Perempuan lebih berilmu.
Setiap kali aku pergi ke mana - mana pesta buku, atau kedai buku, atau pameran buku, maka orang perempuan yang paling ramai. Ini tidak termasuk dikawasan universiti.
Adakah ini disebabkan oleh zaman ini memang orang perempuan sudah ramai dan melebihi kaum lelaki ?
Berbalik kepada kisah ramainya orang perempuan dikawasan ada 'buku'. Maka sebenarnya ini menimbulkan keadaan kurang selesa kepada kaum lelaki terutamanya. Sejujurnya, aku sendiri ada ketikanya pernah melihat dari jauh buku - buku yang ada dalam ruang pameran. Takkan aku nak 'bergesel dan mencelah' didalam kawasan begitu ramai orang perempuan.
Dan yang pasti, setiap kali mendapat kesempatan atau ruang untuk membelek buku. Maka aku dapati, orang perempuan pula yang terpaksa berdiri jauh dari aku dan melihat buku - buku yang berada diatas rak.
Memang tidak ada penyelesaian untuk perkara seperti ini. Takkan pihak penerbit atau syarikat hendak membuat dua lokasi untuk pameran buku.Masyarakat kita masih lagi bersopan walau dimana mereka berada. Hatta dikawasan untuk 'mencari ilmu' juga, mereka masih menjaga batas dan suasana harmoni.
Eh, tetapi dimana kaum lelaki?
Abang Long.
Top5 - Bebunga Kasih
-
Cerita ni sebenarnya da basi tapi aku nak juga tempek kat sini sebabnya...
- Aku malas nak tulis panjang-panjang
- Blog aku ni nampak macam dah bersawang
- ...
15 hours ago















2 comments
Comment by ieyra on 6:27 PM
kebanyakkan kaum lelaki lebih suka berada di gerai mamak daripada menghabiskan masanya mencari buku2 walaupun mereka minat membaca.....ini kerana ramai yang beranggapan bahawa kaum lelaki yang suka membaca terutama sekali novel merupakan lelaki yang berjiwa halus(sesetengah sahaja).....
Comment by alerts on 5:50 PM
gucci vintage
gucci online
gucci fashion
gucci uk
gucci bags
Post a Comment