Tiada perkataan yang mampu diucapkan selain rasa syukur yang tak terhingga serta penghargaan yang tak ternilai kepada Alaf21 di atas kelahiran novel pertama ini. Penantian beliau selama dua tahun akhirnya terlerai jua. Dan kini beliau mempu tersenyum puas.

Dia yang kami maksudkan adalah penulis baru Alaf21, iaitu Hani Fazuha, yang baru saja melahirkan novel sulungnya berjudul Mengukir Bahagia.

“Mula-mula memanglah kalau nak diikutkan memang macam lama menunggu, tapi berkat kesabaran dan harapan yang tidak putus-putus, akhirnya lahir juga buku ini,” ujar beliau yang kelihatan tersenyum saja melihat tulisannya kini sudah menjadi sebuah novel.

Beliau seorang yang ramah dan senang berbual. Walau pun pertama kali bertemu tapi rasanya seperti sudah kenal lama.

Beliau bertugas di Kajang dan tinggal di Seri Kembangan bersama suami dan kedua orang puteranya.

Menyingkap kembali permulaan minatnya itu, beliau memberitahu, pada mulanya, beliau cuma menulis secara perlahan-lahan hinggalah akhirnya lengkap menjadi sebuah manuskrip. Kemudian manuskrip tersebut dihantarnya ke Alaf21. Tak sangka Alaf21 boleh terima.


Sokongan dari pada suami juga banyak membantu menyemarakkan lagi minatnya terhadap dunia penulisan. Ditambah pula dengan minatnya yang suka membaca sejak kecil.

Antara penulis-penulis yang menjadi idolanya ialah Aisya Sofea, Sharifah Abu Salem dan ramai lagi.

Harapan beliau supaya novel sulung ini mampu menarik minat pembaca dan mesej yang dituliskan akan sampai kepada pembaca. Semoga para pencinta buku di luar sana akan dapat menerima kehadiran buku ini.

Beliau juga menantikan sebarang komen atau pendapat anda mengenai buku sulungnya ini. Kalau sudi, sila alamatkan ke email ,

hani_fazuha@yahoo.com atau lawati laman blog beliau di

http://hanifazuha.blogspot.com

Sinopsis Mengukir Bahagia ,


http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/to%20be%20change/N_MengukirBahagia.html

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati