Desas desus mengatakan sekarang ini ramai novelis2 lama telah mula habis menyiapkan draf terbaru novel masing2 dan bersedia untuk dinilai. Beberapa novelis yang kami temui juga sedang mengedit manuskrip mereka diperingkat akhir. Wah! Tak lama lagi, tentu akan keluar novel2 mereka dipasaran, yang seringkali di tunggu2 oleh peminat mereka. Tidak termasuk juga novelis2 baru yang diketengahkan bakat2 mereka oleh pihak Alaf 21.

Namun tuh ler, bila di tanya atau disuruh cerita sikit, masing2 kata “ Biarlah Rahsia “ ..ataupun hanya tersenyum simpul. Ini mesti menjangkit Siti Nurhaliza nih kekeke. Pening kepala pokcik.. Agaknya memang cam tuh ler kut. Saja nak buat gempak orang. Supaya perasaan keterujaan didalam diri pembaca semakin tinggi dalam pada menanti itu.


Tahun depan, Alaf21 akan jadi lebih sibuk. Tentu warga kerjanya terutama para2 editor akan “ tak menang tangan “ untuk memproses manuskrip2 yang banyak tu. Namun dengan tenaga kerja yang mahir serta perancangan yang teratur, itu semua tak jadi halangan. Setiap bulan akan ada buah tangan terbaru dari Alaf21.

Anda semua , jangan lupa kumpul duit banyak2. Manalah tahu dapat bonus hujung2 tahun nih , selain dari nak uruskan anak2 sekolah, nak simpan kahwin, nak pergi jalan2 makan angin atau itu ini, bolehlah juga simpankan sikit2 untuk beli novel.

Jualan terbuka di premis Alaf21 akan di adakan pada Bulan ini iaitu hari Isnin 27 Nov hingga 28 Nov. Jom lah kesana kalau nak dapatkan buku2 yang terbaru serta diskaun hebat 30%. Jangan lupa ajak kawan2 sekali atau keluarga. Tentu banyak yang hendak dibeli.

Harap2 Alaf21 akan adakan lagi satu jualan pada bulan Dec nanti. Dan kalau boleh, tiap2 bulan.. lagi meriah gitu.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati