Sedari awal mengetahui ada bengkel tersebut di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), saya tidak sabar menanti harinya, bagai pengantin menanti di sarung cincin layaknya. Apa tidaknya, 2 orang novelis terkenal tanahair akan berkongsi pengalaman dan kejayaan mereka dengan kami semua. Anda hendak tahu siapa mereka berdua itu? Kalau nak tahu, mari ikut saya dalam siri pengembaraan kali ini.
Saya dan Mersik sama-sama berjanji (cewah..) menghadiri bengkel tersebut. Mersik dari Shah Alam sudah tiba seawal 8 pagi sementelaah saya masih di Ampang untuk menghantar anak ke sekolah. Nasib baik tiada kesesakan lalu lintas. Maka saya tiba tepat pukul 8.30 pagi seperti dijadualkan. Para peserta sedang beratur untuk mengesahkan kehadiran. Mersik yang sedang beratur di Line 1 segera saya sapa. Kami berbual sebentar sebelum berpisah untuk ke dewan yang disediakan. Anis Ayuni yang perasan kehadiran kami turut menegur. Sungguh tak disangka kami akan hadir untuk bengkelnya. Tidak lama kemudian peserta mula masuk ke dalam dewan kerana majlis peresmian akan dimulakan sebentar lagi. Saya memilih barisan paling hadapan untuk mendengar dan melihat dengan lebih jelas. Maklumlah orang kecil…
Lebih mengujakan kerana Aziezah iaitu emcee Pasino 1 turut hadir bersama. Berbagai perkara yang kami bualkan. Saya juga bertemu kawan sekolah yang sudah lama tidak bertemu iaitu Puan Norazmah. Anda tentu tau bila sudah lama tidak bersua, sudah pasti masa itu teramat berharga untuk diisi bersama. Tidak kurang juga kawan baru yang menjadi akrab. Itulah seronoknya menghadiri bengkel ini.
YB En. Raslin Abu Bakar , Pengarah Perpustakaan Negara (berbaju kuning ) telah berbesar hati memberikan sepatah dua kata sekaligus merasmikan bengkel penulisan ini. Sebelum saya terlupa, bengkel penulisan telah di adakan serentak dengan bengkel melukis kartun bersama kartunis Mohd Azhar Abdullah. Tidak pula saya ketahui ada banyak aktiviti di PNM. Kami diberi senarai aktiviti sepanjang tahun. Wah... memang penuh dengan aktiviti.
Kami dijamu sarapan pagi dengan makaroni dan mee goreng. Ada juga kuih muih yang sudah semestinya semua enak belaka. Tidak rugi kami datang menghadiri bengkel ini ditambah lagi ianya percuma!
Acara dimulakan dengan memperkenalkan para novelis yang rasanya tidak perlu disangkal kehebatan mereka. Siapa lagi kalau tidak Puan Norzailina Nordin dan Puan Anis Ayuni. Kalau anda nak tahu, para peserta bukan saja terdiri dari kalangan pelajar sekolah, remaja malah ia disertai juga oleh golongan dewasa.
Ia menandakan bidang penulisan bukan saja diminati oleh kalangan remaja dan belia. Golongan dewasa juga tidak melepaskan peluang yang terhidang bagi menimba ilmu yang bermanafaat ini. Siapa tahu di kalangan kami ada bakal novelis yang akan berkerlipan kemilau cahayanya. Saya dapat tahu ada juga penulis yang telah menempa nama menjadi peserta. Kagum dengan mereka, walau telah mempunyai novel sendiri mereka masih terus menimba ilmu .
Puan Anis Ayuni mendahului penerangan bagi Sesi 1. Amat menarik kerana ia disertai slide dan kertas kerja bagi memudahkan kami memahami cara-cara dan selok belok menulis. Beliau memfokuskan pada komponen asas penulisan seperti, bagaimana untuk draf dan mereka plot sesebuah novel selain mengambil kira ciri-ciri yang perlu ada dalam sesebuah novel.
Kami juga diberi ujian dengan menyambung novel yang disediakan mengikut idea kami. Berbagai-bagi jawapan yang diberi yang menimbulkan kelucuan. Tanda bacaan, kosa kata dan kata hubung antara perkara yang tidak harus dipandang ringan. Bijak menggunakan ayat yang menarik akan membuat pembaca seronok dengan penulisan kita. Amat penting juga agar kita tidak ‘syok sendiri’ dengan membina kata-kata hebat walhal ia tidak memberi sebarang makna yang boleh menarik pembaca.
Sesi 2 oleh Puan Norzailina dimulakan selepas merarau , berehat dan solat. Hah, Kami juga baru tahu bahawa “merarau“ itu bermaksud makan tengahari dalam bahasa Iban. Maka tidak berhentilah perkatan merarau itu keluar dari mulut sebahagian kami.
Masih terasa keenakan makan pagi kini dihidang pula dengan hidangan yang lazat dan enak. Pendik kata saya dan Mersik memang kenyang betul.
Puan Norzailina lebih fokus pada motivasi diri agar kita lebih berdaya kreatif dan mengambil inisiatif untuk merealisasikan impian. Kita mesti ada forcing power maka sikap malas dan tidak bersungguh-sungguh mampu kita singkirkan. Paling utama kita kena disiplinkan diri supaya diri lebih tumpuan dan bersemangat. Orang sekeliling penting juga bagi memainkan peranan penggalakan pertumbuhan ilham dan masa untuk mencipta.
Walau apa jua yang kita lakukan, kita wajar mengambil langkah-langkah positif agar tidak tersilap membuat percaturan. Jadikan diri sebagai penulis yang unik dan berbeza dari novelis yang lain maka di situ kita akan ada trademark yang mudah dikenali pembaca.
Itu adalah antara tips-tips yang dikongsi bersama kami. Rasa macam tidak puas untuk mengetahui lebih banyak lagi tapi masa tidak mengizinkan. Hujan yang lebat di luar agak menggusarkan. Apapun kami amat berterima kasih dengan kedua novelis tersebut yang sudi meluangkan masa untuk kami di waktu hujung minggu.
Diharap ada lagi peluang sebegini untuk kami.
Ina
Nota : Gambar-gambar adalah insan dari Blog Pn Norzailina.
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.08 years ago
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 19 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
2 comments
Comment by azieazah on 3:46 PM
Yer... terimakasih INA.. catatan pengalaman di Bengkel Penulisan Kreatif PNM..
Tak sangka juga bertemu INA dn MERSIK di sana.. Seronok betul bila ada kenalan di program sebegini..
Bengkel yang amat berguna dan banyak petua yang dipelajari..
Apapun maaf tidak dapat menunggu lama selepas bengkel (malah tak sempat beramah pun dengan novelis) kerana harus segera ke KL Sentral kerana ada temujanji lain..
Selamat Maju Jaya juga buat INA..
Comment by Anonymous on 10:10 AM
rugi tak join sama..
Post a Comment