Salam kepada semua. Semoga sentiasa ceria. Abang Long, Mersik, Salmah dan Kak Sri Diah Di kesempatan ini juga ingin saya mengucapkan ‘Selamat Menyambut Ramadhan’ untuk semua pengunjung blog ini. Agar Ramadhan tahun ini tidak kurang hebatnya, malah lebih bermakna dari yang sudah. Moga sentiasa dirahmati olehNya.
Ahad, 24hb yang lalu merupakan salah satu pagi minggu yang menyeronokkan untuk saya. Pertemuan bersama salah seorang novelis yang saya hormati dan minati akan penulisannya adalah penyebabnya.
Sesekali berinteraksi di alam maya dan adakala melalui sms, tidak saya nafikan beliau seorang yang mudah mesra. Sabtu malam, saya mencuba nasib menghantar mesej pesanan ringkas untuk berjumpa keesokan harinya. Alhamdulillah, beliau mempunyai sedikit kelapangan di sebelah pagi. Maka, tempat dan waktu pun ditetapkan, persetujuan dimeterai. Begitu mudah sekali!
Pagi yang indah dan cerah, tidak lupa saya hubungi teman bertikam lidah dan ketawa, tidak lain dan bukan, Mersik. Abang Long tidak ketinggalan. Ina pula agak jauh terataknya.
Tepat jam 10 pagi, Saya menunggunya di pintu masuk SACC Mall, Shah Alam. Ditemani oleh anak bongsu kesayangannya, dari jauh senyuman mesranya tiba dahulu sebelum yang empunya diri. Pertama kali sepasang mata saya menatap wajah yang empunya, hati berkata, ‘hmm...manis dan cantik.’ Pabila tangan bersambut, ciuman pipi berbalas, perasaan terharu! Keikhlasan beliau jelas terpancar di wajah nan lembut.
Restoran Uncle K Kopitiam, menjadi saksi akan pertemuan antara kami berlima. Sambil menikmati hidangan sarapan yang pelbagai, bermacam topik yang kami bualkan. Dari hal-hal negara, dunia penulisan, hinggalah yang remeh-temeh. Setiap waktu yang berlalu, sepi langsung tiada ruang kosong untuk mencelah. Acapkali juga ruang sederhana itu bergema dengan gelak ketawa kami.
Saya kagum dengan wanita ini. Seorang yang sentiasa sibuk dengan kerjayanya. Namun, masih punya masa untuk meluangkan waktu untuk keluarga dan juga kucing-kucingnya. Mampu pula berkarya menghasilkan penulisan yang sentiasa dinantikan peminat dan pengikutnya. Tidak pula lokek meluangkan masa untuk bersantai bersama teman dan taulan.
Penulisannya yang agak berbeza adalah salah satu aset yang dimiliki. Gaya serta kisah yang dipaparkan beliau sejajar dengan pembaca-peminat yang sering mengikuti perkembangan penulisan beliau. Secara tidak langsung, peminat setia sering ternanti-nanti dan turut tidak melepaskan peluang untuk memiliki setiap karyanya. Bak kata pepatah, kita menimba pengalaman bersama masa. Begitulah kesan penulisan beliau, pada pendapat saya. Tidak selamanya pembaca yang semakin matang mahu membaca kisah cinta remaja. Walaupun sebagai salah satu hiburan, dan tetap antara genre yang diminati ramai pembaca wanita, namun, karya yang lebih dewasa dari segi pemikiran dan penyampaian adakala menjadi pilihan utama.
Wanita waja ini juga tidak lokek dengan ilmu dan idea. Dua jam bersama beliau, banyak yang saya dan teman-teman cedok dari pengalaman dan pengetahuannya yang luas. Membuatkan masa yang berlalu terasa terlalu singkat. Walaupun hari liburan bagi kebayankannya, ia tetap hari bertugas untuk beliau.
Kepada anda yang pernah membaca atau memiliki Dendam Masrini, Selamat Malam Tan Sri, Kuala Lumpur Di Mana Suamiku, Mahligai Cinta, antara karya-karya beliau, tentu dapat meneka siapa beliau. Ya, hanya ada seorang Sri Diah, di kalangan novelis yang ramai di tanahair.
Semoga Kak Sri akan sentiasa sukses, terus berjaya dan dirahmati dalam apa jua bidang yang diceburi. Agar pembaca dan peminat akan sentiasa dapat menikmati hasil karya Kak Sri selagi diizinkanNYA. Moga ada pertemuan lagi antara kita. InsyaAllah. Pertemuan ini akan sentiasa diingatan. Terimakasih tidak terhingga kerana sudi meluangkan masa bertemu-bual mesra bersama. Dalam kesibukan, masa yang diluangkan amat bermakna dan dihargai sekali.
Haiku untuk Kak Sri
Wajah nan manis
Kemesraan nan ikhlas
Takkan dilupa
Salmah
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.08 years ago
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 19 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
One comment
Comment by Sri Diah on 11:23 PM
Salam untuk semua pelawat ke blog Kelab Peminat Alaf 21 - Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut kedatangan tetamu yang dinanti, Ramadan Al Mubarak. Semoga puasa kita tidak hanya menahan lapar dan dahaga semata. InsyaAllah.
Kepada Salmah yang mengirim catatan ini saya ingin merakam rasa terima kasih dan terharu atas kesudian menghabiskan masa berjam-jam bersama saya. Kenangan pertemuan itu terlipat rapi dalam sanubari...
Begitu juga buat Abang Long dan Mersik. Sesungguhnya saya amat berbesar hati dapat bertemu dengan you all bertiga. Salam.
Post a Comment