Melangkahkan kaki ke rumah terbuka novelis Damya Hanna di Taman murni, Cheras, hati kami jadi sedikit terperanjat. Dari jauh rasa2nya macam ada majlis kenduri kahwin, nampak sungguh meriah dan besar. Namun pabila disapa oleh ayahnya Hj Ramli, barulah kami faham rupa2nya memang agak ramai yang dijemput untuk majlis hari itu. Jemputan bagi pihak keluargalah kiranya tu.

Damya Hanna nampak sibuk sekali. Kejap2 masuk dalam rumah, kejap2 ambil air, kejap2 ambil makanan. Tapi, sempatlah juga dia meluangkan masa untuk berbual2 dengan kami.

Katanya, ramai juga yang datang sejak tgh hari tadi, dan dijangka akan ramai lagi yang datang. Majlisnya sampai ke malam. Tak apalah, buat sekali terus senang. Kalau penat pun sehari je. Terlanjur dah cadang nak buat nih baik jemput semua. Tapi tak ada masalah pasal tenaga kerja, ramai juga yang membantu. Kebetulan disekeliling kawasan rumah ayahnya ialah rumah adik beradik dan sedara mara.

Cerita tentang menu pula, ini buatkan saya rasa teruja. Apatah lagi pabila melihat satay yang bagai memanggil2 gitu. Ditambah pula dengan soto serta juadah2 lain yang keluar silih berganti.
Kebetulan pula kami datang selepas hujan, maka semakinlah rasa tak sabar2 nak menikmati makanan yang ada.

Kami dilayan dengan baik sekali terutama oleh ayah Damya, Hj Ramli yang galak bercerita tentang banyak perkara hingga jadi seronok kami mendengarnya. Walau Walaupun sudah 7 tahun bersara, namun beliau banyak pengalaman. Pengalaman sebagai polis dan juga dalam sukan takraw yang paling diminatinya.


(Damya bersama ayah bonda, Hj Ramli Samsudin dan Hajah Habibah Dahlan)

Sekali sekala dia tercerita juga pasal Damya Hanna semasa zaman2 sekolah dan awal pembabitannya dalam bidang penulisan. Ada juga kisah2 lucu mengenainya yang terlepas. Haa! Damya, kami dah tahu , dah tahuu..hik hik..

Tak tahu lah berapa kali dah kami menambah makan. Kami pun hairan, asyik penuh jek makanannya. Apatah lagi setalah di suruh2 oleh Hj Ramli sendiri. Aduh! sampai senak perut kami. Tapi, pakcik punya pasal, kami layanlah jua. Dan lagi, ada satu puding nih, apa tah namanya, memang sedap dan unik. Kalau tak silap, mereka namakannya “Mahkota Berderai”. Hah! Bukan main tu namanya, mungkin nanti Damya boleh tolong tunjukkan cara2 membuatnya.

Dalam masa yang sama ramai juga tetamu yang hadir , kawan , saudara mara dan juga novelis. Oh! siapa tuu ? Haa..nanti2lah cerita..

Pukul 6 lebih, kami minta diri untuk beredar. Kami rasa gembira sangat. Budi baik mereka sekeluarga memang tak dapat dilupkan. Walaupun seketika tapi rasa macam dah kenal lama, sungguh mesra gitu.

Kami ucapkan terima kasih banyak2 pada Damya sekeluarga, terutama ayahnya Hj Ramli, ibu Hajah Habibah serta adik beradiknya yang lain. Semoga dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera hendaknya.

Buat Damya pula, semoga success dalam business nya dan teruskan menulis hingga berjaya.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati