Gempak! Ya itulah kalimah yang paling tepat sekali boleh saya sebutkan apabila mengingati saat Alaf21 mengadakan jualan buku pada hujung minggu yang lepas. Oleh kerana ini bukan kali pertama Alaf21 mengadakan jualan yang sedemikan, maka promosi awal di dada-dada akhbar, laman web , dan lain-lain medium memang amat dinantikan oleh para peminat semua.


Dan terbukti, pada tiga hari jualan buku di adakan, para pengunjung datang tidak henti-henti dan bertali arus. Dari seawal pagi sampailah ke petang, ada saja orang yang memenuhi lobby, kedai serta khemah yang didirikan di luar. Sampai jadi jem gitu…

Buku-buku yang beraneka jenis yang dijual dengan harga diskaun 30% adalah sangat berpatutkan. Hinggakan ada pengunjung yang membawa senarai seperti hendak bershoppping di Mall gayanya. Merenung dan membelek setiap rak-rak yang ada. Mereka mencari buku-buku dari penulis idola mereka, buku resepi, motivasi, agama dan kanak-kanak. Buku-buku yang panas-panas, baru siap dicetak dari kilang pun turut mendapat sambutan.
Ada yang datang membawa anak kecil, bersendirian, bersama keluarga atau dengan teman-teman saja. Dekat dan jauh, walaupun sesat dan berpusing-pusing di serata roundabout di Shah Alam ini, mereka tidak kisah… asalkan dapat buku-buku yang dihajatkan, itu sudah cukup membuat senyuman bertambah lebar, walau jenuh bahu dan tangan menjinjit beg-beg plastik yang sarat. Asalkan hati puas.

Saya yang datang menjengok ke sana pada petang Sabtu dan pagi Ahad, memang rasa terkejut melihatkan sambutan yang diberikan. Seperti tidak muat rasanya kedai buku Alaf21 ini, disesakkan oleh para pencinta buku yang datang. Mengalahkan Pesta Buku Antarabangsa di PWTC pula.

Unit langganan pun turut bertungkus lumus membantu mencarikan buku-buku untuk pelanggan. Kaunter pembayarannya juga effisient dan cepat. Pengurus Besar Alaf21 sendiri, En. Norden Mohammad juga turut turun padang, sama-sama membantu melancarkan perjalanan pesta buku tersebut.

Dan, tentu tidak meriah Pesta buku Alaf21 tanpa kehadiran penulis-penulisnya. Untuk pesta kali ini, Shanika Latisya, Murini Aqila dan Ramlee Awang Murshid menjadi kumpulan pertama bertemu pengunjung pada hari Jumaat.

Saya sendiri bertemu Hezzy Azra dan Emma Maizurah pada hari Sabtu dan hari Ahadnya pula, ada Hezzy Azra, Dhiya Zafira serta Lynn Dayana. Saya pun tidak sempat untuk bertemu semua penulis. Pada pengunjung yang sempat beramah mesra dengan mereka, tentu berasa sangat seronok. Apatah lagi bila mereka menurunkan tanda tangan di buku anda.

Apa-apa pun, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Alaf21 kerana mengadakan jualan seperti ini yang mana memberi peluang kepada pembaca untuk mendapatkan buku-buku dengan harga yang murah. Apatah lagi dapat pergi pada cuti hujung minggu. Semoga sambutannya akan lebih meriah di masa-masa akan datang.

Hidup Alaf21...

Mersik

* Teringatkan Air Sirap dan balang-balang kerepek di khemah luar. Kalau dah mengadap, asyik jadinya hik hik..



Nota : Sekitar majlis yang sama dari laman web Alaf21 , sila layari...


http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabualaf_dis08/default.html


http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabualaf_dis08/default2.html


http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/Pesta%20Buku%20Alaf%20Nov08/PESTA%20BUKU%20ALAFNOV80.html

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati