Bertemu dengan novelis kesayangan memang mengujakan apatah lagi jika bertemu dengan ramai NOVELIS-NOVELIS tersayang. Sungguh menyeronokkan! Apa-apa pun, saya mengucapkan tahniah buat Dhiya atas hasil novel keduanya yang sudah pun berada di pasaran. Semoga beliau akan terus menulis dan berusaha dengan jaya supaya menjadi penulis yang berjaya dan mempunyai karya-karya yang ngetop. Nota : Ikuti berita tentang majlis yang sama dari blog Gengkicap dan Dhiya Zafira sendiri.
Terima kasih buat Dhiya Zafira kerana sudi menjemput saya menghadiri majlis bersantai untuk meraikan Soft-launch novel beliau – RINDU BELUM BERHENTI. Dalam keadaan sarat begini memang sukar untuk bergerak.Namun kemuliaan hati Norzailina Nordin menumpangkan saya membuatkan saya rasa begitu terharu. Saya ucapkan jutaan terima kasih atas budi baik Norzailina. Tidak terbalas rasanya
Peluang bersantai pada 30 Ogos yang lepas tidak akan hadir buat kali kedua dalam waktu terdekat ini. Ibarat perjumpaan ramai sebelum menyambut bulan puasa..
Alhmdulillah, kami sampai lebih kurang pukul 10 pagi di Pizza Hut, Maju Junction. Saya yang kebetulan teringin hendak menjamah pizza, makin terbau-bau pula aromanya. Kecoh betul mak buyung ni! Suasana di awal pagi di Maju Junction Mall tidak begitu sesak.
Dhiya dengan mesra menyambut kami. Berseri sungguh wajahnya. Kelihatan beberapa temannya yang tiba bersama kami juga begitu ceria dan gembira. Saya yang tidak pernah menghadiri majlis sebegini sudah pasti teruja untuk mengetahui apa agenda di dalamnya. Mersik akhirnya tiba dengan relaxnya. Nasib baiklah ada Syafiq, anak teruna Lily Haslina buat peneman kaum adam, kalau tidak, dia tentulah jadi lelaki melayu terakhir.
Nak tau siapa novelis-novelis yang hadir? Hah, tu yang seronoknya. Novelis tersebut adalah tidak lain tidak bukan Dhiya sendiri, Norzailina,Lily Haslina, Eka Faraha,Laila Kamilia, Lynn Dayana dan Hezzy Azra. Tidak ketinggalan Silencez dan Dyea dari Geng Kicap, Carrie Kirana, Rinn dan beberapa teman Dhiya yang lain. Ija (ahli FC) yang sudah lama tidak bertemu turut hadir.
Majlis berjalan dengan penuh meriah dan akrab. Sup cendawan dan garlic bread kesukaan saya menjadi pembuka santapan. Berselera sungguh! Laila selaku pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran kami. Kami semua diminta memperkenalkan diri masing-masing maka riuh rendah ketawa dan usikan pada para hadirin. Kemudian beliau membacakan sinposis novel terbaru Dhiya serta meyentuh serba sedikit mengenai latar belakang penulis ini. Nampak santai saja tuan pengerusi majlis. Agaknya sudah biasa menguruskan acara yang sebegini, maklumlah, cikgu gitu. Dan seterusnya, yang ditunggu-tunggu pun sudah terbau-bau aromanya, Pizza yang berbagai jenis dan rasa, mula dihidangkan. Kami semua pun, apalagi...
Anda boleh memiliki novel tersebut di mana-mana toko buku atau pesan terus dari ALAF21. Novel kali ini agak menarik dengan isi dan jalan cerita yang berbeza dari novel pertama. Dhiya makin bijak menggunakan gaya bahasa yang menarik.
Dalam pada menjamu selera, rupa-rupanya ada cenderahati untuk semua peserta dan ditambah lagi dengan cabutan bertuah!! Memang bertuah siapa yang hadir!!
Apa yang boleh saya kata ianya adalah majlis santai, meriah dan ceria. Ada makanan, hadiah dan yang lebih seronok lagi apabila dapat berbual mesra dengan novelis-novelis yang ada. Sikap perramah dan sporting mereka membuat saya rasa selesa. Apatah lagi dapat kawan-kawan baru terutama Geng Kicap dan Carrie Kirana.
Majlis ini diadakan oleh novelis sendiri yang berinisiatif untuk sama-sama meningkatkan mutu novel Melayu. Di samping itu mereka juga saling menyokong diantara satu sama lain. Dengan adanya aktiviti yang sebegini, para penulis dapat berkumpul dan bertanya khabar mengenai diri masing-masing dan juga bidang penulisan.
Hubungan rapat dan baik antara novelis adalah satu cara terbaik meraih kekuatan minda dan rohani. Bertukar-tukar fikiran dan bersantai bersama pasti mampu memacu ilham lebih mantap dan menarik.
Apapun saya kagum dengan usaha mereka ini semua. Berkorban bersama ahli dan bersedia meluang masa untuk merealisasikan impian dan harapan mencipta dan berkarya bagi memenuhi permintaan peminat novel-novel Melayu. Saya doakan mereka terus sukses dan sukses.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan tahniah pada Dhiya dan semua novelis yang terlibat. Moga bertemu lagi di majlis seterusnya untuk persahabatan lebih akrab dan bermakna.
Tidak lupa buat Norzailina yang sabar melayan kerenah mak buyung sorang ni…
ina
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.08 years ago
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 19 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2008
(102)
-
▼
September
(11)
- Salam Aidil Fitri dari kami di Alaf21 FC
- Ulasan Novel : Sebutlah Namaku - Murni Aqila
- Sekitar majlis berbuka puasa dari Kelab RAM ( RAM ...
- Lagi ulasan Hijab Sang Pencinta
- Ulasan Trilogi novel-novel Ramlee Awang Murshid , ...
- Ramlee Awang Murshid live , esok!
- HIjab Sang Pencinta , TOP dia dua gedung buku besar!
- Ulasan Novel : Kerana Terluka - Aida Adriani
- Ulasan Novel : Kumohon Kasih - Haiza Najwa
- Sekitar Majlis Soft Launch Rindu Belum Berhenti - ...
- Puasa...
-
▼
September
(11)
One comment
Comment by Abang Long on 5:13 PM
TAHNIAH wahai adindaku DHIYA !
Semoga sukses ! RINDU BELUM BERHENTI memang best ! Menampakkan kematangan adinda dalam penulisan.
TERUSKAN PERJUANGAN - ALAF 21 FC sentiasa menyokong !
Post a Comment