"Saya ingat Pesta Buku dibuka pukul 9 pagi,  jadi sebelum pukul 9 saya dan keluarga sudah tiba di Kompleks PKNS."



Begitulah bersemangatnya peminat - peminat buku dan novel terbitan ALAF 21.  Hinggakan mereka terlepas pandang,  waktu sebenar gerai dibuka.


"Adik datang dari mana?"   Aku bertanya dengan senyuman melebar.




"Saya dari Morib,  adik saya dari Klang,  kawan - kawan saya dari sekitar Pandamaran ... memang kami rancang untuk bertemu semuanya disini ... pada pesta buku".




Alhamdulillah,  didapati semangat serta kemeriahan pesta buku bagi negeri Selangor ini memang tidak berkurangan.  Malahan bilangan gerai juga semakin bertambah.



Buat pengetahuan pengunjung blog ini.  Ada satu keistimewaan pada pesta buku di negeri Selangor ini.  Iaitu lokasi berlangsungnya pesta ialah di bangunan PKNS,  dimana,  dibahagian hadapan bangunan terletaknya Taman Tasek Shah Alam.  



Jadi,  tidak hairanlah,  ramai pembeli yang melepaskan lelah dan menghirup udara nyaman di sekitar Taman Tasek Shah Alam setelah penat berdiri dan bersesak - sesak.  Malah ramai juga yang mengambil kesempatan untuk berkelah.



Jadi,  kepada peminat buku,  jangan lepaskan peluang ini,  untuk mengunjungi Pesta Buku yang sedang berlangsung hingga 2hb Ogos.



Dan harap maklum.  Waktu gerai dibuka ialah dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati