Showing posts sorted by relevance for query Ramlee awang murshid. Sort by date Show all posts

Penghargaan buat Ramlee Awang Murshid dan Alaf 21 Sdn Bhd.

Penghormatan Buat RAMLEE AWANG MURSHID. TERIMA KASIH buat ALAF 21 Sendirian Berhad.

Sekali lagi sebuah majlis penuh penghormatan diadakan oleh ALAF 21 Sendirian Berhad untuk meraikan novelis yang bernaung dibawah bumbung ALAF 21.

Kali ini, majlis diadakan untuk menghargai novelis thriller tersohor negara, iaitu Saudara RAMLEE AWANG MURSHID.

Bersempena dengan kelahiran novel trilogi beliau, bermula dari BAGAIKAN PUTERI yang mencemaskan pembaca.Diikuti dengan CINTA SANG RATU yang mendebarkan, dan kini trilogi yang dinantikan oleh ratusan ribu peminat setia RAMLEE AWANG MURSHID, dengan muka hadapan novel yang menggambarkan seorang lelaki yang menghunus keris, akhirnya lahirlah -

HIJAB SANG PENCINTA !HIJAB SANG PENCINTA yang benar - benar 'terangkat' hijab yang menutupi segala rahsia.

Majlis yang dilangsungkan benar - benar meriah. Dan slot yang benar - benar memukau ialah bilamana terdapat aksi persilatan oleh dua orang pendekar. Namun, aku tertanya - tanya juga, "yang mana satu "mewakili" Laksamana Sunan ?"

Sejujurnya, bukan sahaja Saudara RAMLEE AWANG MURSHID yang 'tersentuh' dengan ucapan oleh Pengurus Besar ALAF 21, iaitu Encik Norden. Malahan secara peribadi, aku juga terkesan dengan lontaran kata - kata itu.

Ucapan itu terasa bagaikan 'terangkatnya' HIJAB SANG PENCINTA yang sebenarnya. Bilamana kisah silam 'dibongkar' kembali. Dari langkah pertama seorang insan yang bernama RAMLEE AWANG MURSHID untuk berkarya. Hinggalah menjadi seorang yang dihormati dan dikagumi.

Semuanya adalah hasil usaha tanpa jemu oleh novelis itu. Dan usaha gigih ALAF 21 untuk mengangkat maruah dan martabat novelis, khususnya yang bernaung dibawah bumbung ALAF 21.

Berbalik kepada program anjuran ALAF 21. Satu perkara yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun jua. Dimana selain dari pesta buku yang diadakan setahun sekali. Maka program seumpama itu, sebenarnya adalah sebuah majlis yang paling berprestij untuk mengiktiraf novelis. Maka setiap insan yang bergelar novelis tidak seharusnya melepaskan peluang untuk turut sama bagi memeriahkan majlis.


Program atau majlis seperti itulah sebenarnya yang boleh dan berupaya menghimpun atau mengumpulkan seramai mungkin novelis ALAF 21.

Bila sudah berkumpul, barulah tercetus idea untuk penghasilan karya seterusnya. Maaf, saya tidak bermaksud untuk memberikan panduan kepada sesiapa. Tetapi demi untuk melihat KESATUAN NOVELIS itu sendiri. Cuba bayangkan, seandainya terdapat kurang lebih 40 orang novelis. Dan kesemuanya hadir. Boleh dirasakan bagaimana meriah dan mesra serta 'kecoh' nya suasana ?

Akhir kata, saya mewakili pihak KELAB PEMINAT NOVEL ALAF 21 - ALAF 21 FC. Dengan ini mengucapkan TAHNIAH kepada RAMLEE AWANG MURSHID atas kelahiran trilogi kedua. Dan TERIMA KASIH diucapkan kepada ALAF 21 atas penghormatan yang diberikan kepada kelab.

Wassalam.

Mohamad Feroz
Presiden
Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC.

Sekitar majlis yang sama dari laman web Alaf21.

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/Pelancaran%20novel/launching_RAM/default.html

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Rumah PENA dan Dusun Tua Menjadi Saksi Program Kami

Pertama kali menjejakkan kaki di sebuah rumah kolonial di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, saya tertarik dengan persekitarannya yang nyaman dan menghijau.

Sabtu, 28hb Julai 2007, bersaksikan Rumah Pena, telah diadakan program PAsiNo yang pertama iaitu, Baca Naskhah Ramlee Awang Murshid. Program PAsiNo ini adalah salah satu aktiviti yang telah diperkenalkan oleh Kelab Peminat Novel Alaf21 atau lebih dikenali sebagai Alaf21 FC.

PAsiNo adalah singkatan bagi Program Apresiasi Novelis. Tujuan ia diperkenalkan adalah untuk merapatkan hubungan ukhwah antara penulis dan pembaca serta peminat pada karya-karya mereka.

Apa itu baca naskhah? Ia adalah satu kaedah atau teknik pembacaan karya (satu fragmen) dihadapan khalayak secara terbuka. Kepelbagaian kreativiti dan intonasi yang dilontarkan oleh seseorang pembaca naskhah tentu sahaja akan menjadikan naskhah tersebut lebih menarik untuk dinikmati, selain dari kekuatan naskhah itu sendiri.

Baca naskhah juga merupakan satu wadah mengekspresikan karya-karya tulisan novelis, selain menyatakan rasa penghargaan dan tanda sokongan terhadap novelis itu sendiri.



Kumpulan Gendang Gemala Kasturi, pimpinan Saudara Serunai Faqir, membuka tirai majlis dengan iringan musik yang sungguh merdu dan mendamaikan halwa telinga. Beberapa irama melayu telah didendangkan menggunakan pelbagai alat-alat musik tradisional seperti serunai, gendang ibu, gendang anak, dan gong. Lagu Bol Radha Bol mengakhiri acara.

“Baca Naskhah adalah sesuatu yang sinonim dengan para sasterawan. Ianya telah julung-julung kali diadakan dan bukanlah sesuatu yang baru hari ini. Namun inilah pertama kali ianya diadakan untuk novel popular. Program ini merupakan langkah awal untuk memartabatkan novelis-novelis novel popular.” Ini adalah antara ucapan yang dilontarkan oleh Saudara Zaifulnizam Wagiran selaku Pengarah Program pada hari tersebut.

Presiden Kelab, Saudara Mohammad Feroz @ Abang Long juga merakamkan rasa gembiranya dengan pengenalan program ini kepada masyarakat. Beliau juga berharap agar ianya adalah sebagai satu perintis untuk merapatkan hubungan antara novelis dan pembaca.

( Antara tetamu istimewa yang hadir, En. Norden Mohamed , Pengurus Besar Alaf21, Ramlee Awang Murshid. Di sebelahnya adalah En Feroz ( Abang Long ), Peneraju Alaf21 FC )

Majlis telah diserikan dengan pembaca-pembaca dari pelbagai lapisan umur dan bangsa. Peserta cilik, adik Nur Adilah dan Nur Izzati yang berusia antara 9-10 tahun, telah berjaya memikat hati para hadirin dengan bacaan yang santai dan intonasi yang bersahaja. Tidak ketinggalan, pembaca berbangsa Tionghua, Saudari Loke Li Hoon, turut menunjukkan bakat yang tersembunyi.
Para hadirin juga telah diperdengarkan bacaan fragmen dari seorang novelis dari Indonesia, Arlena Arlan Gucci. Antara novel tulisan beliau adalah ‘Surat Dari Tebing Barat’. Slanga Indonesianya dan penyampaian yang mantap, mampu membuat para hadirin terpegun. Tidak dinafikan, kepelbagaian cara dan teknik penyampaian oleh semua pembaca mampu memeriahkan majlis. Siapa sangka, novel thriller karya-karya Ramlee Awang Murshid mampu mencungkil bakat-bakat terpendam yang diketepikan selama ini. Sekaligus, membuktikan bahawasanya novel popular juga boleh dijadikan sebagai bacaan naskhah.

Novelis yang diraikan pada hari itu, Saudara Ramlee Awang Murshid, yang ditemani oleh isteri dan anaknya, turut melahirkan rasa terharunya. Antara ucapannya, beliau menyatakan bahawa ini adalah antara penghargaan yang tidak mungkin dilupakan. Beliau juga melahirkan syukurnya yang tidak terhingga kerana dapat menghadirkan diri untuk sama-sama menikmati Program Baca Naskhah ini.

Encik Norden Mohamad, Pengurus Besar Alaf21, turut sama meraikan majlis yang sederhana tetapi meriah ini. Selain dari itu, sebahagian staff editorialnya juga hadir. Di dalam ucapannya, beliau mengalu-alukan agar program murni sebegini diteruskan di masa-masa akan datang. Beliau juga berharap agar usaha mempopularkan novel akan merapatkan novel dan masyarakat. Walaupun masyarakat hari ini sudah mula minat dan jinak membaca, namun amat digalakkan agar bahan pembacaan dipelbagaikan.

Majlis disudahi dengan makan tengahari bersama. Majlis yang sederhana, namun meriah dengan ramah mesra dan gelak ketawa dari gurauan yang dikongsi bersama. Apatah lagi, pengacara majlis pada hari tersebut, Saudari Azie, sungguh petah dengan kata-kata yang menceriakan dan menghidupkan suasana majlis.

Program Apresiasi Novelis (PAsiNo) pada hari itu tidak habis di Rumah Pena sahaja. Seusai Program Baca Naskhah Ramlee Awang Murshid, kami berombongan ke Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor. Disitulah, Novelis Sharifah Abu Salem menanti kedatangan kami dengan penuh kesabaran. Ternyata, kunjungan kami mendapat sambutan yang sungguh meriah daripada keluarga dan dusun Kak Sharifah.

Kepada Novelis Ramlee Awang Murshid dan Sharifah Abu Salem, kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama. Tidak kami lupakan, Encik Norden Mohamad yang turut sama menghadirkan diri hari itu. Kerjasama dari semua, sangat dihargai.

bersambung...

Salmah

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Peraduan Teka Carta novel2 Ramlee Awang Murshid kembali..

PELUANG MEMENANGI
NOVEL CINTA SANG RATU

BERDASARKAN sambutan hangat bila kami menganjurkan PERADUAN TEKA CARTA tidak lama dahulu, kini kami kembalikan peraduan untuk memilih novel-novel terbaik Ramlee Awang Murshid pula. Sila ikuti syarat-syarat peraduan.

Terdapat sepuluh novel Ramlee Awang Murshid yang diterbitkan oleh Alaf 21.

* Tombiruo
* Semangat Hutan
* Tombiruo Terakhir
* Ranggau
* Mandatori
* A.D.A.M
* Satu Janji
* Rahsia Perindu
* Bagaikan Puteri
* Hatiku di Harajuku

2. Anda dikehendaki mengundi dan memilih tiga novel terbaik beliau.

3. Seandainya pilihan anda itu bertepatan dengan jumlah pilihan pemilih-pemilih yang lain, maka anda tercalon untuk memenangi hadiah novel CINTA SANG RATU karya Ramlee Awang Murshid yang terbaru yang telah ditandatangani oleh beliau sendiri.

Misalnya: jika anda memilih novel Tombiruo, Mandatori dan Ranggau sebagai novel pilihan anda menurut turutan 1, 2 dan 3. Dan susunan novel tersebut mendapat undian terbanyak untuk menduduki tangga 1, 2 dan 3, ini bermakna, anda tercalon untuk memenangi hadiah novel CINTA SANG RATU karya Ramlee Awang Murshid!

4. Hanya 10 pemenang akan dipilih. Keputusan adalah muktamad.

5. Undian anda perlu di e-melkan kepada alaf@alaf21.com.my

PENTING: Sila sertakan nama penuh, alamat dan nombor telefon. Sila tulis PERADUAN TEKA CARTA sebagai tajuk e-mel anda. Cara e-mel yang dihantar ialah:

Undi saya adalah:
1. (nyatakan novel)
2.
3.


Ingat! Undian anda dihantar SEKALI sahaja.

TARIKH TUTUP penghantaran pada 25 Januari 2007

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pelancaran Novel Trilogi Ramlee Awang Murshid

Pada tanggal 20 Ogos 2008, saya telah mendapat jemputan untuk menghadiri majlis Pelancaran Trionovel Ramlee Awang Murshid (RAM) iaitu ' Bagaikan Puteri ', ' Cinta Sang Ratu ', dan ' Hijab Sang Ratu' . Bukan kepalang gembiranya hati saya untuk menghadiri majlis pelancaran novel penulis thriller no 1 Malaysia ini . Berdasarkan pengalaman yang lalu, saya telah keluar seawal mungkin menuju ke Hotel Singgahsana . Alhamdulillah, ketika sampai di sana saya dapat memakir kereta di dalam kawasan hotel yang tinggal hujung - hujung sahaja .

Oleh kerana masih awal lagi, saya menunggu rakan- rakan alaf21fc yang lain di lobi hotel sahaja . Tidak beberapa lama kemudian Mersik tiba dengan gaya santai ala - ala wartawan diikuti oleh abang long yang segak bergaya dengan baju Melayu lengkap bersampin, bersesuaian dengan tema pada hari tersebut supaya berpakaian tradisional .



Setelah itu kami terus masuk ke dalam dewan di mana sahabat saya Ina sudahpun menanti bersama puterinya . Saya sangat kagum dengan sahabat saya ini . Walaupun dalam keadaan yang sarat, beliau tetap menguatkan diri untuk menghadiri majlis ini semata - mata untuk bertemu dengan penulis kesayangannya .

Pada hari tersebut, Richie Rachman telah diberi tanggungjawab untuk mengacara majlis tersebut . Beliau memang seorang pengacara yang hebat dan berbakat kerana sepanjang majlis tersebut berlangsung, kami tidak kering gusi mendengar celoteh dan melihat keletahnya . Sungguh menghiburkan.


Sementara menunggu kehadiran Puan Ziela Jalil bagi menyempurnakan majlis pelancaran novel ini, halwa telinga kami telah dihiburkan dengan lagu - lagu Siti Nurhaliza yang disampaikan oleh penyanyi yang bernama Ina.

Pada hari tersebut, Ramlee Awang Murshid ditemani isteri tersayang, Dayang Aminah dan anak kesayangannya, Muhammad Aizuddin Haiqal . Mereka berpakaian sedondon, biru kehijau - hijauan .




Turut hadir memberi sokongan dalam majlis tersebut ialah beberapa orang penulis Alaf21 yang telah gah namanya dalam bidang penulisan seperti Sharifah Abu Salem, Anis Ayuni, Norzailina Nordin, Damya Hanna, Sri Diah, Bikash Nur Idris, Shanika Latisya, dan beberapa penulis baru Alaf21 seperti Durrah Fatiha, Hezzy Azra bersama puterinya yang duduk sebaris dengan saya, dan ternampak juga kelibat Fadli Al- Akiti bersama Serunai Faqir. Selain dari itu sudah tentu para wartawan dari media siar dan media cetak. Kelab peminat RAM FC juga turut hadir.


Saya turut teruja dengan kehadiran pelakon yang sangat tenang ketika melakonkan wataknya iaitu Hisham Ahmad Tajuddin .

Dengan ketibaan Puan Ziela Jalil, majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti oleh ucapan daripada Pengurus Besar Alaf 21 merangkap editor, Encik Norden Mohamed . Saya amat tertarik ketika beliau menceritakan persepsi awalnya terhadap Ramlee Awang Murshid ketika pertama kali RAM menghantar manuskripnya yang betajuk ' Tombiruo' . Cerita beliau itu mengingatkan saya kepada satu pepatah Inggeris, ' Don't judge the book by its cover ' . Kelainan tema yang dibawa oleh Ramlee Awang Murshid akhirnya membuahkan hasil di mana beliau telah menerima beberapa anugerah dan dinobatkan sebagai novelis thriller no 1 Malaysia . Walaupun penjualan karya pertama RAM agak perlahan pada awalnya, namun kini hasil karya RAM semakin mendapat tempat di hati peminat novel sehingga diulang cetak banyak kali dan jualan hasil karyanya mencecah 400,000 naskah . Tahniah dan syabas, diucapkan kepada saudara RAM .
Ketinggian peribadi dan sikap berserdahana RAM menyebabkan saya amat mengagumi beliau . Menurut kata Encik Norden, walaupun sebanyak 300 muka surat daripada novel 'Ungu Karmila' telah ditolak dan perlu dibaiki semula, namun RAM hanya mengambil masa dua minggu sahaja untuk menyiapkannya. Ini memerlukan konsentrasi minda yang sungguh tinggi. Kesungguhan, ketabahan, dan sikap tidak mudah berputus asa merupakan tonggak kejayaan beliau pada hari ini .
Seterusnya Puan Ziela Jalil pula menyampaikan ucapannya . Beliau kelihatan anggun dan bergaya pada petang itu walaupun telah mempunyai sepasang cahaya mata yang sudah meningkat remaja, yang turut hadir menemankan beliau .. Dalam ucapannya, beliau menyata kekagumannya dengan karya RAM dan watak Laksamana Sunan . Kalau berpeluang beliau ingin mengadaptasi karya RAM dalam bentuk filem atau drama .

Sebelum upacara majlis pelancaran dilakukan, para tetamu dihidangkan dengan tarian pencak silat diikuti dengan kehadiran 3 orang gadis alaf yang berjalan masuk membawa trilogi novel ' Bagaikan Puteri' di dalam bekas berwarna kuning sambil diiringi muzik tradisional .
Pada masa ini, kami seolah - olah berada dalam adat - istiadat istana pada zaman dahulu . Selepas majlis pelancaran, para tetamu dihidangkan dengan juadah istimewa Hotel singgahsana seperti pulut kuning, nasi himpit, pengat pisang, roti jala, murtabak, dan macam-macam lagi.

Hidangan tradisional dan moden ini amat menyelerakan, tambahan pula perut memang berkeroncong hebat pada waktu itu. Hujan di luar sudah mula merenyai. Maka lajulah apa-apa yang ada di depan mata ditolak masuk ke mulut. Saya berpeluang duduk semeja dan berbual - bual kosong dengan penulis kesayangan saya, Anis Ayuni dan Damya Hanna .

Walaupun saya terpaksa menempuh kesesakan lalu - lintas ketika pulang, saya berasa sangat puas dan gembira . Inilah kenangan yang terindah di dalam hidup saya yang tidak mungkin saya lupakan selagi hayat dikandung badan ..

Oleh yang demikian, saya dari Alaf21 FC ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Alaf21 kerana sudi menjemput kami ke majlis yang gilang - gemilang itu . Tak lupa juga dengan cenderahati berupa trilogi novel ' Bagaikan Puteri', terutama ' Hijab Sang Pecinta' yang amat ditunggu-tunggu kemunculannya.

Semoga Alaf21 akan terus berjaya di masa-masa akan datang dan terus kekal sebagai penerbit nombor satu di Malaysia. Amin.

~ lla ~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 7 )

Ada satu lagi cerita menarik dari kawan kita ni tentang pesta buku. Noor Ain dan adik iparnya, Suzanna tidak melepaskan peluang untuk kesana memeriahkan suasana. Kita ikuti ceritanya..

Pagi Sabtu 5 April 2008 jam 9.00 pagi keluar dari rumah. Destinasi dituju PWTC. Perancangan dibuat seminggu yang lepas. Adikku ditugaskan menjaga ayah. Hari itu merupakan ‘girls day out’ buat diriku dan adik iparku, Suzana.

Jam 10.00 pagi tiba di PWTC. Kami sangka kami orang yang terawal, rupa-rupanya ada lagi yang telah tiba lebih awal. Malah lebih ramai pula. Booth pertama yang dituju, sudah tentunya booth Alaf21. Pada masa itu, belum ada penulis yang tiba. Kami mengisi borang soalselidik Karangkraf, dapatlah cenderahati sikit..hehe.

Kembali semula ke booth Alaf21, kelihatan Kak Anis Ayuni dan 2 orang penulis baru. Apa lagi rak-rak yang tersedia diteroka untuk cari buku baru kak Anis. Bila dah dapat, terus terjah untuk dapatkan autograf Kak Anis. Terharu rasanya, kerana Kak Anis perasan bahawa tahun lepas muka ini juga yang minta autograf. Tak lupa juga bergambar kenangan dengan Kak Anis seperti juga tahun lepas.

Pada masa itu, Kak Norzailina dah pun tiba. Tanpa berlengah masa, saya pergi mendapatkan autografnya juga, dengan berbekalkan buku baru nukilannya yang baru dibeli. Sempat bertanya pada Kak Norzailina tentang novel angkasawan tu... macam real sungguh.

Merasakan seperti berada di sana. Kak Norzailina bagi tahu bahawa 5 bulan buat penyelidikan untuk merealisasikan novel tersebut. Kak Norzailina siap ada cenderahati buat peminat, iaitu cookies. Rasanya mesti dimasak sendiri. Caya lah..

Kami difahamkan penulis thriller no. 1 malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid belum tiba lagi. Lalu kami meronda-ronda ke booth-booth yang terdapat di tingkat bawah hingga ke tingkat dua. Berpeluh-peluh dibuatnya bila bilangan pengunjung makin bertambah.

Sempat beramah mesra dengan bekas penulis-penulis alaf21 yang telah membuka penerbitan sendiri atau di bawah penerbitan lain. Dari jauh Kak Aina Emir dah mengamit diri ini. Wah! Ingat lagi beliau. Tak lupa berposing dengan Kak Aina.

Jam hampir 1 petang. Satu lagi matlamat belum dicapai, iaitu berjumpa penulis Ramlee Awang Murshid. Dalam perjalanan dari tingkat satu ke booth Alaf21 di tingkat bawah, kami telah tergoda untuk melihat satu pelancaran buku yang akan dirasmikan oleh Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Vanidah Imran dan Sharifah Shahira.

Sangkaan kami bahawa pelancaran tersebut akan diadakan dalam masa terdekat meleset sekali. Penat kaki berdiri selama 1 jam lebih menunggu kehadiran tetamu kehormat. Kami beredar sebelum majlis pelancaran tamat, kerana objektif utama ialah booth Alaf21. Sempat jugak lah mengambil gambar Siti dan yang lain-lain selebriti tu.

Tiba di booth Alaf21, Suzana teruja apabila bertemu penulis favoritenya. Siapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid. Tanpa berlengah-lengah nota dihulurkan untuk diautograf. Hati jadi berdebar-debar pula. Selepas itu, senyum mula terukir lebar. Terima kasih Ramlee Awang Murshid!
Jam hampir menunjukkan ke pukul 3. Kami membuat keputusan untuk pulang saja. Dalam perjalanan keluar ke pintu utama, kami melalui booth di mana Dr. Sheikh Muzaffar, angkasawan pertama negara akan berinteraksi dengan peminat. Pada mulanya kami nak tunggu juga, tapi barisannya… huh, amatlah panjang dengan budak-budak sekolah.

Mungkin di lain kali sajalah. Kaki pun dah penat. Perut dah lapar.

Begitulah cerianya suatu hari di pesta buku!

Noor Ain

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

PAsiNO : Baca Naskhah Ramlee Awang Murshid

Sekelian Alaf21 FC serta para pengunjung , dipersilakan hadir ke :

PROGRAM APRESIASI NOVELIS (PasiNo) : BACA NASKHAH RAMLEE AWANG MURSHID

Tarikh : 28 Julai 2007 (Sabtu)


TEMPAT : RUMAH PENA, KUALA LUMPUR
(Berhampiran Dewan Bahasa & Pustaka )

MASA : 9.30 pagi

SAKSIKAN GAYA TERSENDIRI PEMBACA-PEMBACA NASKHAH, PELUANG BERTEMU DENGAN NOVELIS RAMLEE AWANG MURSHID SERTA PERSEMBAHAN LAGU PUISI


MASUK ADALAH PERCUMA !

Anda juga dialu-alukan untuk turut sama mengambil bahagian.

Pada sesiapa yang berminat untuk sama-sama membaca Naskhah Ramlee Awang Murshid , sila hubungi..

Sdr Roslan - 013 3019 380 , emel : alaf21fc@yahoo.com


Sdr Zaiful - 012 248 8664 , emel :
attokz@gmail.com


Anjuran bersama :

Kelab Peminat Novel Alaf21(Alaf21 FC) , ALAF DUA PULUH SATU Sdn. Bhd , Sekretariat Penulis Blog (SPB) serta Persatuan Penulis Malaysia (PENA)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 4 )

Bayangkan. Apa akan jadi pada pesta buku tanpa penulis?

Tentu sekali pesta buku akan jadi hambar dan tidak berseri. Sebabnya, penulis itu sendiri adalah sebahagian daripada daya tarikan untuk ke pesta buku. Ada peminat yang datang semata-mata hendak berjumpa dengan penulis pujaan mereka. Memang benar!

Maka, dengan sebab itulah, awal-awal lagi Alaf21 telah mewar-warkan akan kehadiran beberapa orang penulisnya, yang akan turut sama beramah mesra dengan peminat semua. Tidak kira penulis lama atau pun baru, masing-masing bagaikan faham dengan peranan masing-masing.




Tahun ini, penulis Alaf21 yang kelihatan berada di pesta buku antaranya ialah , Anis Ayuni, Meen Zulaikha, Aleya Aneesa, Lynn Dayana, Rose Harissa, Lily Haslina Nasir, Durra Fatiha, Norzaillina Nordin , Aisya Sofea, Ramlee Awang Murshid , Hezzy Azra , Damya, Hanna, Fatin Nabilla, Morad Hassan , Azhan Kamal, Dr HM Tuah, Fadli Al Akiti, Qaira Qasidah, Dhiya Zafira dan ramai lagi.

Selain dari penulis yang berada di kaunter, ada juga penulis lain yang turut singgah melepak untuk memeriahkan suasana. Dan saya juga melihat kelibat-kelibat Bikash Nur Idris , Shanika Latisya , Kreisya Reisya , Eka Fahara, Umi Azrini, Hasreeyat Ramli dan lain-lain lagi. Kehadiran mereka sudah tentulah untuk bertemu kawan-kawan penulis sekelian. Bila lagi nak berjumpa semua kalau bukan sewaktu pesta-pesta sebegini.


Kali ini gerai Alaf21 yang disebelah bawah menempatkan semua penulis-penulisnya di situ. Walau mejanya tidak disusun memanjang, tapi ada beberapa tempat yang dikhaskan untuk para penulis duduk.

Memang tidak dinafikan kawasan di bawah itu agak kecil sedikit. Lokasinya pula agak jauh ke dalam dari pintu besar. Bila orang ramai menerjah akan kelihatan sedikit sesak dan jem. Tapi itu tidak menjadi penghalang untuk peminat semua datang dan beramah mesra dengan penulis pujaan mereka.

“Eh, tu Aisya Sofea lah !
“Eee.. Anis Ayni... Anis Ayunii...
”Betul ke tu Aleya Aneesa…? Tengok dalam katalog Alaf21 ni lain je rupanya…tak bulat pun pipinya?“
“Nak bergambar dengan Ramlee Awang Murshid lah..“


Demikianlah antara suara-suara peminat yang teruja apabila melihat penulis idola mereka. Ada yang malu-malu kucing untuk menghampiri. Ada yang masih bertanya ( mungkin tak percaya ) walaupun dihadapan mereka sudah tersusun buku2 tulisan mereka. Ada yang seronok tak terkata.


Ada pula yang dok bertelagah tentang novel apa yang sudah atau belum dibeli di hadapan penulis. Barangkali adik beradik atau emak dan anak. Terkebil-kebil penulis dibuatnya.

Itulah sebahagian ragam peminat yang datang menyapa.

Namun, rata-rata mereka yang datang amat sporting. Ada juga yang pernah bertemu sebelum ini. Tentunya kehadiran mereka mengubat kerinduan. Belum lagi termasuk pertemuan yang tidak disangka-sangka, bertemu kawan lama, kawan sepermainan, kawan Universiti, kawan sekolah atau kawan tadika barangkali. Siapa tahu, selepas berpuluh-puluh tahun tak jumpa, akhirnya dah jadi penulis kau ya… Alahaii..

Pada hari-hari tertentu ( terutamanya hari minggu ) keadaan memang agak sibuk. Di booth tengah, kelihatan meja yang diduduki oleh Norzailina Nordin, Rose Harissa dan Aisya Sofea dikerumuni peminat. Buku Aisya Sofea yang terbit hanya waktu itu lebih laris dari goreng pisang panas. Tak menang tangan dia nak menyain setiap buku dan pertanyaan dari para peminat. Namun Aisya Sofea tetap cool. Dari jauh, dia sempat lambai-lambai saya saja.. Huu.. sibuk la tu.


Norzailina pula, memang veteran pesta buku juga tak kurang sibuk juga. Ditambah dengan kehadiran kenalannya yang ramai, sahabat-sahabat maya termasuk peminat yang kali pertama bersua muka , dia tetap melayan dengan baik dan ramah. Sekejap-sekejap bangun untuk mengambil gambar, bersalam dan berpeluk.

Bagus juga kalau sesekali bangun ni, kalau duduk lama.. alamat kematu la pula punggung tu.

Kadang-kadang saya mencelah mencuri-curi tangkap gambar. Tenguk penulis semua beriya-iya menyain, sampai senget-senget kepala, selain bertanyakan soalan paling popular, “ Sapa nama? “

Di sudut sebelah hujung, satu lagi kaunter turut dipenuhi oleh novelis lain. Kelihatan Meen Zulaikha, Anis Ayuni, Aleya Aneesa, Fatin Nabila dan juga Ramlee Awang Murshid turut penuh diterjah peminat. Paling ramai tentulah si kumbang di antara sekalian bunga, penulis thriller yang tak asing lagi di Malaysia.

“Bila buku sambungan Sang Ratu nak keluar, bang?”

Itulah soalan favourite peminat. Hah, untuk makluman semua, buku tersebut sedang dalam proses editing habis-habisan sebelum keluar menemui peminat, InsyaAllah dalam tahun ini juga. Demikianlah yang dijawap Ramlee Awang Murshid berkali-kali, demi meredakan hati peminatnya yang resah gelisah, bagai sudah tak sabar-sabar untuk mengetahui kisah pengembaraan Laksamana Sunan yang seterusnya.

Memandangkan kebanyakan novelis amat sibuk terutama diwaktu-waktu pagi dan petang, kesempatan untuk berbual dengan mereka tentulah agak terhad. Kadang-kadang, saya terpaksa mencuri-curi terjah sambil bertanya itu ini.

Rata-rata mereka semua gembira. Keceriaan jelas terpancar diwajah masing-masing. Walau pun sedikit letih, namun mereka masih maintain. Untuk berada di sana dari pagi sampai ke petang, bukannya mudah. Demi peminat semua, mereka sanggup berkorban masa dan tenaga. Syabas untuk penulis-penulis Alaf21.

Ada sesetengah penulis tu memang sentiasa sibuk. Ada juga yang nampak relaks. Kalau tak ada apa nak dibuat, borak-borak sajalah, sambil mengudap-ngudap jajan yang dibawa ( di sembunyikan bawah meja ). Jangan tak tahu, makan-makan bawah meja ini sudah menjadi tradisi... entah bila bermulanya. Sejak-sejak pesta buku yang pertama barangkali.. hahaha

Kehadiran mereka benar-benar memeriahkan suasana dan meninggalkan kesan di hati peminat Alaf21. Harap-harap mereka akan terus bersama-sama di pesta buku yang akan datang.

Nota :

Dikebanyakan blog novelis, mereka juga menceritakan tentang kemeriahan Pesta Buku. Silalah layari blog mereka. Gambar-gambar pun ada sekali.

Bersambung lagi na…

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Soalan mengenai Trilogi RAM

Disebabkan majlis itu adalah bagi meraikan novelis - RAMLEE AWANG MURSHID. Dan pelancaran trilogi - BAGAIKAN PUTERI. Maka, beberapa orang sedaya upaya cuba mengambil kesempatan untuk bertanyakan soalan. Malahan, saya, sebagai pentadbir Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC, juga telah mempunyai beberapa soalan untuk dikemukakan kepada Saudara Ramlee Awang Murshid.

Setelah dirisik, betul, memang ada beberapa soalan yang akan dikemukakan hampir ada persamaan. Akhirnya saya mendapati, saya mempunyai soalan, yang telah dikenalpasti tidak akan ditanya oleh peminat Ramlee Awang Murshid.

Tiga soalan itu adalah:

1 - Bila saya membaca novel - novel Saudara Ramlee, saya dapati sukar untuk berhenti. Apa formula atau teknik yang Saudara guna pakai dalam penghasilan novel ?

2 - Saudara Ramlee ada menyimpan impian agar trilogi ini difilemkan ?

3 - Novel berunsur thriller telah menjadi 'trade mark' bagi Saudara Ramlee. Adakah Saudara akan cuba untuk mengekalkan 'trade mark' itu, atau ada cadangan untuk beralih ke genre yang berbeza selepas ini ?

4 - Saya bagi pihak Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC. Ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat Saudara. Kerana Saudara telah merakamkan penghargaan dan penghormatan Saudara kepada Kelab Peminat Novel ALAF 21 didalam novel Saudara, didalam ruangan dedikasi.

TERIMA KASIH.

# Namun, kita memahami, pengacara majlis terpaksa memendekkan majlis atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Abang Long.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novelis di pesta buku : Ramlee Awang Murshid

Kalau Ramlee Awang Murshid dapat menoleh, angkat tangan dan menghampiri saya, bersalam serta bertanya khabar, itu sudah dikira sangat bagus. Namun, hakikatnya, saya hanya berkesempatan menyapanya begitu2 sahaja.

Rata2nya disepanjang pesta buku tersebut, dia hanya duduk menyain buku. Sesekali kalau ada ruang kosong, dia akan berjalan ke meja kawan2 penulis berdekatan atau menyapa kawan2 yang hampir untuk berbual2, dan dia apabila menoleh kemejanya, kemudian terlihat ada yang menanti atau tercari2nya, maka cepat2 dia kembali.

Begitulah rutin penulis lelaki yang terkenal dengan genre thriller dan suspens nih. Ada sahaja peminatnya yang datang. Kadang2 membawa dua tiga bukunya serentak untuk ditandatangani. Jenuhlah abang Ramlee kita tu nak menyain2. Saya hanya ketawa sahaja..

“ Cuba kau tenguk pen aku nih ,” katanya suatu ketika, sambil menyuakan sebatang pen yang dakwatnya hampir2 tinggal sikit.

“ Biasanya kalau pesta buku macam ini, kadang2 sampai dua batang pen habis “ ujarnya lagi sambil tergelak2. Saya mengeleng-geleng kepala.

Melihatkan peminatnya yang menderu dengan novel2 untuk disain yang tinggi membukit, perkara itu tidak mustahil. Namun dia masih tetap ceria dan tersenyum melayan. Kalau ada masa boleh berbual2 seketika dengannya dan tak lupa, ambil2 gambar sekali. Yang lelaki tentu bangga bergambar disebelahnya, memeluk bahu manakala yang perempuan pula malu2 suka gitu.. tentu malanya tak lelap jawabnya. Hahahaha..

Soalan2 pun banyak yang ditanya. Memandangkan buku terbaru beliau “Cinta Sang Ratu” dikeluarkan awal tahun ini, maka soalan2nya pula banyak yang berkisar kepada pengembaraan Laksamana Sunan. Nampaknya watak ini sekain dekat dihati peminatnya. Ramai juga yang tak sabar2 nak tahu kesudahan cerita itu, tapi seperti biasa, “ Harap bersabar. “ katanya.. Setakat ini yang disebutkan ialah Ungu Karmila, mungkin klu pada cerita terakhir kisah Laksamana Sunan.

Ada juga yang bertanyakan tentang Ejim dan Tumbiruo nya yang suatu ketika dulu begitu mengangkat namanya. Sambil garu2 kepala, Ramlee berkata.. mungkin juga akan buat pre sequelnya , iaitu menceritakan dari mana datangnya watak Ejim itu. Dia pun tak berani nak cakap, sekadar idea sahaja. Demikian kalau memang penulis prolifik ( yang sudah ada 11 buku), idea sentiasa berlegar2 didalam kepala.

Tapi kerjanya yang sebenar sebagai penerbit lagilah menuntut pengorbanan yang lebih. Kadang2 sampai tak terkejar. Assignmentnya di luar negara kadang2 terpaksa ditolak kerana kesuntukan masa. Banyak perkara nak kena fikir termasuklah juga tanggungjawab pada keluarga serta anak. Memang sibuk sungguh penulis thriller yang satu ini.

Walaupun kehadirannya hanya diwaktu hujung minggu namun dia tetap meluangkan masa, kadang2 sampai ke malam. Demikianlah penulis kita ni, tak sampai hati nak hampakan peminat semua.

( Gambar sebelah : Bersama salah seorang peminatnya yang datang dari Singapura. Eh! macam kenal je.. Oo Pn. Salmah kita rupanya.. caya laa.. bergambar dengan Ramlee gitu )

Semoga Ramlee Awang Murshid akan terus maju dan menjadi penulis thriller yang berjaya.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Tentang PAsiNO

Apa itu PAsiNo ?

PAsiNo adalah singkatan kepada - (P)rogram (A)ppresia(si) (No)velis.



Program ini adalah program pertama dan terbesar, yang dianjurkan oleh Kelab Peminat Novel ALAF 21 (ALAF 21 FC). Dengan mendapat kerjasama dari - ALAF 21 Sdn. Bhd, Sekretariat Penulis Blog dan PENA.

InsyaAllah, program - PAsiNo - ini akan diteruskan dimasa hadapan dengan menjemput novelis yang bernaung dibawah bumbung ALAF 21 Sdn. Bhd.


PAsiNo juga adalah sebagai program atau agenda untuk menghargai hasil karya novelis ALAF 21. Selain dari itu, ianya juga sebagai program untuk mendekatkan pembaca, peminat novel ALAF 21 dengan novelis yang bernaung dibawah bumbung ALAF 21 Sdn. Bhd.


Buat permulaannya,
PAsiNo (1) adalah program bersama novelis thriller tersohor negara, iaitu - Saudara Ramlee Awang Murshid. Dan diikuti dengan PAsiNo (2), iaitu program menziarahi novelis - Puan Sharifah Abu Salem.

Untuk program PAsiNo ini, pihak Kelab Peminat Novel ALAF 21, masih membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menjadi PESERTA. Dimana acara membaca naskhah - Ramlee Awang Murshid akan diadakan. Anda yang berminat adalah dipersilakan. Dimana setiap pembaca akan diberikan cenderahati.

Program ini dibuka untuk semua, dan masuk adalah PERCUMA. Anda hanya perlu mendaftar dengan memberikan nama dan nombor telefon bimbit.


Bagaimana caranya ? Mudah sahaja.

Jika anda berminat untuk menghadiri - PAsiNo (1).

Maka emelkan ke - alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk - JOIN PAsiNo.

Jika anda berminat untuk menghadiri - PAsiNo (2). - Program Ziarah.

Maka emelkan ke - alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk - KONVOI.

Jika anda berminat untuk menyertai kedua - dua program, iaitu - PAsiNo (1) & PAsiNo (2).

Maka emelkan ke - alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk - JOIN 2.

Dan sekiranya anda berhasrat untuk menjadi peserta membaca naskhah Ramlee Awang Murshid.

Maka emelkan ke - alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk - BACA PAsiNo.

Dan jangan lupa untuk memberikan tajuk novel yang anda berminat untuk dibacakan.

Diruangan entri pada kali ini juga, sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kemusykilan, maka tinggalkan soalan anda diruangan komen pada entri ini. Setiap soalan dan jawapan dari Kelab akan disiarkan secara terbuka.

Anda juga adalah dialu - alukan untuk bersama - sama, mewar - warkan program ini.

Segala kerjasama dari anda, amat dihargai, dan diucapkan TERIMA KASIH.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur , PWTC 2008

Saat yang ditunggu-tungguh telah pun tiba. Bagi sekelian pencinta buku, penulis, penerbit , pengedar hatta pembaca, inilah masanya untuk kita semua berkumpul meraikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bermula esok sehingga 13 April, di PWTC.

Semua dijemput hadir ke booth Alaf 21. Pelbagai jenis buku seperti novel, buku motivasi, resipi, kraf, kitab-kitab dan buku umum ada dijual di sana dengan diskaun yang menarik.Bagi peminat-peminat novel yang ingin mendapatkan tandatangan dan beramah mesra dengan novelis-novelis, di sini disertakan maklumat untuk anda semua.



JADUAL KEHADIRAN PENULIS-PENULIS ALAF 21

TARIKH 4 - 13 APRIL 2008
ISNIN - KHAMIS 10.00 PAGI - 7.00 MALAM
JUMAAT - AHAD 10.00 PAGI - 9.00 MALAM

Jumaat 4 April
1. Norzailina Nordin
2. Lily Haslina
3. Rose Harisa

Sabtu 5 April
1. Norzailina Nordin
2. Anis Ayuni
3. Aleya Aneesa
4. Ramlee Awang Murshid
5. Azhan Kamal
6. Richie Rachman
7. Hezzy Azra
8. Emma Maizura
9. Rose Harisa
10. Qaira Qashida

Ahad 6 April
1. Norzailina Nordin
2. Anis Ayuni
3. Aleya Aneesa
4. Lynn Dayana
5. Ramlee Awang Murshid
6. Azhan Kamal
7. Emma Maizura
8. Samsiah Md. Noor
9. Aminah Mokhtar
10. Luqman Hakim
11. Hezzy Azra
12. Qaira Qashida

Isnin 7 April
1. Lily Haslina
2. Murad Arshad
3. Rose Harisa
4. Luqman Hakim

Selasa 8 April
1. Norzailina Nordin
2. Durrah Fatiha
3. Murad Arshad

Rabu 9 April
1. Durrah Fatiha
2. Lily Haslina
3. Norzailina Nordin

Khamis 10 April
1. Dr. HM Tuah Iskandar
2. Norzailina Nordin
3. Murad Arshad
4. Durrah Fatiha
5. Damya Hanna

Jumaat 11 April
1. Norzailina Nordin
2. Lily Haslina
3. Rose Harisa
4. Meen Zulaikha
5. Damya Hanna

Sabtu 12 April
1. Norzailina Nordin
2. Anis Ayuni
3. Damya Hanna
4. Meen Zulaikha
5. Aisya Sofea
6. Richie Rachman
7. Aleya Anessa
8. Fatin Nabila
9. Lynn Dayana
10. Ramlee Awang Murshid
11. Qaira Qasidah 12. Rose Harisa

Ahad 13 April
1. Norzailina Nordin
2. Anis Ayuni
3. Damya Hanna
4. Meen Zulaikha
5. Aisya Sofea
6. Richie Rachman
7. Lily Haslina
8. Lynn Dayana
9. Aleya Aneesa
10. Fatin Nabila
11. Hezzy Azra

Jumpa anda di sana!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Tentang Pesta Buku Antarabangsa 2008 ( Bhgn 3 )

Saya tidak datang bersendirian di pesta buku. Hampir setiap hujung minggu, ada yang setia menemani saya. Siapa lagi, kalau bukan Abang Long, Pesiden Kelab Peminat Alaf21 sendiri.

Walau pun dibebani dengan masalah peribadi serta kesihatan yang tidak berapa baik, dia tetap turun padang untuk sama-sama melihat-lihat dan memeriahkan suasana. Memang dia seorang peneraju kelab yang bertanggung jawap dan perihatin.

Kadang-kadang dia duduk di satu sudut, berborak dengan beberapa orang. Kadang-kadang berdiri menyapa novelis, pembaca dan juga petugas yang ada. Banyak betul perkara yang dibualkan kalau dah berjumpa abg long ni.


Abang Long yang kelihatan seronok kerana dapat menyergah Ramlee Awang Murshid, yang sedari awal sedang sibuk melayan peminat-peminatnya.

Kami merayap merata tempat, atas , bawah hatta diseberang sungai sana pun kami pergi. Melihat gelagat orang ramai dan suasana yg sentiasa sibuk. Walau pun kadang-kadang sesak nafas dan lenguh lutut ke sana kemari, tapi keseronokan melebihi segala-galanya.

Abang Long : Dhiya, kalau nak jadi penulis yg bagus, kena selalu merendah diri.
Dhiya : Ooo kira macam duduk rendah2 atas troli cam ni ka?
Abang Long : lebih kurang cam tu la...

Kemudian, kami lepak-lepak di booth Alaf21. Boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu kami ada di sana. Lewat petang barulah kami beransur pulang, menapak perlahan-lahan ke stesen komuter Putra yang berhampiran. Kalau nasib tak baik, kami berlari-lari dalam gerimis sampai sakit-sakit dada abg long dibuatnya. Memang hampir setiap petang, cuaca agak mendung dan sering hujan.

Demi untuk menyokong pesta buku dan Alaf21 khasnya, kami terjah juga. Pesta sebegini bukanlah selalu sangat diadakan. Setahun sekali. Apalah salahnya berkorban masa sedikit.

Dalam kesibukan dan kesesekan berpesta buku, Ina saya dan Abang Long sempat duduk sambil bencang-bincang mengenai arah perjalanan kelab.


Ada juga ahli kelab yang kami jumpa sewaktu di pesta hari tu. Kebanyakannya datang berkeluarga atau dengan kawan-kawan. Kami juga ada duduk-duduk berbincang mengenai projek-projek kelab seterusnya.

Paling menarik , kami jumpa Cik Syiela iaitu pendukung forum Ramlee Awang Murshid Fan Club. Kami berbual-bual selain bertukar pandangan dan cerita. Mungkin di masa-masa akan datang akan ada aktiviti yg boleh dilakukan bersama.



Abang Long bersama Cik Syiela , peneraju Forum peminat karya-karya Ramlee Awang Murshid

Memandangkan buat masa ini forum RAM FC hanya sekadar berurusan di alam maya , dimana kebanyakkannya adalah diskusi dan cerita-cerita yang berkisar mengenai buku-buku RAM sahaja. Dan ahli yang menyertai forum ini sudah menjangkau hampir 70 orang. Wah, menarik tu!

Kami harapkan agar Kelab RAM atau sesiapa sahaja akan turut menyokong Alaf21 agar terus berjaya di masa-masa hadapan.

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Mari kita lihat siapa yang kena !

Peraduan Teka Carta Novel Ramlee Awang Murshid telah pun berakhir minggu lepas.

Berikut adalah tiga novel popular yang mendapat undian paling banyak.

1 Bagaikan Puteri
2 Hatiku di Harajuku
3 Tombiruo

Seramai enam orang pemenang telah berjaya meneka dengan tepat. Berikut adalah nama pemenang-pemenang yang bertuah. Sila klik disini.

Terima kasih kepada Alaf21 kerana menganjurkan peraduan ini.

Kepada para pemenang pula, Tahniah diucapkan .. Yang tak berjaya.. oops jangan risau.

Kepada peserta yang tidak berjaya, anda masih mempunyai peluang untuk memenangi novel terbaru Ramlee Awang Murshid. Sebagaimana yang diketahui, kuiz ini memerlukan 10 orang pemenang. Oleh kerana hanya 6 peserta yang berjaya menjawab dengan tepat, ada empat lagi novel untuk direbut. Bagaimana caranya? Anda hanya perlu menjawab satu soalan bonus di bawah.

Ramlee Awang Murshid pernah menjadi salah seorang watak dalam novelnya. Apakah judul novel tersebut?

Jika sudah tahu jawapannya, sila e-melkan jawapan anda ke alaf@alaf21.com.my dengan menaipkan BONUS SANG RATU sebagai tajuk e-mel. Peluang ini terbuka kepada semua pelayar yang berminat.

Jangan lupa sertakan alamat penuh berserta nombor telefon anda.

Tarikh tutup penyertaan pada 8 Februari 2007. Selamat berjaya!


mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Cinta Sang Ratu - Ramlee Awang Murshid

Novel Ramlee Awang Murshid telah pun beberapa minggu berada dipasaran. Rata2, ramai yang memuji akan perjalanan cerita kesinambungan dari kisah laksamana Sunan yang terkenal berhemah dan handal di kurun Abad ke 15. Seperti biasa, kami akan siarkan beberaapa komen dari pembaca sekelian terhadap novel terbaru penulis yang terkenal dengan kisah thriller dan epik ini.

Komen 1 :

“YES! Akhirnya ia menjelma!”

Sebelum bungkusan plastik ‘Cinta Sang Ratu’ dibuka, terlebih dahulu saya membaca kembali ‘Bagaikan Puteri’. Sengaja dibuat begitu supaya pembacaan akan lebih seronok dan thrill. Juga kerana tidak mahu ada adegan yang terlepas pandang selama menyelam dalam dunia dua abad ini. Selain dari membawa pembaca mengembara ke sesebuah tempat samada didalam atau luar negara, karya2 Ramlee Awang Murshid seringkali membawa saya meneroka minda melalui imaginasinya.

Cinta Sang Ratu adalah antara karya beliau yang tidak mengecewakan saya. Banyak pengajaran yang ditimba sejajar dengan pembacaan. Bukan sekadar membaca cerita misteri dan mistik, tetapi intipati keseluruhan kisah perbolehkan individu menjadikan ia sebagai satu pedoman. Ia sarat dengan ilmu ukhrawi. Selain menanamkan nilai2 murni, disertakan juga contoh2 akhlak yang terpuji yang boleh dijadikan tauladan. Adab dan sopan juga tidak sesekali dipandang remeh, walau fitrah manusia sering lemas dalam badai berkasih sayang. Pabila firman Allah disertakan dengan huraiannya, secara tidak langsung, diri terasa sekerdil2nya, menerbitkan keinsafan di sanubari. Membuatkan pembacaan lebih bermakna. Apatah lagi diserikan dengan kata2 puitis, penuh makna tersirat....antaranya....

“Apabila melayari lautan....tatkala kaki menginjak tanah...maka pandanglah langit ketika kegelapan menjelma...lihatlah bulan dan bintang-bintang...sesungguhnya kebesaran ALLAH itu terserlah selagi kita mau berfikir.”....petikan dari novel.

Tetapi, saya masih lagi tidak berpuas hati dengan akhiran ‘Cinta Sang Ratu’! Apakah jenglot mampu mengekalkan warisannya? Mungkinkah Saifudin akan dilantunkan ke abad ini? Harapan saya agar akan ada kesinambungannya. Dan saya ingin sekali bertemu dengan Ungu Karmila…..

Moral

Terdapat banyak moral yang boleh didapati dari karya RAM ini. Antara yang ketara ialah kebaikan akan selalu mengatasi kejahatan. Walau bagaimana licik sekalipun seseorang individu itu menyembunyikan kejahatannya, Allah sentiasa bersama kebenaran. Kejahatan juga tidak semestinya dibalas dengan perbuatan yang saksama. Adalah lebih mulia berbaik sangka pada setiap perbuatan terhadap sesama insan. Percayalah, niat yang baik akan dirahmati. Ramai di antara kita, adakalanya cepat melatah dan terpengaruh dengan unsur2 yang tidak sihat. Bagaimanakah kita menghadapinya?

Kasihsayang sesama makhluk Allah sesuatu yang perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Sesungguhnya tiada bezanya sesama hamba dimata yang Khalik. Kasih sayang suami yang penuh tulus dan ikhlas, menerima isteri seadanya. Cinta isteri kepada suami yang tiada duanya, kerana Allah, sedia bergadai nyawa. Sayang mertua tiada tolok bandingnya dengan ibubapa sendiri, hatta warga emas mana pun. Seorang ibu itu tetap seorang ibu walau siapapun dia dengan kita. Apalagi sesama teman yang sama2 berjuang ke jalan yang diredhai. Simpulannya, kasih sayang mempunyai definasi yang sangat meluas!

“Ketika Allah menciptakan Nabi Adam a.s, seluruh kecintaan dan kasih sayang itu ditumpahkan. Ia satu penciptaan yang agung walaupun mendapat bantahan di langit. Kemudian rasa cinta itu berlanjutan apabila ALLAH menciptakan Hawa untuk Adam. Namun kebencian iblis yang angkuh dan takbur berlanjutan sehingga ke hari ini kerana penciptaan itu.” … petikan dari Bagaikan Puteri….

Sebagai insan....aku sayang padamu....berapa ramaikah diantara kita yang boleh melafazkan ayat ini kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa atau keturunan dan darjat, hatta kepercayaan individu, dengan penuh keihklasan?

Pembohongan adalah sesuatu yang harus dijauhi oleh sesiapa pun. Lebih2 lagi terhadap ibubapa. Apatah lagi bersikap kurang sopan. Buruk padahnya kiranya ibubapa diketepikan. Itu menderhaka namanya! Sayang ibubapa pada seseorang anak, tiada sempadan, sanggup menempuh apa saja untuk kebahagiaan anak yang dikasihi. Moga setiap dari kita yang bergelar anak akan sentiasa membahagiakan orangtua kita. Ingatan ini adalah khusus untuk diri saya sendiri. Mudah2an tidak sampai lupa diri!

Salmah


Komen 2 :

Novel sang ratu ni adalah novel paling best yang pernah saya baca..dengan harga RM19.90 memang berbaloi saya belinya....novel ini sarat dgn unsur keagamaan dan kesdihan..dan novel ini juga mengajar kita mencari cinta yang hakiki iaitu pada ALLAH...cinta sesama manusia adalah cinta fitrah sahaja..

Jadi kepada pengemar novel...dapatkanlah novel ini...memang best sangat2....wasalam

Nor Baiti



Adakah komen2 diatas menepati cita rasa anda atau hampir2 sama dengan apa yang anda fikirkan?

Ada juga beberapa kiriman ulasan yang agak panjang mengenai novel ini dan pihak kami akan cuba siarkan dilain masa.


mersik.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan kedua Novel : Ungu Karmila - Ramlee Awang Murshid

Sentuhan terbaru Ramlee Awang Murshid yang pasti akan membuatkan pembaca sukar melepaskan naskah ini. Garapan dari plot pertama hingga ke akhir sentiasa mengundang debaran di dada. Mengusik emosi dalam kancah cemas dan suspen untuk tiba pada pengakhir garisan.

Vila Sunyi bagaikan Tajmahal yang dibina atas rasa kasih sayang dan lambang cinta Arif terhadap Karmila. Meski pun ianya atas pemberian dan peruntukan dari Arafat abang Arif, namun pasangan ini mampu menjadikan mahligai yang tersergah indah di Puncak Rimba Cameron Highlands sebagai syurga mereka. Karmila benar-benar gembira dan bahagia di sisi Arif seorang suami yang penyayang begitu juga dengan Arif. Baginya Karmila seorang isteri yang tiada tolok banding walaupun hakikat wanita tersebut tidak mampu memberi zuriat penyambung keturunannya.

Malangnya sesuatu telah berlaku sejak Arif bertemu dengan satu sepsis bunga yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Meski sudah ditegah berkali-kali oleh Tok Batin agar bunga yang terdapat di taman larangan itu jangan diusik, Arif tetap berdegil. Baginya larangan tersebut sekadar sesuatu yang karut dan tidak boleh diterima pakai.

Apa yang terjadi pada Arif setelah memperolehi bunga tersebut mengapa Vila Sunyi bagai pembawa bencana pada sesiapa sahaja yang memasukinya? Bagaimana pulak iktiar Arafat untuk memulihkan keadaan sekaligus membersihkan nama Arif yang bagaikan tercemar? Segalanya terjawab bila Ungu Karmila berada di tangan.

Ramlee Awang Mursyid bijak mengolah dan memaini perasaan disuanya tandatanya yang bakal mengoncang hati dalam suspen yang tiba-tiba datang menjengah. Pengabungan watak-watak yang punya cerita dan kisah silam yang tragis membuatkan kita bagai melihat kepincangan diri menerusi Ungu Karmila. Misteri dan mistik insani dibongkar untuk dipertonton dalam fahaman yang hadir di minda. Betapa kejahilan dan kealpaan terhadap pegangan yang satu bisa membuatkan kita sering melangkah dalam khilafan. Ungu Karmila laksana arca yang membias. Hanya yang alpa dalam khilaf kehidupan bakal merasa getar diusik dan terusik akan natijahnya.

Namun sepanjang pembacaan yang sering diintai impak suspen, mata ini bagai disapa akan beberapa kemusykilan yang mengundang tandatanya. Apakah ianya kesilapan atau terlepas pandang atau sememangnya ia digarap sebegitu rupa.

Contohnya:

1. Perbandingan yang dibuat oleh penulis akan watak Karmila dalam mukasurat 6 dan 7

* Pinggiran Kuala Lumpur frasa 2

Wanita berkulit hitam manis, berhidung mancung dan bermata bundar ini sudah lama mengalami kesakitan sejak belum berkahwin dengan Arif merujuk kepada paras Karmila

Sedangkan

* di frasa 1 muka surat 7

Karmila cantik dan berkulit putih melepak. perbandingan yang kontra dari sebelumnya yang digambarkan oleh abang Ramlee.

2. Imbas kembali perbualan di antara Dino dan Kamarul.

* Imbas kembali frasa 1 mukasurat 203

BADO senang mendengar impian Kamarul yang serba kekurangan itu.

Di frasa sebelum ini sebenarnya Dino yang sedang mengimbau mengingati perbualannya dengan Kamarul ketika sedang duduk-duduk di atas bumbung flat di Selangor Mansion, Jalan Masjid India.

3. Pertemuan di antara Kumpulan Peneroka Alam Ghaib dengan Dino dan Kamarul di pejabat Encik Arafat.

* Frasa akhir mukasurat 303

Manakala di satu sudut Winda dan Kamarul sedang membisikkan sesuatu. Mereka dapat meneka sesuatu bersifat dendam telah mempengaruhi Bado. Cuma mereka tidak memahami duduk perkara sebenar.

"Musuh lama Bado ke?" bisikRosli. kenyataan awal merujuk pada Kamarul yang berbisik tapi secara logik dari frasa sebelumnya Winda dan Kamarul tidak mengenali di antara satu sama lain.

4. Imbas kembali: Vila Sunyi, Cameron Highlands.

* Perbualan di antara Dr Ismadi dan Arafat Frasa 1 muka surat 496

ITU andaian saya saja.Kata Arif. Kenyataan ini sebenarnya dituturkan oleh Dr Ismadi kepada Arafat. Bukannya Arif sebagaimana yang tertera di dalam buku tersebut.

Apa pun semuanya tidak mencacatkan plot keseluruhan Ungu Karmila. Tahniah saya ucapkan pada Otai nombor satu Malaya Abang RAM atas kemunculan Novel terbaru ini. Banyak yang boleh dibongkar dan difikirkan akan hakikat hidup insan yang bergelar MANUSIA. SYABAS!

Salam sayang dari

Pu3Salju

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Rumah Terbuka di Alaf21

Pada hari Selasa, 6 hb Nov 2007, badan saya masih lagi tak berapa sihat. Demam baru nak kebah kata orang . Tapi , hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu untuk saya mengambil peluang berjumpa dengan semua kakitangan Alaf21, Karangkraf dan juga novelis-novelis. Keranamu Novelis yang di kasihi ,maka badan yang tak larat ni…di larat-laratkan jugak la .

Sesampai sahaja di Premis Alaf21, kelihatan dari jauh abg long dengan baju melayunya dan rambut ala-ala Mawi gitu .Kontrol hensemlah pulak . Kelihatan juga sebelah abg long novelis yang diminati ramai iaitu saudara Ramlee Awang Murshid dan juga rakan beliau iaitu saudara Brownie yang berasal dari Kuching , Sarawak .



(Antara novelis yang hadir , Lily Haslina Nasir, Aleya Aneesa, Aida Adriani, Lily Suriani, Shanika Latisha serta (yang duduk ) Laila Kamilia dan Norzailina Nordin )

Kedatangan kami di sambut mesra oleh staff Alaf21 bersama senyum simpul, nampak molek sesangat berbaju kurung. Terserlah kemeriahan hari raya gitu. Turut menyambut kedatangan kami tak lain tak bukan siapa lagi kalau bukan En. Norden selaku Pengurus Besar Alaf21.

Kami bersalam-salaman dan terus saja di jemput untuk mengambil segala juadah yang telah terhidang . Menjeling seketika kearah abg long dan Mersik , pinggan abg long boleh tahan penuhnya . Mersik lak ambil nasi sikit, konon nak diet la tu. Juadah sedap2 belaka , bermacam2 lak masakan .Tapi itulah , tekak nie tak berapa sihat lagi tak berani nak makan yang berminyak-minyak .

( Novelis lain seperti Anis Ayuni, Meen Zulaikha, Sharifah Abu Salem, Aisya Sofea serta Durra Fatiha juga turut hadir memeriahkan suasana )

Bila juadah dah ada di tangan ,kami semua berjalan menuju ke meja hujung sekali .Tak sangka pulak rupanya saudara Ramlee kita join jugak semeja, ini yang rancak bersembang tu. Dalam pada sambil makan tu sempat jugak saya bertanya-tanya pada saudara Ramlee kita kiranya sudi meluangkan waktu yang ada pada kelab kiranya kelab ada menganjurkan Bengkel Penulisan.Insyaallah program yang di rancang untuk tahun depan. Nampaknya beliau cukup berminat dan sedia memberi sokongan padu kepada kelab kiranya kelab mengadakan sebarang apa jua program .

Beliau nampak nya tiada masalah namun terpaksa diberitahu lebih awal kerana kesibukan kerja yang ada.Saya juga tak melepaskan peluang juga untuk bertanya macam-macam soalan, terutamanya mengenai novel terbaru beliau . Menurut saudara Ramlee selewat2nya bulan Dec nanti. Lagipun hari tu ada sedikit pembetulan dari segi plotnya yang terpaksa di rombak semula oleh beliau . Tak sabar nak beli ni…pasti meletup lagi novel ni.

( Turut hadir, Rose Harissa, Samsiah Noor, Bonda Ilyani Mysara, Ramlee Awang Murshid dan (gambar bawah) Liza Zahira )

Perbualan terhenti bila saudara Ramlee meminta izin untuk menunaikan solat,sementara itu saya mengambil lagi kesempatan yang ada untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan sahabat En.Ramlee kita iaitu saudara Brownie.Beliau bekerja di RTM gitu. Sembang punya sembang rupanya beliaulah yang menerbitkan rancangan Fitrah Kasih yang di kelolakan oleh saudari Ogy Ahmad Daud dan Dato’ Fadhilah Kamsan .

Sesekali ada juga saya mengikuti rancangan tersebut dan ada ketikanya tersentuh juga hati kita yang melihatnya . Beliau juga ada bertanyakan pendapat saya tentang rancangan tersebut ,Bagi saya itulah satu-satunya rancangan yang telah berjaya menemukan dan menyatukan setiap ikatan yang telah terpisah dan terlerai di antara anak dan ayah , ibu dan anak serta menyatukan kembali setiapa keluarga yang terpisah dan memberi kesempatan kepada yang masih ada untuk menatap wajah-wajah yang telah lama hilang dari pandangan .Namun begitu ada juga dugaan yang terpaksa beliau tempuhi kata beliau,contohnya baru2 ini, beliau cuba menemukan semula seorang anak yang berada di perak dan seorang ayah yang telah di temui berada di sabah .Namun bila pihak RTM telah bersusah payah pergi kesana untuk menjemput bapa budak itu ternyata begini jawabnya dari seorang bapa, “Tak payahlah pihak RTM nak susah-susahkan diri,nanti bila umur pak cik dah 55 tahun nanti,pakcik rasa nak jumpa dia pak cik carilah” begitu mudah kata-kata yang terkeluar dari mulut seorang bapa.

Tidak ada perasaan kasih dan rindukah seorang bapa itu pada seorang anak yang telah di tinggal berbelas-belas tahun.Dan bagaimana pengharapan untuk seorang anak yang bertahun mencari bapa kandungnya selama ini . “Inikah erti kehidupan manusia sekarang dan inikah lumrah kehidupan yang harus setiap insan itu terima?” Hatiku berbisik sendiri.

(Gambar kanan : Abang Long dan Sri Diah )

Dalam pada bersembang-sembang tu , mata saya liar mencari-cari di mana kelibat Bonda , dari tadi tak juga kelihatan .Hari dah semakin petang .Dari jauh kelihatan Kak Pah (Sharifah Abu Salem) sedang berbual mesra dengan saudara Mersik .Saya bangun berlalu tatkala itu saya tinggal sendirian, saya menghampiri kak Pah.Setelah mengucapkan salam dan bersalam bersama suami dan anak-anaknya, saya bertanya sedikit perihal kesihatan dan musim buah2an di tempat kak Pah, kak Pah mempelawa kami semua datang bertandang kerumahnya, tak kiralah musim buah ke tidak .

Saya sempat juga bertanya lagi pada kak Pah, “ Apakah novel seterusnya selepas Biar Rindu Berlalu.” Bagi saya Kak Pah mempunyai sentuhan tersendiri dalam menghasilkan setiap karya beliau ,setiap jalan cerita dan setiap watak yang terlahir mempunyai kehalusan yang terlindung dari keperibadian dalam diri kak Pah sendiri .

Kerna itu, bagi diri saya sendiri ,saya tidak pernah jemu-jemu berulang-ulang kali membaca setiap novel beliau .Saya sentiasa berdoa dan berharap agar beliau di kurniakan dengan ilham-ilham untuk terus berkarya hingga ke akhirnya.


( Gambar kanan : Zaifulnizam , wakil dari Geng Jurnal )
Waktu begitu sering mencumbui waktu-waktu begini , kak Pah pun mula nak mengorak langkah untuk pulang . Kebetulan pula Bonda pun tiba .Sabar menunggu hingga Bonda habis makan dan saya mengambil sedikit ruang untuk berbicara dengan Bonda .

Terlebih dahulu yang pastinya dapatkan tandatangannya dulu, barulah saya bertanyakan tentang novel terbaru beliau iaitu “ Ku Seru Namamu” Beliau berharap agar setiap pembaca dan penggemar novel-novel beliau kali ini benar-benar dapat menghayati setiap nama dan watak serta jalan cerita yang ingin di sampaikan dengan lebih mendalam. Ada maksud yang tersirat katanya .

Di kesempatan itu juga saya cuba memberi pandangan pada Bonda agar dia dapat menghasilkan sebuah novel yang mengisarkan tentang kehidupan seorang anak luar nikah iaitu anak yang terhasil dari perlakuan sumbang mahram. Lebih-lebih lagi dalam pergolakan kehidupan anak-anak remaja masa kini .

Bila saya ceritakan jalan ceritanya sedikit sebanyak .rupanya apa yang terlafaz itu ada terkandung dalam manuskrip yang baru saja Bonda serahkan kepada saudari Awien iaitu editor Alaf21. Masa terus mencumbui dan memaksa aku tidak boleh lagi berlama-lama di situ, memandangkan abg long pun ingin berangkat pulang .

Dalam pada tak sihat hari tu , saya berasa sedikit puas kerana dapat bertemu dan beramah mesra dengan novelis-novelis Alaf21.

Namun terselit juga kecewa di hati bila seorang lagi penulis kesukaan saya iaitu saudari Bikash Nur Idris tidak kelihatan . Ah! mungkin akan ketemu di lain masa agaknya.














Budi

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Sekitar Kemeriahan Pesta Buku Sabah...

Pesta Buku Sabah sudah pun berakhir semalam. Tentunya pesta yang setahun sekali di adakan itu memberikan kenangan yang paling manis, buat pengunjung, penulis dan pencinta buku sekelian.

Ini termasuk juga beberapa orang penulis yang diterbangkan oleh Alaf21 seperti Ramlee Awang Murshid, Anis Ayuni, Aleya Aneesa dan juga Lynn Dayana.


Barisan penulis Alaf21 , Lynn Dayana, Aleya Aneesa, Anis Ayuni dan Ramlee Awang Mushid.


Gambar-gambar dan kisah di pesta buku tersebut di Web Alaf21 :-

Pesta Buku Sabah
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabuku_sabahMac09/dfault2.html

Temu ramah bersama Ramlee Awang Murshid
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabuku_sabahMac09/dfault3.html

Gelagat pengunjung
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabuku_sabahMac09/dfault6.html

Alahai Aleya…
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabuku_sabahMac09/dfault4.html

Mikhail di KK
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabuku_sabahMac09/dfault.html

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel - MIKHAIL - Ramlee Awang Murshid

-Aku bukan sekadar Mikhail pada sebuah nama, tapi aku adalah sesuatu yagn dicipta. Dicipta untuk merealisasikan impian. Memburu dan diburu di bawah satu nama yang sama... -
16 tahun hidupnya bagai pelarian di bumi asing. Mikhail muncul untuk misi belas dendam yang bertapak dalam sanubari setiap kali pintu kemarahan masa silamnya dibuka. Tragedi berdarah pembunuhan keluarganya sering diimbas oleh Uncle Dickens, orang yang telah menyelamat dan menjaga dirinya yang merupakan satu-satunya waris tunggal bagi keluarga Tuan Sadon. Malah Uncle Dickens jugalah yang bertanggungjawab menjadikan dirinya seorang yang berani mati untuk menuntut kembali segala hutang piutang dari rakan kongsi perniagaan arwah ayahnya Tuan Sadon.


Namun dalam kekuatan dan kebejatan yang dibentuk dalam dirinya,dia mengidap sejenis penyakit paranormal apabila retina matanya terdedah pada pantulan cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam. Tanpa di kawal, dia akan terlontar pada satu dimensi antara illusi dan realiti yang tidak pernah dia tahu di mana malah dia juga ditamu dengan watak-watak yang seakan dekat dengan dirinya. Tahir dan Mahmud, namun dia tetap gagal dalam misi mengingati segala peristiwa. Malah hidupnya juga kosong... kosong tanpa kenangan silam yang mampu di kenang.


Apa yang dia ada hanyalah cerita dari Uncle Dickens tentang kematian keluarganya yang dibunuh dengan kejam. Kenangan itulah yang menjadi barah dalam hati yang sering membuka pintu kemarahan untuk dendam bertamu lantas mengatur langkahnya dalam bertindak. Dia tidak pernah gentar melakukan pembunuhan demi menuntut keadilan dengan caranya tersendiri.


Akan tetapi misinya di Malaysia bagai membuka hijab yang sekian lama tersembunyi. Cinta yang tidak pernah dihiraukan bagai melambai bila pertama kali dia melihat potret Reina Raihana. Dia jadi tidak tega untuk membunuh gadis itu apatah baginya gadis itu tidak wajib memikul dosa yang dilakukan oleh orang lain. Justeru itulah akhirnya dia diburu dan dijadikan target andai dia gagal dalam misi yang diamanahkan.


Mampukah Mikhail bertahan... siapakah dalang disebalik semua pembunuhan rakan-rakan niaga Tuan Sadon. Mr Yap, Mr Sundram mati di tangannya tapi bagaimana dengan Saiful, Datuk Seri Tan... Pembantu Jack, Datul Bakri dan Jack sendiri... Siapa yang bergelar sharpshooter selain dari dirinya? Mengapa note 1USD dijadikan sebagai killer singature untuk setiap yang menjadi mangsa.


Mengapa tiba-tiba Kharis menjadi seorang yang agresif selepas berada di dalam tahanan reman dan mengapa dia di tahan... Benarkah Tuan Sadon sekeluarga mati dibunuh oleh rakan-rakan kongsi yang berpaling tadah? Segalanya tersingkap dalam satu hijab yang hanya akan terbuka di akhir kalam seorang Mikhail.


Apa kata aku:-


Satu penjelajahan emosi yang sarat dengan kisah di sebalik kisah. Tentang penculikan, pembunuhan, kerakusan manusia yang tamakkan kuasa.Menyingkap keperbagaian isu yang melanda dunia dari kacamata seorang penulis. Garapan Ramlee Awang Mursyid kali ini jauh berbeda dari novel-novelnya yang terdahulu. Pada aku Mikhail membawa isu global. Isu yanga bukan sekadar untuk di pandang, tapi untuk difikirkan. Isu yang boleh menentukan jatuh bangunnya sebuah bangsa dan negara.


Apabila wang sudah memainkan peranan, makan tidak mustahil yang waras bisa gila. yang celik boleh buta dan yang bijak akan diperbodohkan oleh kebijakannya sendiri. Bagaimana kuasa wang memainkan peranan yang cukup besar dalam mengukuhkan kuasa, menidakstabilkan pertimbangan akal hingga sanggup mengadaikan dan maruah diri dan bangsa itu sendiri. Ramlee Awang Mursyid memanipulasikan segala isu ini dengan gaya penuh kreatif untuk menyuntik kesedaran buat semua golongan tak kira bangsa, agama dan latar belakang kerjaya. Menyindir dalam sinis pada sesetengah golongan yang cukup taksub mengejar wang dalam kerakusan kuasa.


Sesungguhnya menatap Mikhail bagai memberi kita ruang untuk berfikir... memikirkan natijah yang bisa berlaku andai kita terus alpa dengan permainan yang dipersembahkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Sesungguhnya tiada istilah bosan walau plotnya sering melangkau ke serata tempat di dunia, cumanya kita perlu lakukan sedikit pengorbanan dengan penumpuan yang tidak sedikit ditagih.


Apapun unsur flashback akan setiap kejadian silam memainkan peranan dalam membantu pembacaan agar tidak tersasar dari titik fokus plot yang seterusnya. Unsur suspen, beremosi, tanda tanya berjaya memainkan emosi pembaca. Rasa ingin tahu siapa di sebalik setiap hijap kejadian yang bagaikan bayang-bayang menjadikan buku ini sukar untuk kita lepaskan sebelum bertemu titik penamatnya.


Apa pun, ada dua perkara yang menjadi sedikit tandatanya:



Pertama:


Dalam frasa lima mukasurat 22, tidak dinyatakan habuan yanag diterima oleh Saiful atas persetujuannya menjadi corporate hitman. Sekadar penyataan jumlah sebanyak 100 000 sahaja.


[sebagai pembaca aku tertanya juga... apakah habuan itu dalam bentuk USD atau RM kerana ada juga dalam beberapa frasa yang lain dinyatakan habuan yang diterima oleh si penyanggup dalam RM... Jadi rasanya pada frasa ini juga sepatutnya diletakkan nilai matawang tersebut supaya pembaca tidak tertanya-tanya.]


Kedua:


Dalam frasa dua muka surat 348, Dialog antara Mikhail dan Zetty Erlina yang berbunyi


“Reina Raihana, macam mana Zetty Erlina?” Mikhail bersuara perlahan.


Waktu ini Mikhail yang merupakan suspek sedang dibawa oleh Zetty Erlina ke balai polis untuk ditahan. Jadi bagaimana wujudnya Reina Raihana di sini. Rasanya itu adalah dialog antara Mikhail dan Zetty Erlina yang menanyakan keadaan Reina Raihana bukannya Zetty Erlina.


Tapi aku tidak melihat kesilapan itu sebagai sesuatu yang mencacatkan.Mungkin unsur terlepas pandang sewaktu proses editing dijalankan telah mewujudkan kesilapan kecil sedemikian. Secara keseluruhan novel ini memang best... kelainan dengan rentak yang dimainkan oleh abang Ramlee membuatkan beliau terus betah mencanai identiti sendiri.


Syabas buat Abang Ramlee Awang Mursyid yang pada pengiraanku novel kali ini mengenengahkan satu penampilan yang berbeda dari yang telah aku baca sebelum ini. Moga masa-masa akan datang nukilan Abang Ramlee akan lebih mantap dengan isu yang pastinya tak kurang hebat dari yang telah ada. Tahniah sekali lagi....


Kalau sudi, jemputlah datang ke ladang anggur saya pada 29 February. Jangan risau, tiket penerbangan akan saya taja. Ajak sekali Reina Raihana dan Tahir. Itupun kalau saya masih bernyawa di bumi sementara ini...


Peminat setia
Pu3salju

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati