Petang semalam (23/12/2008), Abang Long telah bertemu dengan seorang AHLI Kelab yang juga peminat tegar novel ALAF 21 dan pelanggan setia majalah terbitan Karangkraf.

Pertemuan yang berlangsung di Restoran Pelita, Bangunan Masalam, Shah Alam, dikesempatan waktu rehat telah berlangsung hampir satu jam.

Sebenarnya, Abang long telah mengatur pertemuan itu untuk mengetahui kisah sebenar dan keseluruhan peristiwa yang terjadi. Dimana Puan Roziah baru sahaja berpindah ke Terengganu, malang sungguh nasib yang menimpa dimana rumah baru yang diduduki telah ditenggelami banjir.

Dalam emel awal yang dikirimkan kepada pihak kelab. Puan Roziah telah melahirkan kesedihan yang teramat sangat. Bukan sahaja perabut didalam rumah telah musnah. Bahkan, kata beliau novel - novel dan majalah terbitan Karangkraf yang menjadi HARTA yang paling disayangi beliau juga turut rosak dan musnah.

HARTA berupa novel - novel terbitan ALAF 21 dan majalah - majalah terbitan Karangkraf, telah dibeli secara borong di Shah Alam dan di pejabat ALAF 21. Dan jumlahnya mencecah ribuan ringgit. Kerana menurut Puan Roziah. Sukar untuk mendapatkan novel di Terengganu, khususnya ditempat tinggal beliau yang baru. Menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk BORONG disini.

Dalam nada sayu, Puan Roziah menyatakan bahawa yang lebih hiba apabila ada diantara novel - novel yang diborong itu, masih belum dibuka sampul plastiknya!
Sungguh memilukan juga, apabila majalah - majalah terbitan Karangkraf yang telah dijadikan koleksi selama bertahun - tahun lamanya, turut musnah.

Abang Long hanya mampu mendengar keluhan Puan Roziah, sambil mata menatap gambar foto kemusnahan HARTA, Puan Roziah yang diberikan sewaktu berlangsungnya pertemuan itu.

Kesengsaraan Puan Roziah ditambah lagi dengan suaminya yang baru pulih setelah menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dibahagian kepala.

Bagi pihak Kelab Peminat Novel ALAF 21, kami mengucapkan takziah atas apa yang berlaku.

Kepada Puan Roziah dan keluarga. Pihak Kelab berharap agar beliau tabah menghadapi ujian dan musibah ini.

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati