KLASIKNYA KUSERU NAMAMU
Hai..bersua kembali. Kali ini anda akan saya hidangkan dengan sebuah novel yang indah bahasanya, yang kaya budinya, yang dalam ilmunya. Tersirat duka dalam suka. Amanah yang di sua mengikat diri hingga melara. Namun kekuatan jiwa dan semangat yang jitu, segala ulah dapat dirungkai.
Sekiranya anda ingin memiliki sebuah novel klasik, bacalah novel ini, iaitu ‘KUSERU NAMAMU’ karya Ilani Mysara. Saya bagai ternampak-nampak, terbelek-belek, terpanggil-panggil akan buku hikayat yang pernah saya ulangi berkali-kali sewaktu kecil separti Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Malim Demang dan beberapa lagi yang sudah saya lupa tajuknya. Bagai teringat-ingat ceritera Puteri Begawan Solo atau Puteri Saadong. Ianya seperti kembali sewaktu saya menghayati novel ini.
Novel ini mengisahkan seorang puteri jelita yang terpaksa mengorban remaja demi keamanan keturunan sejagat. Dia sanggup melakukan apa saja walau tergadai nyawa demi mematahkan sumpahan Puteri Dewi Long Sri Wali turun temurun. Berbagai kekejaman dan sumpahan ke atas keturunannya yang mengakibatkan kematian yang bukan sedikit. Jiwanya tersentuh bila kekanda Dewi Sri Wali sendiri mati akibat melanggar sumpah agar tidak berkawin dengan keturunan orang yang paling di bencinya. Kematian kekandanya, Dewi Gemala Suria yang menyayat hati menyebabkan Dewi Sri Wali berikrar mencari kunci pematah sumpah.
Kesusahan demi kepayahan terpaksa ditempuhi. Ujian getir dan hebat di harungi demi merungkai sumpah trajedi.
‘Tujuh rambut keemasan di ubunnya (Puteri Dewi Long Sri Wali) perlu dicabut. Setiap satunya ternyata satu ujian satu sumpah. Sesungguhnya ia benar-benar menguji sejauh mana cucunda bertindak menghapuskannya.’
Itulah ungkapan Moyang Umo bagi menghapus sumpahan kejam tersebut.
Berbagai rintangan dan ujian yang bukan sedikit dihadapinya namun dia berjaya mengharunginya dengan semangat waja dan kental. Cinta yang baru berputik kecundang bila kekasih hati maut kerana perintah ayahanda kekasihnya sendiri, Tengku Bashir. Malah demi kesetiaan pada Tengku Beraim yang menyelamatkan maruah dari nafsu serakah ayahanda sendiri, kedua-dua adiknya sanggup mati bersama kekandanya dengan meminum racun pemberian ayahanda mereka kepada Tengku Beraim. Cinta yang tidak menyebelahi Dewi Sri Wali dan Tengku Beraim diakhiri dengan trajis amat memilukan hatinya. Di depan mata Dewi Sri melihat sendiri kesakitan kekasihnya menghadapi siksaan atas perintah Tengku Beraim.
Ada waktu Dewi Sri bagai kehilangan nyawa kerana kesakitan dan penderitaan yang ditempuhnya. Namun keampuhan semangatnya, menjadi kekuatan menentang kezaliman. Azamnya, selagai nyawa dipasak badan, selagi itulah hatinya bersumpah.
Keakraban Dewi Sri dan ayahanda bertujuh iaitu Moyang Umo, Tok Nisan Rumput, Tok Nisan Batu, Tok Cawang, Tok Sang Selidi, Puteri Mayang Mengurai dan Panglima Pusat Tasik Pauh Janggi begitu kuat dan kukuh. Masing-masing saling membantu dengan keiklasan. Sayangnya mereka pada Dewi Sri tidak bertepi. Tiap masalah mereka dibantu dan dihalusi oleh Dewi Sri dengan baik sekali.
Dewi Sri melerai kekusutan seorang gadis yang terfitnah. Gadis bisu yang berperibadi tinggi dan mulia tercemar nama baik dan disiksa tanpa diberi peluang membela diri. Kesucian seorang gadis dipersenda akibat hasutan syaitan yang beraja dihati. Dituduh berzina dengan suami orang walau kisah sebenar diputarbelitkan. Pak Imam angkuh dengan ilmu di dada tanpa belas menjatuh hukuman. Isteri yang berhati kejam sewenang-wenangnya mengaibkan suami sendiri di khalayak. Namun dengan kebijaksanaan Dewi Sri Wali, hijab terbuka. Namun segala penderitaan si gadis diakhiri dengan kematiannya. Itulah lumrah manusia, yang benar di kunci, yang songsang dipuji. Walau kebenaran mengundang maut, namun akhirnya kesedaran khalayak membuka hati yang tertutup dek pujukan iblis.
Saya amat tersentuh dengan gaya bahasa Ilyani Mysara mengolah tiap bait perkataan. Ianya sungguh indah dibaca sungguh mudah difahami. Melentur hati yang keras, melembut jiwa yang resah. Novel ini mengetengahkan kekuatan jiwa nan ampuh yang seharusnya dicontohi setiap insan. Apa guna kekayaan melimpah ruah jika ia bukan untuk kebajikan. Apa guna paras rupa yang rupawan jika ia kosong tak berpengetahuan
Jangan jadikan dendam penyudah sengketa. Iman dan sabar harus berjalan sama menghadapi tiap ujian. Pemerintah Pengkalan Larah yang bermusafir mencari kebenaran, adalah satu perjuangan yang tidak tersangkal. Kemenangan akhirnya berpihak pada kebenaran. Namun rajuk hati tiada berketurunan membuat Dewi Sri Wali membawa diri.
Ada sebab mengapa sumpah terlaksana. Ada rahsia mengapa Puteri Dewi Long Sri Wali begitu kejam hingga tergamak mencipta sumpahan. Cinta yang tidak kesampaian akibat sikap dengki saudara sendiri, mengakibat Puteri rupawan dan kekasihnya berpisah jasad namun dihati cinta tetap bersemarak. Siapa kekasih Puteri Dewi Long Seri Wali? Apa kaitan puteri dengan Dewi Sri hingga memaksa dia menderita sama melerai sumpahan?
Jiak anda ingi tahu, jangan lepaskan peluang memilikinya!
Novel ini mampu mengisi dahaga pada mereka yang ingin mencari kelainan isi dan cerita. Anda pasti berpuashati membaca novel ini. Tahniah buat bonda dan teruskan usaha menggali cerita yang penuh ilmu dan pengajaran. Novel yang sarat dengan ilmu dan cabaran, boleh membuka minda dan ketelusan.
Salam ukhuwah
ina
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.08 years ago
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 19 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
9 comments
Comment by Anonymous on 6:33 PM
jalan ceritanya sungguh menarik sekali..
ingin saya bertanya..
manakah penulis ini mendapat ilham untuk menulis novel ini?
ceritanya begytu terperinci sehingga sy memuji keindahan bahasa yg digunakan.
begytu indah sekali
Comment by Anonymous on 2:37 PM
novel ni mcm crta dongeng yg di terbitkan.mcm btul pun ad...
Comment by zan on 4:16 PM
nie cerite nie mesti di ambil kisahnye dari para rijalulu ghaib di tnah melayu kn...nie bukan cerite dongeng kn...sb sy suke mencari cerita2 mcm nie..n sy nk siasat sendiri...nie adalah hobi saya..
n sy sendiri berhubung dengan sesetengah dari mereka...sy cukup kenal mcm mana cara laku mereka... sgt sebiji seperti di dlm penulisan ini...
Comment by Unknown on 12:42 AM
bonda.. buatlah sambungan novel kuseru namamu..
Comment by Unknown on 2:05 AM
Bonda.. kita menanti sambungannya..
Comment by Unknown on 3:42 PM
assalamualaikum en klau tidak keberatan boleh diketahui siapa gerangan yang tingkahnya iras dengan watak di dalam novel ini...
#ainmard81.am@gmail.com
Comment by Anonymous on 2:54 PM
Bonda bermaksud baik barangkali,tetapi terang benar bonda menyuluh..walang hati anakanda..berkiaslah bonda,anakanda khuatir kelak periuk rompong jadi penyakit.....tulus dari anakanda,tumpah darah Rimba Piatu
Comment by Unknown on 7:49 PM
Aku dah baca buku ini cerita sangat best. Kawan pinjam tak pulangkan balik. Nk minta balik segan..
Comment by sayA Akma on 7:07 PM
Novel paling best sepanjang ku dh baca beribu novel huhu..Kalaulah dijadikan drama atau movie sayalah org yg paling excited sekali nak tengok😂..kwn pinjam tp x pulang2ðŸ˜
Post a Comment