Salah satu penulis Alaf21 yang saya gemari dan minati , Eka Fahara. Eka adalah sorang yang berbakat malah juga mempunyai keperibadian dan rupa paras yang indah. Saya suka menatap wajah ayu beliau yang mana penuh dengan kelembutan. Tak hairanlah bila novel kali ini, beliau tampil dengan karisma yang beliau miliki maka diabadikan dalam rentetan cerita dalam Belaian Jiwa.

Saya mengikuti novel-novel beliau sejak dahulu lagi, Kabus Kasih dan Nilai Cintamu. Bagi saya, garapan beliau sememangnya tidak pernah lari dari episod cinta. Saya percaya pembaca novel genre seusia saya ini memang sukakan kisah cinta, pengorbanan dan erti kehidupan.

Alisya dan Hafizi saling menyintai antara satu sama lain. Walaupun Alisya yang lebih tua dari Hafizi, bukan menjadi penghalang kepada kisah cinta mereka berdua. Namun, kasih sayang yang tercipta tidak direstui oleh Tengku Amnah, bonda kepada Hafizi. Tengku Amnah telah memberi amaran kepada Alisya supaya meninggalkan Hafizi kerana Alisya tidak layak menjadi menantu yang tidak tahu asal keturunannya.


Kemelut cinta mereka disusun dengan teratur dan jelas memudahkan pembaca memahami perjalanan perkahwinan rahsia mereka seterusnya. Alisya dan Hafizi bernikah secara rahsia dan menjalani kehidupan rumahtangga secara sembunyi dari pengetahuan ibu bapanya. Yang menarik dan menyerikan lagi cerita ini dengan kehadiran usik tawa, jenaka lucu dari adik-beradik Hafizi, iaitu Sabrina dan Atilia yang sentiasa menyokong dan menyayangi kakak ipar dan abang kandung mereka.

Mereka memberi kerjasama yang terbaik dalam menyorok kisah cinta ini daripada dihidu oleh Tengku Amnah. Ada beberapa adengan yang menyentuh hati saya sebagai seorang wanita dan isteri, di mana Hafizi walaupun nampak bersahaja, tetapi seorang yang caring dan romantik dan bersederhana dalam dirinya. Aura yang ada dalam dirinya membuatkan Alisya tidak dapat menjauhkan diri walaupun di luar sana ada seorang jejaka bernama Adim yang menaruh hati kepadanya.

Namun sejauh mana perhubungan suami isteri itu mampu bertahan? Apatah lagi sang isteri sering mendesak suami untuk berterus-terang sahaja? Dalam pada itu, ada pula kejadian di mana Alisya bertemu kembali dengan bekas tunangannya yang mana Zahri, adalah kawan baik suaminya. Membuka kembali sejarah yang terlipat rapi dalam kenangan.

Saya sungguh seronok membaca cerita ini. Tahniah pada Alaf21 kerana dapat bertahan menghasilkan buku-buku yang baik kualitinya.


Dan juga buat Eka Fahara, selamat berkarya dan semoga kejayaan dan kebahagiaan itu milik anda sekeluarga.

Salam Sayang,
-rosha.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati