni dah keluar. Kalau nak diikutkan memang ada masalah. Tapi syukurlah...semuanya dah selesai,“ luah Eka Fahara dengan senyuman manis.
“Akak tadi singgah di Alaf21. Biasalah ada urusan sedikit. Sambil-sambil tu, membeli belah buku-buku sekali... Sesekali datang, tentu banyak buku-buku baru yang hendak dibeli.“ Ujarnya lagi.
“Habis tu... akak sesat tak?“ soal saya lagi menyebabkan dia tersenyum lagi.
“Masa mula-mula datang dulu memanglah sesat sebab Shah Alam ni kan banyak roundabout. Kali ni sesat juga, tapi tak lama.“ jawapnya sambil tergelak.
(Bersama penulis-penulis baru Alaf21 , dari kanan Lynn Dayana, Laila Kamilia dan Rose Harissa )
Kami berbual-bual tentang banyak perkara. Mengenai projek penulisannya, anak-anak, kehidupan di singapura serta kesibukan rutin hariannya. Apabila sesekali berjalan jauh ni, memanglah seronok. Letih juga, tapi kira berbaloilah. Lagi pun anak-anak semua dah besar. Tak susah kalau nak tinggal-tinggal. Anak yang sulong pula dan duduk asrama di kedah.
Eka Fahara senang sekali bercerita. Begitu juga dengan suaminya yang sesekali turut bercerita. Saya juga bercerita tentang perkembangan kelab serta projek-projek kami yang terkini.
Beliau kebetulannya sedang mengikut suaminya ke sini atas urusan kerja. Rajin sungguh dia. Sambil-sambil ikut tu, kalau ada masa bolehlah berjalan-jalan sekejap. Dan khabar-khabarnya tidak lama lagi, beliau akan ke luar negara tidak lama lagi untuk urusan yang sama iaitu mengiringi. Wah meriahnya.. entah-entah dia pergi ke tempat dalam novel belaian Jiwa tu tak? Yang ada Bangunan Opera House tu, di Sydney, Australia kut... Seronok nyer..
Apa-apa pun saya harapkan Eka Fahara ( Atau lebih mesra saya panggi Kak Eka sahaja ) supaya sentiasa terus cemerlang dalam bidang penulisan dan cerita bersama keluarga tersayang.
Terima kasih diucapkan diatas buah tangan yang diberikan. Seronok kami dibuatnya.
Kalau datang lagi ke Shah Alam ni, jangan lupa intai kami antara nampak. Nanti rindu-rinduan pula... alahaiii
Kepada sekelian peminat beliau, silalah dapatkan novel Belaian Jiwa di pasaran. Kalau nak tahu macam mana ceritanya, lihat semula ulasan dari Rosha (entri di bawah).
Eka Fahara juga boleh dilawati di blognya , http://ekafahara.blogspot.com
mersik
Salah satu penulis Alaf21 yang saya gemari dan minati , Eka Fahara. Eka adalah sorang yang berbakat malah juga mempunyai keperibadian dan rupa paras yang indah. Saya suka menatap wajah ayu beliau yang mana penuh dengan kelembutan. Tak hairanlah bila novel kali ini, beliau tampil dengan karisma yang beliau miliki maka diabadikan dalam rentetan cerita dalam Belaian Jiwa.
Saya mengikuti novel-novel beliau sejak dahulu lagi, Kabus Kasih dan Nilai Cintamu. Bagi saya, garapan beliau sememangnya tidak pernah lari dari episod cinta. Saya percaya pembaca novel genre seusia saya ini memang sukakan kisah cinta, pengorbanan dan erti kehidupan.
Alisya dan Hafizi saling menyintai antara satu sama lain. Walaupun Alisya yang lebih tua dari Hafizi, bukan menjadi penghalang kepada kisah cinta mereka berdua. Namun, kasih sayang yang tercipta tidak direstui oleh Tengku Amnah, bonda kepada Hafizi. Tengku Amnah telah memberi amaran kepada Alisya supaya meninggalkan Hafizi kerana Alisya tidak layak menjadi menantu yang tidak tahu asal keturunannya.
Kemelut cinta mereka disusun dengan teratur dan jelas memudahkan pembaca memahami perjalanan perkahwinan rahsia mereka seterusnya. Alisya dan Hafizi bernikah secara rahsia dan menjalani kehidupan rumahtangga secara sembunyi dari pengetahuan ibu bapanya. Yang menarik dan menyerikan lagi cerita ini dengan kehadiran usik tawa, jenaka lucu dari adik-beradik Hafizi, iaitu Sabrina dan Atilia yang sentiasa menyokong dan menyayangi kakak ipar dan abang kandung mereka.
Mereka memberi kerjasama yang terbaik dalam menyorok kisah cinta ini daripada dihidu oleh Tengku Amnah. Ada beberapa adengan yang menyentuh hati saya sebagai seorang wanita dan isteri, di mana Hafizi walaupun nampak bersahaja, tetapi seorang yang caring dan romantik dan bersederhana dalam dirinya. Aura yang ada dalam dirinya membuatkan Alisya tidak dapat menjauhkan diri walaupun di luar sana ada seorang jejaka bernama Adim yang menaruh hati kepadanya.
Namun sejauh mana perhubungan suami isteri itu mampu bertahan? Apatah lagi sang isteri sering mendesak suami untuk berterus-terang sahaja? Dalam pada itu, ada pula kejadian di mana Alisya bertemu kembali dengan bekas tunangannya yang mana Zahri, adalah kawan baik suaminya. Membuka kembali sejarah yang terlipat rapi dalam kenangan.
Saya sungguh seronok membaca cerita ini. Tahniah pada Alaf21 kerana dapat bertahan menghasilkan buku-buku yang baik kualitinya.
Dan juga buat Eka Fahara, selamat berkarya dan semoga kejayaan dan kebahagiaan itu milik anda sekeluarga.
Salam Sayang,
-rosha.
SEPANJANG tahun 2007, aktiviti Alaf 21 menjual buku-buku sangat padat termasuklah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lepas. Kini, lebih banyak lagi peluang anda untuk memeriahkan gerai Alaf 21 dengan mendapatkan pelbagai jenis buku. Ada yang menarik lagi... diskaun yang berpatutan bagi setiap buku yang dibeli pasti membuatkan anda teruja.
Bila dan di mana lagi Alaf 21 buka gerai? Haa... sila lihat jadual di bawah. Pastikan betul-betul tarikh dan tempatnya. Kemudian anda ajak keluarga, suami isteri, rakan-rakan dan sesiapa sahaja untuk bertandang ke gerai kami. Staf kami akan melayan anda seadanya... .jpg)
Sumber dari web Alaf21 ,
http://alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/jualan/default.htm
Apalah ertinya majlis membaca naskhah kalau tidak mempunyai pembaca yang penuh semangat melontarkan suara pada fragmen-fragmen tertentu novel-novel yang paling diminati.



Paling jauh sudah tentu penulis dari Indonesia iaitu saudara Arlena Arlan Gucci yang begitu berbesar hati dapat bersama-sama Kelab Alaf 21 FC, memeriahkan majlis PasiNo tersebut. Dia yang dipelawa untuk membaca salah satu dari novel Ramli Awang Murshid, tidak pula menolak malahan menyambutnya dengan hati yang sangat gembira.

Inilah dia para pembaca yang sudi tampil ke atas pentas membaca naskah dari buku-buku tulisan Ramle Awang Murshid.
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.010 years ago
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 110 years ago
-
Setahun bersawang...12 years ago
-
-
-
Happy New Year15 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200818 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....19 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)




.jpg)