Dalam kesibukan seharian yang tidak bertepi, saya hampir-hampir terlupa akan majlis yang dihadiri pada beberapa minggu yang lepas. Bertempat di Pizza Hut, Maju Junction Mall, KL, saya telah dijemput untuk ke majlis pelancaran dua novel terbaru dari Alaf21 iaitu Tika Rindu Berlagu – Lily Suriani dan juga Saat Kau Hadir – Laila Kamilia.

Oleh kerana Laila Kamilia berada di Berlin buat masa ini, maka hanya Lily Suriani saja yang hadir. Turut sama memeriahkan suasana adalah teman-teman penulis seperti Lynn Dayana, Norzailina Nordin, Eka Fahara, Shanika Latisya, Bikash Nur Idris. Tetamu lain adalah dari kalangan blogger, kelab msjbox , Putra FM, gengkicap dan lain-lain lagi.

Eka Fahara selalu pengacara majlis menjalankan tugas dengan baik dan memastikan majlis berjalan dengan lancar. Dia juga turut membantu untuk membuat persiapan bersama teman-teman penulis lain, sehari sebelum majlis bermula. Walaupun penat, namun hati puas.

Dalam majlis itu juga, Lynn dayana turut membacakan teks ucapan yang dikirim oleh Laila Kamilia yang jauh di rantauan. Walaupun jauh beribu batu, namun Laila tetap dihati kami semua. Apatah lagi buku terbarunya pun sudah memasuki pasaran. Bolehlah mengubat kerinduan perminat semua.

Majlis ini tidak lengkap kalau tak ada goodie bag, cabutan bertuah selain pizza yang beraneka rasa. Memang meriah sekali. Kenyang perut kami makan.

Tak lupa juga, hadiah untuk pemenang kuiz Tika Rindu Berlalu yang diiklankan di Putra FM. Dua orang students dari UPM berasa gembira mendapat penghargaan ini.

Pada pendapat saya, majlis sebegini memang sangat bagus dan kalau boleh, diteruskan di masa-masa akan datang. Bukan selalu kita dapat bertemu dengan teman-teman. Selain dari itu, ia juga dilihat sebagai promosi kecil untuk memperkenalkan produk terbaru dari penulis sekelian.

Walau pun teknologi IT sudah berkembang maju sejajar dengan dunia maya yang memudahkan kita, sekali sekali perlu juga “keluar“ untuk bertemu teman-teman, berbual-bual selain bertukar-tukar cerita.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih daun keladi kepada Lily Suriani dan Laila Kamilia kerana sudi menjemput kelab Alaf21 FC di majlis ini. Semoga buku kalian mendapat sambutan yang menggalakkan dan diterima ramai.

Saksikan juga rakaman video dari Laila Kamilia yang memperkatakan tentang novel terbarunya , Saat kau hadir , klik link di bawah,




Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati