Ada satu lagi cerita menarik dari kawan kita ni tentang pesta buku. Noor Ain dan adik iparnya, Suzanna tidak melepaskan peluang untuk kesana memeriahkan suasana. Kita ikuti ceritanya..

Pagi Sabtu 5 April 2008 jam 9.00 pagi keluar dari rumah. Destinasi dituju PWTC. Perancangan dibuat seminggu yang lepas. Adikku ditugaskan menjaga ayah. Hari itu merupakan ‘girls day out’ buat diriku dan adik iparku, Suzana.

Jam 10.00 pagi tiba di PWTC. Kami sangka kami orang yang terawal, rupa-rupanya ada lagi yang telah tiba lebih awal. Malah lebih ramai pula. Booth pertama yang dituju, sudah tentunya booth Alaf21. Pada masa itu, belum ada penulis yang tiba. Kami mengisi borang soalselidik Karangkraf, dapatlah cenderahati sikit..hehe.

Kembali semula ke booth Alaf21, kelihatan Kak Anis Ayuni dan 2 orang penulis baru. Apa lagi rak-rak yang tersedia diteroka untuk cari buku baru kak Anis. Bila dah dapat, terus terjah untuk dapatkan autograf Kak Anis. Terharu rasanya, kerana Kak Anis perasan bahawa tahun lepas muka ini juga yang minta autograf. Tak lupa juga bergambar kenangan dengan Kak Anis seperti juga tahun lepas.

Pada masa itu, Kak Norzailina dah pun tiba. Tanpa berlengah masa, saya pergi mendapatkan autografnya juga, dengan berbekalkan buku baru nukilannya yang baru dibeli. Sempat bertanya pada Kak Norzailina tentang novel angkasawan tu... macam real sungguh.

Merasakan seperti berada di sana. Kak Norzailina bagi tahu bahawa 5 bulan buat penyelidikan untuk merealisasikan novel tersebut. Kak Norzailina siap ada cenderahati buat peminat, iaitu cookies. Rasanya mesti dimasak sendiri. Caya lah..

Kami difahamkan penulis thriller no. 1 malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid belum tiba lagi. Lalu kami meronda-ronda ke booth-booth yang terdapat di tingkat bawah hingga ke tingkat dua. Berpeluh-peluh dibuatnya bila bilangan pengunjung makin bertambah.

Sempat beramah mesra dengan bekas penulis-penulis alaf21 yang telah membuka penerbitan sendiri atau di bawah penerbitan lain. Dari jauh Kak Aina Emir dah mengamit diri ini. Wah! Ingat lagi beliau. Tak lupa berposing dengan Kak Aina.

Jam hampir 1 petang. Satu lagi matlamat belum dicapai, iaitu berjumpa penulis Ramlee Awang Murshid. Dalam perjalanan dari tingkat satu ke booth Alaf21 di tingkat bawah, kami telah tergoda untuk melihat satu pelancaran buku yang akan dirasmikan oleh Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Vanidah Imran dan Sharifah Shahira.

Sangkaan kami bahawa pelancaran tersebut akan diadakan dalam masa terdekat meleset sekali. Penat kaki berdiri selama 1 jam lebih menunggu kehadiran tetamu kehormat. Kami beredar sebelum majlis pelancaran tamat, kerana objektif utama ialah booth Alaf21. Sempat jugak lah mengambil gambar Siti dan yang lain-lain selebriti tu.

Tiba di booth Alaf21, Suzana teruja apabila bertemu penulis favoritenya. Siapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid. Tanpa berlengah-lengah nota dihulurkan untuk diautograf. Hati jadi berdebar-debar pula. Selepas itu, senyum mula terukir lebar. Terima kasih Ramlee Awang Murshid!
Jam hampir menunjukkan ke pukul 3. Kami membuat keputusan untuk pulang saja. Dalam perjalanan keluar ke pintu utama, kami melalui booth di mana Dr. Sheikh Muzaffar, angkasawan pertama negara akan berinteraksi dengan peminat. Pada mulanya kami nak tunggu juga, tapi barisannya… huh, amatlah panjang dengan budak-budak sekolah.

Mungkin di lain kali sajalah. Kaki pun dah penat. Perut dah lapar.

Begitulah cerianya suatu hari di pesta buku!

Noor Ain

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati